Hari minggu yang lalu, kami berkelah di Hutan Lipur Sungai Gabai yang terletak di daerah Hulu Langat. Perjalanan dari Shah Alam mengambil masa kira-kira 1 jam 5 minit pemanduan. Sebelum masuk ke kawasan rekreasi ini, kami dikenakan bayaran sebanyak RM1.00 seorang. Pelbagai kemudahan disediakan antarannya kawasan parkir, gerai makanan, surau, tandas awam dan wakaf untuk beristirahat.
![]() |
| Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman dijual di situ. |
![]() |
| Kami melalui kaawasan kampung sebelum tiba di pintu gerbang ke Sungai Gabai |
Kami tiba di Air terjun Sungai Gabai kira-kira pukul 10.00 pagi. Ketika itu, pengunjung masih kurang dan agak mudah untuk mencari kawasan untuk berkelah. Anak-anak tidak sabar lagi untuk mandi apabila melihat air sungai yang jernih. Air sungainya yang agak cetek dan tidak membahayakan kanak-kanak.
![]() |
| Sesuai untuk aktiviti beriadah bersama keluarga |
Setelah puas bermandi manda di air terjun pertama, kami mengambil keputusan untuk mendaki ke air terjun kedua dengan mendaki anak tangga bersimen yang disediakan oleh pihak yang berwajib.
![]() |
| Kira-kira 230 anak tangga harus didaki untuk sampai ke air terjun kedua |
![]() |
| Terdapat wakaf untuk beristirahat dan tandas awam di kawasan air terjun kedua |
![]() |
| Kawasan air terjun kedua agak dalam dan berhati-hati ketika berenang di situ |
![]() |
| Bagi yang berani, boleh cuba menggelongsor di batu itu. Namun pengunjung perlu berhati-hati agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini |
![]() |
| Kami mendaki ke atas sedikit dari air terjun kedua untuk ke jeram kecil |
![]() |
| Jeram kecil |
![]() |
| Airnya amat menyegarkan |
![]() |
| Selamat Hari Jadi Adik. Moga menjadi anak yang soleh dan sentiasa istiqamah ke jalan Allah |













No comments:
Post a Comment