ADS

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Saturday, October 21, 2017

Petua Menghalau Anai-anai

Ikan buntal dikeringkan dan anggota dalamannya dibuang
sebelum dikembungkan kembali

Sebuah kedai di deretan-deretan kedai di Pantai Air Papan, menarik perhatian saya. Beberapa ekor ikan buntal atau puffer fish digantung untuk dijual. Menurut penjual di kedai itu, Nelayan zaman dahulu menggunakan racun ikan buntal untuk menghalau serangga perosak seperti anai-anai. Ikan buntal akan dikeringkan dan digantung di dinding rumah. Ikan buntal mengeluarkan bau yang busuk sehingga menyebabkan anai-anai tidak bersarang di dalam rumah.

Malah lima pelajar dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah berjaya menghasilkan pembasmi anai-anai dengan menggunakan ikan buntal. Ikan itu dikeringkan sebelum dijadikan serbuk dan diletakkan di dalam rumah untuk melihat keberkesanannya. Pelajar PSMZA telah memenangi Pertandingan Inovasi Polliteknik Malaysia 2012 dengan ciptaan mereka iaitu pembasmi anai-anai dengan menggunakan ikan buntal. Maklumat lanjut mengenai kajian pelajar dari PSMZA di sini.

Monday, December 26, 2016

Percubaan: Avacado Bertunas Baru

Pokok Avacado ini pemberian kawan suami (Nikki). Pokok ini mengambil masa untuk kembali stabil dan daun pucuknya telah gugur. Tiada tanda-tanda pucuk baru akan tumbuh. Saya cuba mencari cara-cara untuk pokok avacado bertunas kembali di laman web namun gagal. Saya tidak berputus asa dan cuba memotong sedikit bahagian atas batang pokok avacado. 


Bahagian atas batang di potong sedikit untuk merangsang pertumbuhan pucuk baru

Kelihatan node baru dicelah ketiak daun
Mula mengeluarkan tunas baru

Perkembangan terbaru Pokok Avacado setelah dicantas. Klik di sini

Wednesday, November 23, 2016

Petua Pokok Kari Tidak Tumbuh Pucuk

Saya binggung tengok pokok kari saya tidak tumbuh pucuk walaupun telah dibaja dan disiram setiap hari. Mengikut petua ibu saya, pokok kari akan tumbuh pucuk baru jika kita potong sedikit bahagian pucuknya. Setelah saya buat seperti saranan ibu saya, pokok kari saya mula mengeluarkan pucuk baru. Semoga pokok kari saya tumbuh dengan sihat.

Pokok kari mula tumbuh 3 pucuk baru
setelah batang atasnya saya cantas
Update terbaru pokok kari setelah dicantas hujungnya: Lihat di Sini

Tuesday, November 1, 2016

Tips: Mengeluarkan Kereta Terbenam Dalam Pasir

Permandangan indah menyambut ketibaan kami
Pada minggu lalu, kami membawa anak-anak bermandi-manda di pantai berdekatan Kampung Sri Pantai, Mersing. Lautnya sangat cantik dan masih lagi terpelihara. Tidak ramai pengunjung yang bermandi di sini. Anak-anak tidak sabar lagi untuk bermain-main di laut. Di saat kita ingin bergembira, kadang-kadang kita diuji tanpa di duga. Kereta kami terbenam di dalam pasir pantai. Semakin lama semakin dalam tayar terbenam. Syukur alhamdulillah pengalaman ayah mertua banyak membantu.

Tips yang perlu dilakukan jika tayar kereta terbenam.
1. Jangan panik dan jangan cuba keluarkan kereta dengan cuba kehadapan atau undur ke belakang. Ini akan membuat kereta anda semakin terbenam ke dalam pasir.

2. Jet kereta anda sehingga habis. Buat dengan berhati-hati. Disebabkan keadaan tanah berpasir, alaskan kayu agar jet lebih kuat dan stabil. Cari kayu yang besar letakkan dibawah tayar kereta. Lakukan di kedua-dua belah tayar hadapan. 

Jet kedua-dua belah tayar hadapan dengan berhati-hati

Sunday, October 23, 2016

Pentingnya Tahu Asas Menukar Tayar


Ketika menghantar anak ke sekolah pagi tadi, tayar kereta tiba-tiba pancit di jalan utama Batu Tiga. Cuaca ketika itu hujan. Pada mulanya saya berasa panik kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan dahulu. Dalam fikiran memikirkan anak yang terlambat ke sekolah sementelah dia akan menduduki peperiksaan akhir tahun hari ini. Saya cuba bertenang dan memaklumkan peristiwa tersebut pada suami saya dan meminta bantuan dari group whats app penduduk tempat saya tinggal. Saya berdoa semoga ada insan yang dapat membantu saya menukar tayar kereta. 

