ADS

Wednesday, January 31, 2018

Kimchi stew (Kimchi jjigae)


Hari ini saya mencuba memasak Kimchi Stew dengan berpandukan blog Maangchi. Saya menukarkan sedikit bahan mengikut citarasa saya. 

Bahan-bahan yang diperlukan
500 gram Kimchi (dipotong kecil-kecil. Lebih sedap jika menggunakan kimci yang berusia dalam 3minggu)
1/4 cawan air kimchi (ambil dari bekas kimchi)
500 gram daging (saya rebus dahulu)
2 tangkai daun bawang (Scallion)
1 labu bawang besar (hiris)
sedikit gula
sedikit garam
2 sudu kecil chili flakes (saya guna serbuk cili paprika)
1 sudu besar serbuk cili faezah (bancuh menjadi pes. Tambah sukatan jika mahu pedas)
1 sudu kecil minyak bijan
2 cawan stok ikan bilis (atau ayam atau daging)

Sunday, January 21, 2018

Kimci


Kimci ialah makanan tradisional Korea iaitu sayur hasil pemerapan (Fermented). Antara sayur-sayur yang digunakan seperti kobis cina (Napa Cabbage), kucai, carrot, lobak putih (Daikon), daun bawang, timun, daun selom dan sebagainya. Di Korea, kimci selalu dihidangkan pada waktu makan dengan hampir semua masakan. Kimci juga digunakan sebagai ramuan untuk masakan sup kimci (kimci jjigae) nasi goreng kimci (kimci bokkeumbap) dan pelbagai masakan. Kimci terdiri daripada pelbagai jenis dengan ciri aroma masam, keras dan tajam.

Kimci dibuat dari bermacam-macam jenis bahan mengikut jenis kimci dan selera orang yang membuatnya. Kimci yang terkenal di Korea adalah Baechu yang dibuat dari sawi putih dan lobak putih. Sayur tersebut dicampur bawang putih, cili merah, daun bawang, halia, makanan laut seperti udang dan sotong, garam dan gula. Terdapat lebih kurang 187 jenis kimci di Korea, sejak dari zaman dahulu hingga zaman sekarang. 

Menurut majalah Health Magazine, kimci adalah salah satu daripada makanan tersihat di dunia. Kimci kaya dengan vitamin dan membantu pencernaan. Di dalam kimci terdapat bakteria hidup yang lebih banyak dari yogurt yang dipercayai dapat mengelakkan kegemukan dan obesiti. 

Monday, January 15, 2018

Puncak Tiga Puteri, Hutan Simpan Kota Damansara

Permandangan Highway NKVE

Pengenalan
Hutan simpan Kota Damansara telah diwartakan sebagai hutan Simpanan Kekal pada 18 Februari 2010 bagi tujuan Hutan Lipur, Hutan Pelajaran dan Hutan Penyelidikan. Hutan simpan yang meliputi kawasan seluas 321.7 hektar (795 ekar) adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan diurus secara kerjasama dengan komuniti tempatan dan kumpulan pengguna yang berkepentingan. 

Hutan Simpan Kota Damansara adalah bekas Hutan Simpan Sungai Buloh yang diwartakan pada tahun 1898. Ketinggian hutan ini adalah di bawah 300 meter pada aras laut. Hutan ini merupakah salah satu hutan simpan yang masih ada di daerah Petaling. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...