Jun 2016, salah satu pokok kurma kami mula tumbuh daun yang ketiga. Walaupun mengambil masa yang lama, kami tidak sabar menunggu perkembangan yang seterusnya.
ADS
Tuesday, July 19, 2016
UPDATE: Perkembangan Pokok Kurma
Jun 2016, salah satu pokok kurma kami mula tumbuh daun yang ketiga. Walaupun mengambil masa yang lama, kami tidak sabar menunggu perkembangan yang seterusnya.
Monday, July 18, 2016
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Khim Family
Family is like branches on a tree,
We all grow in different directions,
But our roots remain as one.
No Family is perfect..
We argue, we fight,
We even stop talking to each other at times,
But in the end, family is family...
The love will always be there
|
Family are like fudge.. mostly sweet with a few nuts |
The Khims |
After a few retake... this the best |
OHANA.. means Family.. FAMILY mean nobody gets left behind or forgotten |
Siblings: A combination of a best friend and a pain in the neck, they might be the most annoying people around you but you still love them endlessly |
Acara mengemas dapur |
Sunday, July 17, 2016
Berenang Bersama Ikan Kelah!!
Pada hujung minggu yang lepas, kami telah bercuti ke Air Terjun Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Air Terjun Sungai Chilling bukan sahaja terkenal dengan aliran sungai yang jernih, malah ia adalah santuari beribu ikan Kelah Hijau dan ikan Lampan. Sebelum ini kami telah ke Santuari Sungai Chilling pada Mac 2016 yang lalu. Boleh baca di sini. Kami tiba di sana dengan menaiki kereta dari Shah Alam tepat pukul 9.30 pagi. Santuari Sungai Chilling terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Empangan Kuala Kubu Bharu. Kawasan meletakkan kenderaan adalah terhad namun pengunjung dibenarkan pakir di bahu jalan. Santuari Ikan Sungai Chiling di buka setiap Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.
Sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke air terjun, kami perlu mendaftar di Pejabat Santuari dengan bayaran masuk sebanyak RM1.00 seorang serta deposit RM3.00 bagi setiap bekas makanan. Sungai Chiling telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai lokasi terpelihara dan pengunjung dilarang memancing atau menangkap ikan. Pengunjung yang didapati bersalah akan didenda. Antara kemudahan asas yang disediakan seperti surau, tandas, gerai makanan dan tapak perkhemahan. Bagi pengunjung yang ingin berkhemah, pengunjung boleh menyewa khemah dari pejabat santuari dengan bayaran sebanyak RM4.00 setiap seorang.
Perjalanan dari pintu masuk ke tapak perkhemahan kira-kira 500 meter |
Sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke air terjun, kami perlu mendaftar di Pejabat Santuari dengan bayaran masuk sebanyak RM1.00 seorang serta deposit RM3.00 bagi setiap bekas makanan. Sungai Chiling telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai lokasi terpelihara dan pengunjung dilarang memancing atau menangkap ikan. Pengunjung yang didapati bersalah akan didenda. Antara kemudahan asas yang disediakan seperti surau, tandas, gerai makanan dan tapak perkhemahan. Bagi pengunjung yang ingin berkhemah, pengunjung boleh menyewa khemah dari pejabat santuari dengan bayaran sebanyak RM4.00 setiap seorang.
Setiap pengunjung perlu 'declared' barang yang dibawa di Pejabat Santuari. Semua sampah perlu dibawa keluar untuk menjaga kebersihan kawasan sungai |
UPDATE: Pokok Tetulang
Setelah lama menunggu tanpa berputus asa, akhirnya keratan pokok tetulang ini memberi kami harapan baru. Pagi ini, kami terperanjat melihat keratan anggur ini mengeluarkan pucuk baru setelah 3 bulan lamanya.
Artikel mengenai keratan Pokok Tetulang baca di sini.
