ADS

Showing posts with label Keratan Batang. Show all posts
Showing posts with label Keratan Batang. Show all posts

Wednesday, November 29, 2017

Pokok Tetulang


Pokok tetulang atau dikenali juga sebagai pokok tulang-tulang adalah pokok yang unik kerana kelihatan hidup tanpa daun tidak seperti tumbuhan-tumbuhan yang lain. Pokok tetulang atau nama saintifiknya Euphorbia tirucalli dari famili Euphorbiaceace ini boleh didapati di Afrika, India, Sri Lanka dan juga Asia Tenggara. Pokok ini juga dikenali dengan nama Firestick Plants, Indian Tree Spurge, Naked Lady, Pencil Tree, Pencil Cactus, Sticks on fire atau Mill Bush.


Pokok tetulang mempunyai bentuk batang yang panjang dan bulat. Batang muda berwarna hijau muda dan batang yang matang berwarna hijau tua. Susunan ranting dahannya seperti rangka tulang manusia. Jika diamati dengan tetilti, pokok tetulang mempunyai daun yang agak halus dan kecil. Daun ini akan membesar dan bertukar menjadi dahan yang bulat seperti tulang. 


Pembiakan melalui keratan batang

Pokok ini boleh dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Semakin kerap dahan-dahannya dicantas, maka makin banyak tunas-tunas baru akan tumbuh. 

Awas! getah pokok tetulang beracun dan bertoksik. Getahnya berwarna putih dan akan mengalir keluar dari dahan yang cedera atau dipatahkan. Jika terkena pada kulit, ia boleh menyebabkan kerengsaan yang teruk dan kemerahan seolah terbakar. Jika tertelan getah pokok tetulang boleh menyebabkan melecur pada mulut, bibir dan lidah. Sila dapatkan rawatan perubatan dengan kadar segera jika terkena getah pokok ini. 





Friday, November 18, 2016

Projek Tanaman 16: Pokok Celery


Saya cuba menanam calery dengan menggunakan lebihan batang celery. Saya hanya meletakkannya di atas tanah. Dalam masa seminggu, daun celery mula tumbuh. Setiap kali saya menyiram celery, saya akan pastikan batangnya tidak terkena air. Sebelum ini saya sering gagal menyemai keratan batang celery.  Antara percubaan saya:

Sunday, November 13, 2016

Daun Belalai Gajah Mampu Melawan Kanser

Pokok belalai gajah yang baru kami beli
di Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen ke 40
di Universiti Putra Malaysia

Pokok belalai gajah atau nama saintifiknya Clinachantus muntans (Burn. F) lindau adalah dari famili Anthaceae. Pokok ini juga dikenali dengan nama Sabah Snake Grass (English), Saled Pangpon pua mea (Thailand) dan Dandang Gendis (Indonesia). Pokok belalai gajah adalah tumbuhan renek yang tumbuh menegak sehingga ketinggian 2.5 meter jika tidak di cantas. Pokok ini mempunyai batang berkayu, mempunyai ruas-ruas dan kurang bercabang. Daunnya pula berwarna hijau, berbentuk lanset, tunggal dan bersusunan berhadapan.  Ukuran panjang daun belalai gajah boleh mencecah antara 8-12 cm dan 4-6 cm lebar.


Tunas tumbuh di ruas-ruas batang

Tuesday, November 1, 2016

Projek Tanaman 14: Mulberry



Keratan batang pemberian sis Maria Usop telah disemai pada 25 Oktober 2016. Kelihatan 2 keratan batang mula menunjukkan penumbuhan pucuk. Terima kasih sis Maria atas pemberian keratan batang Mulberry.

Tuesday, September 20, 2016

Keratan Kemunting Cina Berbunga dan Tumbuh



Pokok kemunting yang dikerat menjadi dua anak pokok, telah berbunga. Bahagian keratan pucuk mengeluarkan bunga berwarna ungu keputihan. Bahagian keratan sebelah bawah hanya mengeluarkan pucuk / daun baru. 



Artikel mengenai Percubaan membiak Kemunting Cina. Klik di sini

Tuesday, September 6, 2016

Percubaan membiak Kemunting Cina

Pokok kemunting cina semakin meninggi dan membesar. Saya mengambil keputusan untuk memotong pokok saya agar menjadi dua pokok. Kedua-dua keratan pokok ini saya tanam di dalam pasu. Setelah kira-kira dua minggu, kelihatan daun-daun baru mula tumbuh di celah daun lama pada keratan sebelah kanan (keratan batang bahagian bawah). Pucuk baru tumbuh di keratan sebelah kiri (keratan sebelah atas). Semoga keratan ini dapat tumbuh dan berbunga. 

Daun-daun baru mula tumbuh dicelah-celah daun
Hasil percubaan menanam pokok Kemunting Cina dari keratan batang. Klik di sini

Sunday, July 17, 2016

UPDATE: Pokok Tetulang



Setelah lama menunggu tanpa berputus asa, akhirnya keratan pokok tetulang ini memberi kami harapan baru. Pagi ini, kami terperanjat melihat keratan anggur ini mengeluarkan pucuk baru setelah 3 bulan lamanya. 



Artikel mengenai keratan Pokok Tetulang baca di sini.

Tuesday, April 5, 2016

Terima Keratan Batang dari Nur Aida

Hari ini -- (5 April 2016), geng Kebun Rumah Tinggi menerima keratan batang beberapa pokok dari Nur Aida (group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri). Keratan batang yang kami dapat kenal pasti adalah keratan batang mulberry, keratan batang cherry barbados dan keratan batang anggur. Ada beberapa keratan saya tidak pasti. Kemungkinan keratan batang mahkota dewa. Ada juga benih yang saya tidak dapat pastikan. Terima kasih banyak-banyak kerana memberi peluang geng Kebun Rumah Tinggi mencuba tanaman yang mempunyai banyak manfaat. Kami berharap usaha kami ini berjaya.

Kami rasa ini keratan batang anggur

Keratan batang yang berwarna hijau ini
 tidak dapat dipastikan


Keratan batang Mulberry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...