ADS

Monday, April 11, 2016

Lata Berembun, Negeri Sembilan

Air Terjun Lata Berembun, Negeri Sembilan

Setelah lama berehat dari hiking, Geng AzZa kembali beraksi bersama-sama Geng Macai Rimba Outdoor Team (MROT) ke Lata Berembun pada 10 April 2016 lalu. Lata Berembun terletak di Kampung Baru Pantai, Jelebu, Negeri Sembilan. Lokasi Lata Berembun terletak kira-kira 5 kilometer dari Kampung Baru Pantai. Bagi pengunjung yang ingin menikmati keindahan suasana di kawasan hutan simpan Berembun, terdapat juga chalet berdekatan seperti Plassid Villa, awanmulan, The Dusun, The Shorea dan Cabinz Ecottage. Pihak chalet turut menyediakan guide dari kalangan orang asli untuk membawa pengunjung ke Lata Berembun dengan sedikit bayaran.


Pusing kanan di 'Y' junction sebelum tiba Balai Polis Kampung Baru Pantai. Teruskan perjalanan sehingga akhir jalan. Di situ terdapat Loji Air Rawatan Pantai. 

Pengunjung boleh pakir di bahu jalan. Trekking bermula dari Loji Rawatan Air Pantai
Trail

Perjalanan dari loji ke Lata Berembun mengambil masa kira-kira satu jam mengikut kelajuan masing-masing. Hiking ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas. Namun ini tidak mematahkan semangat Alisya yang baru berumur 4 tahun setengah. Sejak berumur 2 tahun lagi dia telah mengikut kami melakukan aktiviti hiking. Awas!! ada pacat di musim hujan. Pakai pakaian yang sesuai dan juga stoking untuk melindungi diri dari di gigit pacat. Kami turut bertembung dengan guide yang membawa pelancong-pelancong yang menginap di chalet-chalet berdekatan.


Hikers perlu mengikut denai yang berada di sebelah kanan selepas kira-kira 2 minit berjalan dari loji air.
Trailnya agak mendatar namun sesekali terpaksa melintasi sungai, mendaki cerun-cerun bukit dan melangkah batang-batang pokok. Kadang-kala kami terpaksa melalui bawah pokok besar yang tumbang. Sepanjang perjalanan kami mendengar deruan air sungai dan kicauan burung serta gembiranya si riang-riang.


Melintasi sungai  pertama


Suasana trailnya yang nyaman dan mendamaikan

Melintasi sungai  kedua dengan menggunakan tali yang disediakan 

Berhati-hati!!  Ada juga trailnya di tepi cerun bukit

Alisya cuba mendaki cerun sendiri tanpa meminta bantuan dari kakak atau abangnya

Lalu di bawah pohon yang tumbang. 

Pelbagai Flora

Dalam perjalan ke Lata Berembun kami menjumpai pelbagai spesies tumbuhan, rama-rama dan cendawan. Ada juga akar-akar kayu yang membentuk arca yang menarik. Apa yang menarik perhatian kami, terdapat sebatang pokok berada di atas seketul batu yang sangat besar. Akar-akar pokok tersebut seperti mencengkam batu itu sekuat-kuatnya. 

Cendawan-cendawan yang kami jumpai sepanjang perjalanan kami ke Lata Berembun

Antara akar kayu yang sangat unik

Akar kayu membentuk anak tangga

Akhirnya berjaya tiba ke destinasi. Anak-anak
tidak sabar untuk mandi di sungai

Lata Berembun terkenal sebagai tempat persinggahan hikers melepaskan lelah sebelum memulakan perjalanan ke Gunung Berembun. Di sini terdapat air terjun kecil dan tapak untuk mendirikan khemah.

Laluan untuk ke Gunung Berembun. Insya Allah
di lain masa kami berpeluang meneruskan perjalanan ke Gunung Berembun

Ada juga hikers yang bermalam atau camping di seberang sungai

Aktiviti sekitar Lata Berembun

Kami sempat bbq kambing untuk dinikmati sebagai santapan tengah hari. Walaubagaimanapun aktiviti bbq hendaklah dilakukan dengan berhati-hati dan pastikan apinya betul-betul padam sebelum anda meninggalkan kawasan perkelahan.

Perkara wajib bila sampai di destinasi, menyediakan makanan untuk berpiknik

Lamb Grilled yang sedap dan Awesome.

Cucur Jagung yang ringan dan ranggup bak kata Kak Nora 

Seronok bermandi manda. Awas air agak dalam

Acara berendam dalam air sungai yang sejuk dan jernih. 

Sentiasalah menjaga alam sekitar ketika hiking.
"kita meminjam bumi ini dari anak-anak kita" maka peliharalah ia sebaik-baiknya

TQ Geng MROT. Hiking yang awesome dan best!!

Nota: 
Lokasi: Gunung Berembun, Jelebu, Negeri Sembilan
Parkir: Tidak disediakan. Parkir di tepi jalan jika ada
Kemudahan: Tiada kemudahan asas disediakan
Elevation Gain: +- 110 meter
Difficulty level: 3/10 (Jalan rata, sesekali mendaki 80 darjah, trail agak kering kecuali berhampiran sungai, di dua tiga tempat jalan dihalang oleh pokok yang tumbang)
Permit: Tiada maklumat
Kemudahan guide: Disediakan oleh chalet atau resort berhampiran jika perlu

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...