Monday, July 11, 2016
Tradisi Menganyam Ketupat
Dengan cermat ibu mertuaku meraut sehelai daun kelapa muda dan dibahagi kepada dua sebelum daun kelapa muda itu dililit pada kedua-dua tangan. Daun kelapa muda yang dililit di kedua-dua belah tangan mula dianyam sehingga membentuk kelongsong yang seakan-akan berbentuk bawang. Ibu mertuaku mengambil masa kira-kira 5 minit untuk menghasilkan sebiji kelongsong ketupat.
Zaman dahulu tidak sama dengan zaman kanak-kanak sekarang yang hidup dalam serba moden. Kebanyakan kanak-kanak pada zaman itu mempelajari anyaman ketupat daripada ibu atau nenek mereka. Ibu mertuaku pernah bercerita, pada mula-mula mempelajari seni anyaman ketupat, dia mengambil masa yang agak lama untuk betul-betul mahir menganyam ketupat. Malah ibu mertuaku memberitahu ketupat bawang dan ketupat sate adalah dua jenis ketupat yang paling mudah dianyam. Kemahirannya menganyam ketupat diturunkan kepada anak-anaknya. Suamiku juga pandai menganyam ketupat dan menjadi tugasnya saban tahun menjelang Hari Raya.

Sunday, July 10, 2016
UPDATE: Siraman Secara Rendaman
UPDATE: Setelah pulang bercuti, pokok kami yang diletakkan sekeliling DIY secara rendaman masih segar dan tidak layu. Air di dalam bekas habis 'diminum' oleh beberapa pokok.
Ini merupakan kali pertama kami melakukan DIY ini. Dengan bahan-bahan yang ada kami mencuba melakukan yang terbaik. Syukur alhamdulillah pokok-pokok kami masih bertahan selama 5 hari. Maklumat lanjut mengenai cara-cara membuat SIraman Secara Rendaman, sila klik di sini
![]() |
Keadaan pokok setelah 5 hari |
Ini merupakan kali pertama kami melakukan DIY ini. Dengan bahan-bahan yang ada kami mencuba melakukan yang terbaik. Syukur alhamdulillah pokok-pokok kami masih bertahan selama 5 hari. Maklumat lanjut mengenai cara-cara membuat SIraman Secara Rendaman, sila klik di sini
DIY Siraman Secara Rendaman
Satu lagi cara siraman yang kami gunakan ketika cuti Hari Raya iaitu Siraman Secara Rendaman. Kaedah ini juga merupakan cara yang mudah dan murah. Disamping itu dapat menggunasemula (repurposed) bahan-bahan terbuang.
Bahan-bahan yang diperlukan
1. Bekas untuk meletakkan air
2 Kain yang menyerap air (Saya menggunakan tali mop)
3. Gunting
4. Air
Langkah-langkah:
1. Siram dahulu tanaman anda supaya tanah di dalam pasu menjadi tepu dengan air supaya air di dalam bekas tidak cepat kering.
2. Rendam kain di dalam air. Seterusnya, hujung kain diletakkan di dalam air dan satu lagi hujung di tanam dalam pasu. Air di dalam bekas akan diserap perlahan-lahan. Saya tidak mempunyai bekas dan ruang yang besar (Saya tinggal di Apartment), oleh itu, saya hanya menggunakan satu sumber saja. Selamat Mencuba
UPDATE terkini setelah 5 hari. Klik di sini

Saturday, July 9, 2016
Ketupat
Pada amnya ketupat berasal dari pelbagai budaya di Asia Tenggara. Ketupat menjadi sajian utama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk meraikan kemenangan umat Islam menahan hawa nafsu selepas sebulan berpuasa. Ketupat dihidangkan bersama-sama rendang, dendeng, masak lodeh dan sambal goreng. Selain di Malaysia, ketupat juga boleh ditemui di Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina. Nama lain ketupat adalah Kupat Tahu (Sunda), Tipat (Bali) Katupat Kandangan (Banjar), Kupat (Jawa, Indonesia), Bugnoy (Filipina) dan Ketupat (Brunei).