Saturday, July 23, 2016

Keistimewaan Pokok Periuk Kera

Periuk Kera mempunyai banyak keistimewaan yang tersendiri. Antaranya: 

1. Sebagai pokok hiasan di halaman rumah


Pokok Periuk Kera juga boleh dijadikan tanaman hiasan kerana keunikan dan kecantikan pokok ini. Selalunya pokok Periuk Kera digantung di sudut-sudut pagola atau taman untuk memberi impak 'hijau' atau 'lembut'. Cara penjagaannya juga mudah dan tidak perlu dibaja kerana sumber nutriennya adalah dari serangga. 




Sunday, July 10, 2016

UPDATE: Siraman Secara Rendaman

UPDATE: Setelah pulang bercuti, pokok kami yang diletakkan sekeliling DIY secara rendaman masih segar dan tidak layu. Air di dalam bekas habis 'diminum' oleh beberapa pokok. 


Keadaan pokok setelah 5 hari

Ini merupakan kali pertama kami melakukan DIY ini. Dengan bahan-bahan yang ada kami mencuba melakukan yang terbaik. Syukur alhamdulillah pokok-pokok kami masih bertahan selama 5 hari. Maklumat lanjut mengenai cara-cara membuat SIraman Secara Rendaman, sila klik di sini

DIY Siraman Secara Rendaman

Satu lagi cara siraman yang kami gunakan ketika cuti Hari Raya iaitu Siraman Secara Rendaman. Kaedah ini juga merupakan cara yang mudah dan murah. Disamping itu dapat menggunasemula (repurposed) bahan-bahan terbuang.

Bahan-bahan yang diperlukan

1. Bekas untuk meletakkan air
2 Kain yang menyerap air (Saya menggunakan tali mop)
3. Gunting
4. Air

Langkah-langkah:

1. Siram dahulu tanaman anda supaya tanah di dalam pasu menjadi tepu dengan air supaya air di dalam bekas tidak cepat kering.

2. Rendam kain di dalam air. Seterusnya, hujung kain diletakkan di dalam air dan satu lagi hujung di tanam dalam pasu. Air di dalam bekas akan diserap perlahan-lahan.  Saya tidak mempunyai bekas dan ruang yang besar (Saya tinggal di Apartment), oleh itu, saya hanya menggunakan satu sumber saja. Selamat Mencuba


  




UPDATE terkini setelah 5 hari. Klik di sini

Saturday, July 9, 2016

UPDATE: DIY Siraman secara Tirisan

Setelah pulang bercuti, hati ini berdebar-debar mengenangkan nasib pokok-pokok kesayangan yang ditinggalkan. Hanya berharapkan air yang ditinggalkan atau hujan turun membasahi kawasan kediaman. 

Hati menjadi tenang apabila melihat  pokok kesayangan masih lagi segar dan air di dalam botol habis 'diminum'. Namun ada juga dua botol yang tidak menjadi.. namun pokok tetap kelihatan segar dan tidak layu. Ini merupakan pertama kali kami mencuba DIY ini. Masih ada kekurangan yang perlu dibaiki. Kami dapati lubang yang dibuat ditutupi tanah maka airnya tidak dapat mengalir keluar. 



Setelah 5 hari ditinggalkan.



Botol di Pokok Pandan tidak menjadi
Ingin maklumat lanjut cara-cara membuat DIY Siraman secara Tirisan sila ke link ini. 

Monday, July 4, 2016

DIY Siraman Secara Tirisan

Moga pokok kami dapat bertahan sehingga kami pulang



Kami berasa risau apabila ingin pulang ke kampung di musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kerana terpaksa meninggalkan tanaman selama 5 hari. Kami cuba membuat Sistem Pengairan Secara Tirisan. Kaedah ini merupakan penyelesaian yang murah disamping dapat recycle bahan-bahan terbuang.

Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Botol kosong
2. pisau

Langkah-langkah
1. Pertama sekali, siram tanaman anda supaya tanah di dalam pasu menjadi tepu dengan air supaya botol siraman tidak cepat kosong.

2. Ambil penutup botol dan tebuk penutup dengan menggunakan pisau atau paku tekan. Buat lubang yang kecil supaya air tidak cepat habis meresap ke dalam air. Kemudian isi air ke dalam plastik botol tersebut dan tutupkan dengan penutup tersebut.

3. Korek tanah dalam pasu dan tanam botol plastik tersebut secara terbalik.



Update terkini setelah 5 hari. Klik di link ini.



Friday, March 18, 2016

Pokok Lebih Subur

Petua ini saya peroleh dari Kebun Bandar Fb group. Air cucian beras bukan sekadar dapat menghilangkan hanyir ikan, malah dapat menyuburkan pokok-pokok kita.  Menurut founder group ini, Izham Alias, cecair ini bukanlah sejenis baja tetapi merupakan makanan yang dapat membina mikrob-mikrob baik di dalam pasu. Mikrob-mikrob baik ini akan membantu tanaman kita subur.

Cara-cara

Air basuhan beras
1. Ambil air basuh beras dan diletakkan ke dalam bekas dan letakkan sekali kulit-kulit bawang yang telah dikopek. Biarkan ia semalaman.


