ADS

Saturday, August 15, 2020

Taekwando Teach Us ~

 


By: Zaim Ariffin

Nugget Carrot Ayden

 



Bahan-bahan
1 biji carrot
1 biji kentang
1/2 cawan tepung gandum (kalau lembek tambah sedikit tepung)
Sedikit unsalted butter untuk menggoreng

Cara-cara
1. Carrot dan kentang dipotong kecil serta distimkan sehingga lembut. Kemudian blendkan sehingga halus.
2. Masukkan tepung sehingga tidak melekat di tangan.
3. Basahkan tangan dengan air agar senang untuk menggetel adunan tersebut. Saya membuat bulat kecil-kecil senang untuk ayden makan. 
4. Goreng sehingga kekuning-kuningan. Jangan terbalikkan terlalu awal nanti adunan pecah.
5. Adunan yang lebih saya masukkan ke dalam peti sejuk. Saya dapati lebih senang untuk digentel apabila adunan sejuk. 

Tip: Bagi yang alergik tepung gandum boleh cuba letak beras perang yang telah diblend (ada dijual di kedai baby). Saya pernah cuba dan hasilnya baby Ayden suka!! 

Friday, August 14, 2020

Baby Cake for Ayden First Birthday

 



Pertama kali mama cuba buat kek untuk baby 'No sugar, No salt and No egg'. Masa kakak dan abang dulu mama buat kek dari buah-buahan. Kali ni mama search resepi dari internet di sini yang diubahsuai mengikut apa yang ada di pantry mama. 

Bahan-bahan
5 buah pisang yang telah masak
1/2 cawan puri buah Epal
3 sudu besar minyak kelapa
3 sudu kecil perisa vanila
1 sudu kecil baking soda
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk kayu manis

Cara-cara
1. Lenyekkan buah pisang di dalam satu mangkuk.
2. Dalam mangkuk yang lain, campurkan kesemua bahan kering iaitu gandum, baking soda dan serbuk kayu manis
3. Masukkan puri epal, minyak kelapa, vanila dan pisang yang telah dilenyek ke dalam mangkuk yang mengandungi tepung tadi.
4. oles sedikit unsalted butter di tin yang berukuran 6 inci. Tuangkan adunan tadi ke dalam tin tersebut
5. Bakar di dalam oven dengan suhu 300 degree celcius kira-kira 20-23 minute. (lain oven mempungyai takat suhu yang berbeza)
6. sejukkan kek sebelum meletakkan frosting di atas kek. 

Coconut Milk Frosting
Bahan-bahan
1 kotak santan yang disejukkan
sedikit puri Epal

Cara-cara
1. Putar santan sehingga kembang. Letak sedikit puri epal untuk memberi rasa manis. Jangan letak banyak nanti cair. 
2. Sapukan di atas kek dan hias dengan buah yang digemari

Resepi asal coconut milk frosting di sini

Nota: Kek tidak kembang sangat sebab tak letak telur. Ayden allergik telur masa ni. 

Semoga menjadi anak yang soleh dan dimurahkan rezeki serta diberikan kefahaman dalam pelajaran. Amin.

Jagung Bakar dalam Oven

 


Bahan-bahan
1. Jagung
2. Majerin atau butter
3. sedikit garam

Cara-cara
1. Sapu majerin atau butter pada jagung serta sedikit garam. Balutkan jagung tersebut dengan foil.
2. Bakar dalam oven dengan suhu 200 degree celcius selama 50 minit.
3. Angkat dan hidangkan di atas pinggan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...