Sejarah Ketupat
Pada ketika dulu, Sunan Kalijaga memperkenalkan ketupat pada masyarakat jawa. Beliau telah memperkenalkan dua Bakda Lebaran dan Bakda Kupat. Bakda bermaksud sesudah mengikut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI). Bakda Lebaran pula bermaksud Hari Raya Aidifitri. Bakda Kupat dimulakan seminggu sesudah Lebaran. Pada ketika itu, penduduk di tanah Jawa menganyam ketupat dari daun kelapa muda. Setelah selesai di masak, ketupat tersebut dihantar ke kerabat lebih tua yang dipanggil ngejot. Amalan ini menjadi sebuah lambang kebersamaan. Masyarakat Jawa di Bagan, Batu Pahat (di kampung ibu saya) masih lagi mengamalkan tradisi menghantar ketupat dan lauk-lauk kepada jiran tetangga atau lebih dikenali dengan panggilan munjung.
UPDATE: DIY Siraman secara Tirisan
Setelah pulang bercuti, hati ini berdebar-debar mengenangkan nasib pokok-pokok kesayangan yang ditinggalkan. Hanya berharapkan air yang ditinggalkan atau hujan turun membasahi kawasan kediaman.
Hati menjadi tenang apabila melihat pokok kesayangan masih lagi segar dan air di dalam botol habis 'diminum'. Namun ada juga dua botol yang tidak menjadi.. namun pokok tetap kelihatan segar dan tidak layu. Ini merupakan pertama kali kami mencuba DIY ini. Masih ada kekurangan yang perlu dibaiki. Kami dapati lubang yang dibuat ditutupi tanah maka airnya tidak dapat mengalir keluar.
Ingin maklumat lanjut cara-cara membuat DIY Siraman secara Tirisan sila ke link ini.
Hati menjadi tenang apabila melihat pokok kesayangan masih lagi segar dan air di dalam botol habis 'diminum'. Namun ada juga dua botol yang tidak menjadi.. namun pokok tetap kelihatan segar dan tidak layu. Ini merupakan pertama kali kami mencuba DIY ini. Masih ada kekurangan yang perlu dibaiki. Kami dapati lubang yang dibuat ditutupi tanah maka airnya tidak dapat mengalir keluar.
![]() |
Setelah 5 hari ditinggalkan. |
![]() |
Botol di Pokok Pandan tidak menjadi |
Monday, July 4, 2016
DIY Siraman Secara Tirisan
![]() |
Moga pokok kami dapat bertahan sehingga kami pulang |
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Botol kosong
2. pisau
Langkah-langkah
1. Pertama sekali, siram tanaman anda supaya tanah di dalam pasu menjadi tepu dengan air supaya botol siraman tidak cepat kosong.
2. Ambil penutup botol dan tebuk penutup dengan menggunakan pisau atau paku tekan. Buat lubang yang kecil supaya air tidak cepat habis meresap ke dalam air. Kemudian isi air ke dalam plastik botol tersebut dan tutupkan dengan penutup tersebut.
3. Korek tanah dalam pasu dan tanam botol plastik tersebut secara terbalik.
Sunday, June 26, 2016
Bersantai di Pantai Bagan Lalang
Cuti hujung minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh warga kota yang ingin beriadah bersama-sama teman-teman dan keluarga tercinta. Bagi pengunjung yang menggemari keindahan semulajadi pasti mengimpikan suasana yang indah dengan diselang seli deruan ombak. Tidak hairanlah ramai pengunjung yang berkunjung ke Pantai Bagan Lalang untuk sebgai satu destinasi untuk beristirahat . Pantai Bagan Lalang menjadi pilihan kerana lokasinya yang hampir iaitu kira-kira 100 km dari Shah Alam.
Sepanjang perjalanan, kami melihat panorama desa yang membuatkan perjalanan kira-kira dua jam tidak terasa. Kami turut melepasi Litar Antarabangsa Sepang yang direka oleh Hermann Tilke dan dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Doktor Mahatir Mohamad pada 7 Mac 1999.
