ADS

Friday, June 24, 2016

Bersarapan di Bukit Fraser




Bukit Fraser lebih dikenali dengan alam semulajadinya yang masih terpelihara dari pembangunan pesat. Udaranya yang nyaman dan sejuk seolah-olah seperti berada di luar negara. Suhu di sini boleh mencecah kira-kira 19 hingga 22 darjah celsius. Tidak hairanlah Bukit Fraser diberi nama jolokan 'The Little England of Malaysia'. keunikkan banggunan-banggunan di sini bercirikan senibina gaya Inggeris. Bukit Fraser sering menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang cintakan alam semulajadi dan juga geng 'bikers'. Ada juga hotel-hotel disediakan di sini bagi pelancong yang ingin bermalam di Bukit Fraser.





Perjalanan kami bermula dari Bandar Kuala Kubu Bharu ke Gap yang mengambil masa kira-kira satu jam. Perjalanan agak mencabar dan laluannya agak sempit. Sesekali terpaksa membunyikan hon bagi memastikan tiada kenderaan dari arah hadapan kerana jalannya berliku-liku. Sentiasa berhati-hati dan tidak memandu dengan laju. 







Setiba di Gap, kelihatan pintu gerbang yang menandakan kami telah memasuki kawasan Bukit Fraser. Di sebelah kanan kelihatan bangunan Rumah Rehat Gap yang usang dan terbiar. 

Apakah peristiwa yang berlaku di sini sehingga ia terbiar

Jambatan Gantung di hadapan Rumah Rehat Gap



Perjalanan dari Gap ke puncak Bukit Fraser hendaklah mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jalannya berliku-liku dan hanya ada satu lorong naik sahaja. 



Menara Jam yang menjadi tumpuan di puncak Bukit Fraser

Setiba di puncak, kami menarik nafas lega kerana melepasi jalan yang berliku-liku. Kami meneruskan perjalanan ke kedai makan Hamzah untuk bersarapan. Ketibaan kami agak lewat dan kebanyakan makanannya telah habis. Namun suasana sarapan di kedai ini seolah-olah di luar negara yang dipenuhi bunga-bunga yang cantik.


Bersarapan di garden 



Ada 8 laluan jungle trekking di Bukit Fraser iaitu Pine Tree Trail (5.5km), Maxwell Trail (1.8km), Bishop Trail (1.5km), Rompin Trail (500m), Kindersley Trail (300m), Hemmant Trail (1km), Abu Suradi Trail (500m) dan Mager Trail 350m). Setelah menikmati sarapan, kami mengambil keputusan menikmati keindahan alam semulajadi di aras tinggi dengan mengikuti laluan Hemmant Trail. Laluan Hemmant Trail adalah mendatar dan terletak di belakang laluan Masjid Bukit Fraser. Laluan ini agak becak jika hujan dan pastikan anda memakai pakaian yang sesuai kerana kemungkinan besar ada pacat. 


Jom Treaking

Mempelajari Flora yang terdapat di kawasan tanah tinggi





Antara kawasan-kawasan lain yang menarik adalah:
1. The Paddock
2. Bird Interpretative Birds Centre
3. Allen's Water
4. Taman Flora Bukit Fraser
5. The Sport Complex
6. Kelab Diraja Bukit Fraser
7. Air Terjun Jeriau
8. Dataran Bukit Fraser
9. Muzium mini

Dalam perjalanan turun, kami berhenti sebentar di Air Terjun Semangkuk untuk menikmati makan tengah hari. 

Add caption



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...