Kulit bawang dan air basuhan beras yang dibiarkan semalaman
2. Cecair ini sedia disiram pada keesokan harinya. Boleh dilakukan setiap hari bergantung kepada anda sendiri. Saya melakukannya dua kali seminggu. Kesannya tidak serta merta namun memuaskan apabila melihat tanaman anda subur.

Saturday, March 5, 2016

Ros Jepun Tidak Berbunga

Kami juga berminat dengan pokok-pokok bunga. Untuk permulaan, kami memilih pokok Ros Jepun kerana pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan senang dijaga. Pada mulanya pokok Ros Jepun kami mempunyai bunga yang banyak dan kelihatan cantik. Tetapi makin lama pokok bunga Ros Jepun kami tidak berbunga dan daunnya kecil sahaja.

Walaupun buntu kami cuba mencari jalan penyelesaian. Kami cuba meletakkan Ros Jepun di tempat yang kena matahari paling panas dan lama. Jika dahulu kami letakkan di atas lantai, kini kami menggantungkannya di railing. Seminggu selepas itu, kami mendapati Ros Jepun mula mengeluarkan putik bunga dan daunnya kelihatan besar dan segar.


Mula berbunga dan batangnya kini bercabang



Galak tumbuh putik bunga


Petua



Sejak berzaman, nenek moyang kita telah menggunakan asam jawa untuk mengubati penyakit yang mereka alami. Walaupun kita tidak dapat pastikan keberkesannannya, namun perubatan tradisional ini telah diperturunkan bagi memberi manfaat kepada generasi akan datang. perubatan tradisional ini harus disimpan sebagai rujukan atau salah satu cara perubatan alternatif tanpa bahan kimia.

Asam jawa atau nama saintifiknya tamarindus indica adalah tumbuhan asal di benua Afrika dan tersebar meluas oleh pedagang-pedagang arab yang datang singgah ke Asia Tenggara. Nama lain bagi asam jawa adalah Asam, Asam kemat, Asam kuning (Melayu), Indian date, Sweet tamarind (Bahasa Inggeris), Anbii, ambli, Chinh, Imalii, Tamarulhindi (India), Da Ma Lin, Loa Wang Zi (China), Bakham Somkham (Thailand), Me Chua (Vietnam), Sempodok (Filipina), Tamarindo (Jepun) dan Khaam, Kok mak kham (Laos).

Petua orang dulu-dulu


1. Demam Panas
Ambil segenggam asam jawa dan kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil berselawat dan membaca doa ini.



Wednesday, March 2, 2016

Mengapa pokok layu ketika tengah hari

Satu masalah timbul ketika projek menanam pokok capsicum  iaitu anak pokok layu ketika matahari terik memancar secara terus ke balkoni rumah iaitu antara pukul 3.00 hingga pukul 6.00 petang. Anak pokok seolah lembik dan daunnya bergulung. Keadaan anak pokok kembali pulih apabila cahaya matahari tidak lagi terik. Kami mencuba beberapa cara untuk mencari penyelesaian masalah ini.

i) menutup kawasan anak benih capsicum dengan kain hitam yang dijual di nursery.
- Kain tersebut dapat menghalang cahaya matahari  memancar terus ke balkoni rumah.
Hasilnya: Anak pokok capsicum kelihatan lebih baik dan batangnya tidak lembik dan daunnya tidak lagi bergulung.

Anak pokok capsicum layukan dirinya untuk
menggelak kehilangan air yang banyak. 


Salah satu cara saya lakukan untuk
menghalang pancaran terus cahaya matahari

Proses transpirasi adalah proses tumbuhan kehilangan air dalam bentuk wap air melalui stoma pada daun.  Stoma adalah liang kecil pada daun yang membenarkan wap air keluar dari bahagian tumbuhan yang aktif seperti daun dan batang. Stoma adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Ia berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa proses fotesintesis dan repirasi, Selain itu, stoma juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.

Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stoma pada tumbuhan tersebut maka semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi. Cahaya merangsang bukaan stoma. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stoma akan terbuka dengan lebih luas.  Semakin tinggi suhu persekitaran maka semakin tinggi kadar traspirasi yang berlaku.

Oleh itu, pada suhu panas, daun dan batang pokok kelihatan layu sebagai akibat hilangnya air yang diperlukan. Daun yang nipis akan layu lebih cepat berbanding daun yang tebal. Kelayuan tumbuhan ini boleh dikatan layu sementara atau layu kekal. layu sementara terjadi jika tanah masih mengandungi air buat tumbuhan. Kelayuan terjadi akibat banyak air yang tersejat. Tumbuhan akan menjadi segar kembali setelah kadar transpirasi menurun. Layu sementara yang berulang-ulang akan menyebabkan tumbuhan mengalami pertumbuhan yang tertekan.




Di sini saya menjumpai video penerangan mengenai masalah ini di blog TanamSendiri.com. Anda boleh klik di sini untuk keterangan lanjut. 


sumber: TanamSendiri.com Nota Biologi

Projek 5: Menanam pokok capsicum. Klik di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...