Friday, June 24, 2016
Bersarapan di Bukit Fraser
Bukit Fraser lebih dikenali dengan alam semulajadinya yang masih terpelihara dari pembangunan pesat. Udaranya yang nyaman dan sejuk seolah-olah seperti berada di luar negara. Suhu di sini boleh mencecah kira-kira 19 hingga 22 darjah celsius. Tidak hairanlah Bukit Fraser diberi nama jolokan 'The Little England of Malaysia'. keunikkan banggunan-banggunan di sini bercirikan senibina gaya Inggeris. Bukit Fraser sering menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang cintakan alam semulajadi dan juga geng 'bikers'. Ada juga hotel-hotel disediakan di sini bagi pelancong yang ingin bermalam di Bukit Fraser.
Perjalanan kami bermula dari Bandar Kuala Kubu Bharu ke Gap yang mengambil masa kira-kira satu jam. Perjalanan agak mencabar dan laluannya agak sempit. Sesekali terpaksa membunyikan hon bagi memastikan tiada kenderaan dari arah hadapan kerana jalannya berliku-liku. Sentiasa berhati-hati dan tidak memandu dengan laju.
Thursday, June 23, 2016
Kebaikan Halia
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale selalu digunakan dalam masakan mahupun dijadikan ubat. Halia dikenali juga sebagai Jahe (Indonesia) dan Ginger (Bahasa Inggeris). Herba ini berbentuk umbisi yang terdiri daripada rizom seperti jari-jari yang menggembung pada ruas-ruas tengah. Rasanya agak pedas kerana bahan kimia yang terdapat di dalamnya yang dipanggil zingeron. Halia mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu melawan penyakit secara alami. Antaranya:
1. Halia mengekalkan peredaran darah normal
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang dapat membantu memperbaiki aliran darah, mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
Tuesday, June 21, 2016
Cara-cara menanam Halia
Halia sesuai ditanam di medium yang mempunyai saliran baik serta gembur dan peroi agar pertumbuhan rizom halia tidak terhalang. Halia hidup subur pada PH 5.5 hingga 6.5. Halia hendaklah ditanam dengan menggunakan rizom tua yang berumur lebih sembilan bulan. Rizom-rizom dismpan ditempat teduh dan berangin selama dua hingga tiga minggu untuk tunas-tunas bercambah. Kemudian, rizom dipotong kira-kira 5cm dan sekurang-kurangnya mempunyai dua mata tunas.
Hasil boleh dipungut sebagai halia muda semasa berumur 4-5 bulan dan halia tua semasa berumur 8-9 bulan (ketika batang daun mula menjadi kuning)
Pokok halia (percubaan ke 2)
Setelah sekian lama pokok tidak terjaga kerana saya mengalami keguguran beberapa bulan yang lepas dan terpaksa pulihkan diri, kini saya bangkit dan meneruskan hobi saya. Banyak pokok-pokok yang mati kekeringan dan terkena penyakit. Dalam kesedihan dan kehilangan, pokok halia ini tumbuh seperti memberi semangat baru.

Pokok halia sebelum ini juga mati kerana rhizomnya membusuk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Percubaan saya menyemai rhizom halia yg baru membuahkan hasil.

Pokok halia sebelum ini juga mati kerana rhizomnya membusuk dan tidak dapat diselamatkan lagi. Percubaan saya menyemai rhizom halia yg baru membuahkan hasil.
Monday, June 13, 2016
I'm back
Alhamdulillah saya kembali sihat setelah berbulan2 tidak dapat menguruskan taman untuk diupdate ke blog. Pilu hati bila melihat pokok2 mati kekeringan. Walaupun belum pulih sepenuhnya, namun bersemangat untuk memulihara taman saya. Semoga dipermudahkan urusan kami.
