Cuti hujung minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh warga kota yang ingin beriadah bersama-sama teman-teman dan keluarga tercinta. Bagi pengunjung yang menggemari keindahan semulajadi pasti mengimpikan suasana yang indah dengan diselang seli deruan ombak. Tidak hairanlah ramai pengunjung yang berkunjung ke Pantai Bagan Lalang untuk sebgai satu destinasi untuk beristirahat . Pantai Bagan Lalang menjadi pilihan kerana lokasinya yang hampir iaitu kira-kira 100 km dari Shah Alam.
Sepanjang perjalanan, kami melihat panorama desa yang membuatkan perjalanan kira-kira dua jam tidak terasa. Kami turut melepasi Litar Antarabangsa Sepang yang direka oleh Hermann Tilke dan dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Doktor Mahatir Mohamad pada 7 Mac 1999.