ADS

Sunday, June 26, 2016

Bersantai di Pantai Bagan Lalang




Cuti hujung minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh warga kota yang ingin beriadah bersama-sama teman-teman dan keluarga tercinta. Bagi pengunjung yang menggemari keindahan semulajadi pasti mengimpikan suasana yang indah dengan diselang seli deruan ombak. Tidak hairanlah ramai pengunjung yang berkunjung ke Pantai Bagan Lalang untuk sebgai satu destinasi untuk beristirahat . Pantai Bagan Lalang menjadi pilihan kerana lokasinya yang hampir iaitu kira-kira 100 km dari Shah Alam. 

Sepanjang perjalanan, kami melihat panorama desa yang membuatkan perjalanan kira-kira dua jam tidak terasa. Kami turut melepasi Litar Antarabangsa Sepang yang direka oleh Hermann Tilke dan dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Doktor Mahatir Mohamad pada 7 Mac 1999. 



Lokasi Pantai Bagan Lalang, Sepang


Sebaik tiba di situ, anak-anak tidak sabar lagi hendak menjejak kaki ke laut. Namun,hasrat mereka tidak kesampaian kerana air laut surut. Kami mengambil kesempatan ini untuk berjalan sepanjang pantai untuk mempelajari kehidupan fauna yang ada ketika surut. Namun pengunjung perlu berhati-hati dan sentiasa berjaga-jaga waktu air mula pasang. 



Mencari siput dan cengkerang

Ketam Kecil yang kelihatan ketika air surut

Nun jauh kelihatan kapal besar sedang berlabuh menunggu air pasang

Sekitar pukul 5.00 petang, air laut mula pasang dan anak-anak tidak sabar lagi untuk berendam. 


Nak mandi laut tetapi geli dengan biji-biji pasir
Tidak lengkap jika tidak mandi di laut

Setelah penat bermandi-manda, kami bersiap-siap untuk pulang. Anak-anak sempat lagi bermain di taman permainan yang disediakan berhampiran medan selera.









Pelbagai kemudahan disediakan sekitar Pantai Bagan Lalang antaranya kedai makan, tandas awam, pasar, surau, taman permainan, gazebo dan sebagainya. Selain itu, pengunjung mempunyai pilihan penginapan yang murah mahupun bertaraf 5 bintang. Bagan Lalang turut terkenal dengan restoran yang menyajikan makanan laut yang segar dan sedap. Memandangkan restoran di sini berhampiran pantai dan mendapat bekalan ikan dari nelayan, tidak hairanlah pilihan makanan di sini banyak antaranya aneka jenis ikan, udang, pepahat, lala dan ketam. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...