Thursday, April 14, 2016
Sengkuang Dapat Meredakan Demam
Sengkuang atau nama saintifiknya Pachyrhizus Erosus (L) Urban adalah dari keluarga Leguminosae. Sengkuang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah hingga ke Costa Rica. Ia dibawa ke Asia ikeg orang Sepanyol dari Acapulco ke Manila dan Ambon. Kini ia di tanam atau tumbuh liar di kawasan tropika dunia. Sengkuang juga dikenali sebagai bangkuang (Indonesia), Mexican Turnip (English), Jicama, Mexican Yam Bean (Mexico) Singkamas (Filipina), Bang Kuang (China), Man Kaeo (Thailand) and Kuzu-imo (Jepun)
Morfologi
Pokok ini memanjat atau menjalar antara 2 hingga 6 meter panjang. Satu biji sengkuang yang ditanam akan menghasilkan sebiji ubi sengkuang yang berbentuk bujur bulat. Ubi yang ditanam boleh mencapai saiz 30cm x 25cm dan kulitnya kekuningan. Daunya pula jenis majmuk dengan 3 helai berukuran 2.5cm hingga 10cm panjang dan lebar antara 2.5cm hingga 18cm. Bunganya pula dalam jambak jenis bunga kekacang, kelopak berwarna biru dan putih. Buah sengkuang jenis kacang legum, memanjang dan leper.
![]() |
Daunnya jenis majmuk dan besar |
Penanaman
Sengkuang ditanam dengan biji dan bercambah dalam masa 5 hingga 12 hari bergantung kepada jenis kultivar. Ia mula berbunga pada usia 2 atau 3 bulan selepas percambahan. Ada petani yang memetik bunga supaya ubi menjadi lebih besar. Tanaman mula menghasilkan ubi 7 mingu selepas pencambahan. Ubi boleh dituai dalam masa antara 4 hingga 7 bulan selepas pencambahan. Untuk mendapatkan hasil biji yang masak, ia memerlukan 8 hingga 10 bulan. Pokok sengkuang yang menghasilkan buji tidak menghasilkan ubi sengkuang yang berkualiti tinggi.
Kandungan
Ubi dari tanaman yang berusi 5 hingga 8 bulan mengandungi 80-90 peratus air, 10-17 peratus kabohidrat, 1.0-2.5 peratus protein, 0.2 peratus lemak, 0.5-1.0 peratus serabut, vitamin C, kalsium dan besi.
Khasiat
- Mengatasi demam panas
- Meredakan demam
- Mampu mengubati selsema dan batuk
- Melawaskan air kecil
- Penawar demam kuning
- Mengatasi masalah gout
- Menghaluskan dan memutihkan kulit
- Sesuai menjadi makanan diet
Monday, April 11, 2016
Lata Berembun, Negeri Sembilan
Air Terjun Lata Berembun, Negeri Sembilan |
Pusing kanan di 'Y' junction sebelum tiba Balai Polis Kampung Baru Pantai. Teruskan perjalanan sehingga akhir jalan. Di situ terdapat Loji Air Rawatan Pantai. |
Pengunjung boleh pakir di bahu jalan. Trekking bermula dari Loji Rawatan Air Pantai |
Trail
Perjalanan dari loji ke Lata Berembun mengambil masa kira-kira satu jam mengikut kelajuan masing-masing. Hiking ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas. Namun ini tidak mematahkan semangat Alisya yang baru berumur 4 tahun setengah. Sejak berumur 2 tahun lagi dia telah mengikut kami melakukan aktiviti hiking. Awas!! ada pacat di musim hujan. Pakai pakaian yang sesuai dan juga stoking untuk melindungi diri dari di gigit pacat. Kami turut bertembung dengan guide yang membawa pelancong-pelancong yang menginap di chalet-chalet berdekatan.

Hikers perlu mengikut denai yang berada di sebelah kanan selepas kira-kira 2 minit berjalan dari loji air. |
Melintasi sungai pertama |
Wednesday, April 6, 2016
Cara 'Repotting'
Menurut Musa Yaacob, penulis blog Tin oh Tin, pokok Tin sebaik-baiknya ditanam di dalam bekas (containerised planting) kerana pokok ini sensitif dengan pemberian air yang berlebihan dan boleh mati jika tidak dikawal dengan baik. Keaadan iklim Malaysia yang menerima purata hujan yang lebih tinggi berbanding keperluan tanaman boleh memberi kesan buruk kepada Pokok Tin. Oleh itu, penanaman di dalam bekas adalah lebih sesuai kerana kandungan air yang diperlukan dapat dikawal. Selain itu, kita juga harus memastikan kawasan tanaman mendapat saliran yang baik dan air tidak bertakung.
