ADS

Wednesday, March 30, 2016

Jus Kunyit Minuman Kesihatan

Jus Kunyit merupakan minuman istimewa kerana sarat pelbagai nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Bukan sahaja untuk mengekalkan kesihatan, malah menyumbang kepada perawatan dan kesembuhan sebahagian dari penyakit yang dideritai. 

Kunyit kaya dengan vitamin-vitamin penting seperti pyridoxine (B6), niacin (b3), Folate (B2), A, C, E dan K. Kunyit juga tinggi kandungan vitamin B6 dan C. Setiap 100 gm herba ini membekalkan 1.80mg atau 138% vitamin B6, dan 23.9mg atau 43% vitamin C dari dos saranan harian yang diperlukan oleh tubuh. Selain itu, kunyit mengandungi banyak zat-zat gizi seperti kalsium, besi, potassium, magnisium, tembaga, zink dan manganese. Setiap 100 gm membekalkan 41.42mg atau 517% zat besi dan 7.83 mg atau 340% manganese dari dos saranan harian yang diperlukan oleh tubuh. Kunyit juga mengandungi minyak essential / pati seperti termerone, curlone, curumene, cineole dan p-cymene. Kunyit tidak mengandungi kolesterol.

Versi 1



Cara-cara menyediakan Jus kunyit

1. Sebiji lemon diperah untuk mendapatkan jusnya.
2. Seterusnya parut seruas kunyit berukuran kira-kira sebesar ibu jari dalam gelas yang berisi 2 sudu besar air masak. Larutan tersebut kemudian ditapis ke dalam gelas yang berisi jus lemon.
3. Masukkan 2 sudu besar madu dan dikacau hingga sebati. Biarkan jus ini selama 30 minit sebelum dimasukkan air masak sehingga 3/4 gelas. Jus lemon boleh digantikan dengan asam jawa.



Versi 2

Cara-cara membuat jus kunyit

1. Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluarannya. Blend kunyit dengan 5 gelas air dan ditapis ke dalam botol kaca.
2. Jika terlalu pekat, tambah sedikit air, asam keping dan sedikit gula melaka.
3. Jus tadi disimpan dalam peti ais dan diminum suku cawan setiap pagi dan malam.
4. Untuk penyakit kanser, elakkan penggunaan gula.

* Amalkan jus ini seminggu 2 kali sudah mencukupi. Jangan menggunakan kunyit dengan terlalu banyak kerana boleh memberikan rasa pahit dan tidak enak diminum. Lebih baik menggunakan gula melaka kerana gula pasir (sukros) boleh memudaratkan tubuh jika diambil terlalu banyak.


 Kesan Sampingan

Kunyit tidak digalakkan di makan oleh penderita baru karang hempedu. Kunyit adalah rempah yang sederhana pedas dan boleh menyebabkan rasa nyeri atau panas di dada (heartburn) dan meningkatkan suhu tubuh, Kunyit perlu dimakan bersama dengan makanan yang lain. Pening, loya dan kejang perut boleh berlaku jika kunyit di makan tanpa diiringi makanan yang lain. Sekiranya berlaku kesan sampingan, maka pengambulan kunyit perlu dikurangkan atau dijarangkan. Kunyit juga boleh menyebabkan tindak-balas allergi dan gatal-gatal kulit pada sesetengah individu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...