Perjalanan dari pintu masuk ke tapak perkhemahan kira-kira 500 meter |
Sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke air terjun, kami perlu mendaftar di Pejabat Santuari dengan bayaran masuk sebanyak RM1.00 seorang serta deposit RM3.00 bagi setiap bekas makanan. Sungai Chiling telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai lokasi terpelihara dan pengunjung dilarang memancing atau menangkap ikan. Pengunjung yang didapati bersalah akan didenda. Antara kemudahan asas yang disediakan seperti surau, tandas, gerai makanan dan tapak perkhemahan. Bagi pengunjung yang ingin berkhemah, pengunjung boleh menyewa khemah dari pejabat santuari dengan bayaran sebanyak RM4.00 setiap seorang.
Setiap pengunjung perlu 'declared' barang yang dibawa di Pejabat Santuari. Semua sampah perlu dibawa keluar untuk menjaga kebersihan kawasan sungai |
Pengunjung perlu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak terbabit |
Perjalanan bermula dengan melintasi jambatan gantung |
Trail ke air terjun mengambil masa kira-kira 1 jam dengan jarak sekitar 4.5 kilometer. Treknya agak mendatar dan mudah. Namun, kami perlu melintas 5 anak sungai untuk sampai ke air terjun. Pengunjung dinasihatkan agar berhati-hati semasa mengharungi sungai kerana batu-batu didalamnya licin selain arus deras di kawasan-kawasan jeram.
Lintasan 2 |
Lintasan 3 |
Lintasan 4 |
Sempat lagi berenang di Lintasan 5 |
Alisya terpaksa dibantu untuk menyeberangi lintasan terakhir kerana airnya agak dalam. |
Sepanjang perjalanan kami teruja melihat flora seperti pokok periuk kera, buluh dan pokok paku pakis, selain tumbuhan-tumbuhan besar yang membentuk kanopi menutupi denai. Laluan menjadi redup dan sejuk.
Air terjun yang cantik dan mempersonakan |
Kami terpesona melihat curahan air terjun setinggi 70 meter yang mempunyai 3 tingkat. Airnya yang sejuk sungguh menyegarkan tubuh yang penat meredah hutan. Tapi awas!! air disekitar air terjun agak dalam. Sambil bermandi manda, pengunjung boleh memberi makan ikan kelah dan melihat ikan-ikan ini merebut makanan sesama mereka. Makanan ikan boleh dibeli di Kaunter Pejabat Santuari dengan harga RM2.00 satu peket. Tidak perlu bimbang kerana ikan-ikan ini tidak menggigit pengunjung yang berada di dalam air.
Satu pengalaman baru |
Airnya yang nyaman dan menyegarkan. Kelihatan ikan-ikan berenang di kolam |
Ikan Kelah |
Bersiap sedia untuk pulang, perjalanan yang santai dan menyeronokkan |
No comments:
Post a Comment