Bagi Geng Kebun Rumah Tinggi, kami menanam pokok Tin kami di dalam pasu plastik kerana ianya ringan dan mudah untuk dialih. Kami juga membuat research cara-cara terbaik untuk memindahkan pokok kami ke dalam pasu yang lebih besar.
![]() |
Pokok Tin di dalam bekas minuman |
Menurut Musa Yaacob, bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan media tanaman yang sesuai adalah Vermiculite, Perlite, Peatmoss, sekam bakar (hancur), cocopeat, tanah lapisan atas (top soil), tanah merah dan media campuran (6 dalam 1).
Sumber: http://www.tinohtin.com/2015/09/bahan-asas-untuk-menghasilkan-media-tut.html
Tuesday, April 5, 2016
Terima Keratan Batang dari Nur Aida
Hari ini -- (5 April 2016), geng Kebun Rumah Tinggi menerima keratan batang beberapa pokok dari Nur Aida (group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri). Keratan batang yang kami dapat kenal pasti adalah keratan batang mulberry, keratan batang cherry barbados dan keratan batang anggur. Ada beberapa keratan saya tidak pasti. Kemungkinan keratan batang mahkota dewa. Ada juga benih yang saya tidak dapat pastikan. Terima kasih banyak-banyak kerana memberi peluang geng Kebun Rumah Tinggi mencuba tanaman yang mempunyai banyak manfaat. Kami berharap usaha kami ini berjaya.
![]() |
Kami rasa ini keratan batang anggur |
![]() |
Keratan batang yang berwarna hijau ini tidak dapat dipastikan |
![]() |
Keratan batang Mulberry |
Sunday, April 3, 2016
Piknik di Padang Shah Alam
Pada 2 April 2016 lalu, kami sekeluarga berpiknik dan bersarapan bersama-sama nenek dan Aida sekeluarga di Padang A, Dataran Shah Alam yang terletak di Persiaran Bandaraya. Cuaca pagi yang nyaman dan sekumpulan burung berkicauan menambahkan lagi kecerian pagi tersebut. Pelbagai juadah di bawa antaranya nasi lemak, kuih muih, homemade rojak dan nasi berlauk. Anak-anak bergembira dapat bermain bersama-sama saudara mereka. Secara tidak langsung, aktiviti sebegini dapat menyihatkan badan dan merapatkan silaraturahim sesama keluarga. Kesibukan bekerja tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk kita beriadah bersama insan yang tersayang. Tandas awam disediakan di kawasan berdekatan.
Tempat-tempat menarik sekitar Padang, Dataran Shah Alam
Aksi anak-anak yang tidak dapat diganti
![]() |
Ceria dan gembira |
![]() |
Berpiknik dapat merapatkan ukhuwah kekeluargaan |
![]() |
Terjumpa ulat beluncas |
Tempat-tempat menarik sekitar Padang, Dataran Shah Alam
1. Tasik Shah Alam
2. Perpustakaan Negeri Selangor
3. Muzium Negeri Shah Alam
4. Dataran Shah Alam
Cili
Cili atau nama saintifiknya Capsicum annum adalah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Pokok ini dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Cili juga dipanggil cili merah, cili hijau, lada dan cabai (Malaysia), paprika, pimiento (Hungry dan Sepanyol) dan Chilli (Amerika Syarikat). Pokok cili tumbuh menegak, berakar tunjang dan batang bercabang berwarna hijau. Daunnya pula berbenyuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada kultivar).
![]() |
Bunga cili merah berbentuk seperti bintang |
![]() |
Buah cili yang matang berwarna merah gelap |
Kandungan Cili
Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C Kompleks serta komposisi vitamin lain seperti protein, kabohidrat dan karotin. Kepelbagaian cili memberi tahap kepedasan berbeza kepada si pemakan. Ini dinamakan capsaicin, lagi tinggi tahap capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung dalam cili berfungsi sebagi agen pelicdung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.
Kebiasaannya cili bersaiz kecil lebih pedas rasanya. Kepedasam cili bergantung kepada kandungan capsaicin / capsaicivoids di dalamnya. Terdapat lima komponen capsaicin didalam cili iaitu nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin, homo capsaicin dan homo dihidro capsaicin. Komponen ini yang membantu melancarkan sistem peredaran darah dibahagian tangan, kaki dan jantung manusia. Disamping itu buah cili yang pedas dapat meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme untuk melancarkan peredaran darah.
Wednesday, March 30, 2016
Jus Kunyit Minuman Kesihatan
Jus Kunyit merupakan minuman istimewa kerana sarat pelbagai nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Bukan sahaja untuk mengekalkan kesihatan, malah menyumbang kepada perawatan dan kesembuhan sebahagian dari penyakit yang dideritai.
Kunyit kaya dengan vitamin-vitamin penting seperti pyridoxine (B6), niacin (b3), Folate (B2), A, C, E dan K. Kunyit juga tinggi kandungan vitamin B6 dan C. Setiap 100 gm herba ini membekalkan 1.80mg atau 138% vitamin B6, dan 23.9mg atau 43% vitamin C dari dos saranan harian yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, kunyit mengandungi banyak zat-zat gizi seperti kalsium, besi, potassium, magnisium, tembaga, zink dan manganese. Setiap 100 gm membekalkan 41.42mg atau 517% zat besi dan 7.83 mg atau 340% manganese dari dos saranan harian yang diperlukan oleh tubuh. Kunyit juga mengandungi minyak essential / pati seperti termerone, curlone, curumene, cineole dan p-cymene. Kunyit tidak mengandungi kolesterol.
Versi 1
Cara-cara menyediakan Jus kunyit
1. Sebiji lemon diperah untuk mendapatkan jusnya.
2. Seterusnya parut seruas kunyit berukuran kira-kira sebesar ibu jari dalam gelas yang berisi 2 sudu besar air masak. Larutan tersebut kemudian ditapis ke dalam gelas yang berisi jus lemon.
3. Masukkan 2 sudu besar madu dan dikacau hingga sebati. Biarkan jus ini selama 30 minit sebelum dimasukkan air masak sehingga 3/4 gelas. Jus lemon boleh digantikan dengan asam jawa.
Tuesday, March 29, 2016
Kunyit
![]() |
Bau daunnya harum dan digunakan dalam masakan rendang |
Kunyit atau nama saintifiknya Cucuma domestica adalah tanaman umbisi dari keluarga Zingiberaceae. Nama kunyit juga dikenali sebagai Harida (sanskrit), Kukum (arab), Manjal (Tamil), Tumeric (Inggeris), Kiang-hoang (China) dan Kunyir (bahasa Jawa). Pokok kunyit boleh mencapai ketinggian sehingga satu meter berbatang pendek dan daun-daun yang berjumbai. Ubi utamannya dipanggil rizom yang berbentuk bulat panjang dan mempunyai tunas-tunas bercabang membentuk anak-anak ubi sisi. Rizomnya juga mempunyai gelang-gelang rapat dan berwarna jingga terang atau agak kuning. Ubi sisi bercabang-cabang dan membentuk suatu rumpun.
![]() |
Sekeliling bunga terdapat daun pelindung berwarna hijau atau putih bergaris-garis hijau muda. Bunganya berwarna putih atau kuning pucat dan mekar bersama-sama daun pelindung. |
Monday, March 28, 2016
Cara menanam kunyit
Kunyit merupakan sejenih rempah yang banyak digunakan dalam masakan orang Asia. Selain digunakan dalam masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat india dan melayu sebagai ubat tradisional. Oleh itu, geng Kebun Rumah Tinggi berhasrat menanam kunyit kerana pokok kunyit mempunyai banyak khasiat.
Cara-cara
1) Ambil kunyit atau sebaik-baiknya ibu kunyit dan semai di tanah. Jika menggunakan kunyit biasa, ia mengambil masa kira-kira sebulan untuk mengeluarkan tunas. Untuk mendapatkan isi kunyit yang gemuk, gunakan tanah yang longgar dan tidak padat serta mempunyai saliran yang baik. Kalau tidak, isi kunyit akan jadi buduk dan reput.
2) Kunyit boleh dituai apabila daunnya mula layu dan kekuning-kuningan

Pokok kunyit baru bertunas |
Sunday, March 27, 2016
Cili dan Penyakit
Tanaman cili mengalami banyak masalah seperti masalah serangga perosak dan penyakit. Antara penyakit yang dihidapi oleh pokok cili:
1. Bintik daun (Cercospora capsici)
Kaedah kawalan
1. Sembur racun kulat (cth: Propineb, Manocozeb, Chlorothalonil, Trifloxystrobin, Tebuconazole)
2. Buang daun berpenyakit
3. Jaga kebersihan ladang
4. Amalkan giliran tanaman
2. (Kulapok berdebu) Erysiphe cichoracearum
Kaedah Kawalan
1. Sembur dengan racun kulat (cth: Propineb, Manocozeb, Tebuconazole)
2. Amalkan giliran tanaman
3. Cabut dan musnahkan pokok yang dijangkiti
1. Bintik daun (Cercospora capsici)
![]() |
Berbintik bulat kecil berwarna perang. Lama-kelamaan bintik-bintik ini membesar dan berwarna putih / kelabu ditengah-tengah |
Kaedah kawalan
1. Sembur racun kulat (cth: Propineb, Manocozeb, Chlorothalonil, Trifloxystrobin, Tebuconazole)
2. Buang daun berpenyakit
3. Jaga kebersihan ladang
4. Amalkan giliran tanaman
2. (Kulapok berdebu) Erysiphe cichoracearum
Kaedah Kawalan
1. Sembur dengan racun kulat (cth: Propineb, Manocozeb, Tebuconazole)
2. Amalkan giliran tanaman
3. Cabut dan musnahkan pokok yang dijangkiti
Cili dan Penjaagaan
Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah. Terdapat pelbagai varieti di pasaran antaranya varieti MC11, MC12, MC4, MC5 dan Kulai. Setiap varieti mempunyai keistimewaannya kekurangannya tersendiri.
Cara penanaman
Semai anak benih terus ke dalam pasu atau bekas sedalam 2 hingga 5 cm. Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.
Penjagaan
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan. Tabur baja sebanyak satu sudu teh baja NPK berjauhan dari pokok setiap seminggu sekali. Gunakan rumput-rumput kering sebagai sungkupan. Sungkupan adalah bahan-bahan organik seperti jerami atau rumput-rumput kering yang digunakan untuk menutup permukaan tanah disekeliling anak pokok untuk mengekalkan kelembapan tanah.
Kebaikan-kebaikan sungkupan
1. Melindungi benih dari kerosakan serangga perosak dan percikan air siraman.
2. Memberikan kelembapan yang sempurna pada tanah
3. Memberikan kelembapan pantulan cahaya dan haba pada tanaman
4. Mengurangkan kadar hakisan pada batas dan tanah
5. Mengurangkan kadar penguwapkan air tanah.
6. Menjadi baja organik apabila jerami dan rumput yang digunakan terurai dan mereput.
7. Memaksimakan penggunaan bahan sungkupan terpakai
8. Meningkatkan hasil tanaman
9. Mengurangkan pertumbuhan rumpai di atas batas atau tanah
10. Mengikut konsep amalan Pertanian Ladang Baik (APB)
Sumber: Anim Agro Technology

Anak pokok cili yang berumur 2 minggu |

Subscribe to:
Posts (Atom)