ADS

Showing posts with label Santuari Sungai Chiling. Show all posts
Showing posts with label Santuari Sungai Chiling. Show all posts

Thursday, July 28, 2016

Seni Mengimbangi Batu (Rock Balancing)

By: Zaireen Photography
Percubaan membuat Rock Balancing ketika di
Air Terjun Sungai Chiling

Seni mengimbangi batu atau Rock Balancing adalah satu seni persembahan susunan batu yang unik. Seni ini memerlukan kesabaran dan daya fokus yang tinggi kerana bukan mudah untuk mencari titik graviti setiap batu tersebut agar tidak terjatuh. Setiap susunan batu ini mempunyai maksud yang tersendiri yang ingin disampaikan oleh penciptanya. 

Salah seorang Rock Balancer yang terkenal ialah Michael Grab. Menurut beliau, Perkara asas di dalam Rock Balancing secara fizikal adalah mencari titik 'tripod' iaitu titik di mana batu itu boleh berdiri sendiri secara melintang, menegak atau mengikut daya kreativiti penciptanya. Anda boleh merasakannya apabila batu yang disusun itu berdiri dengan kukuh dan seimbang seolah-olah 'klik' antara satu sama lain. (sumber: gravityglue.com)


Sunday, July 17, 2016

Berenang Bersama Ikan Kelah!!

Pada hujung minggu yang lepas, kami telah bercuti ke Air Terjun Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Air Terjun Sungai Chilling bukan sahaja  terkenal dengan aliran sungai yang jernih, malah ia adalah santuari beribu ikan Kelah Hijau dan ikan Lampan. Sebelum ini kami telah ke Santuari Sungai Chilling pada Mac 2016 yang lalu. Boleh baca di sini. Kami tiba di sana dengan menaiki kereta dari Shah Alam tepat pukul 9.30 pagi. Santuari Sungai Chilling terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Empangan Kuala Kubu Bharu. Kawasan meletakkan kenderaan adalah terhad namun pengunjung dibenarkan pakir di bahu jalan. Santuari Ikan Sungai Chiling di buka setiap Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. 



Perjalanan dari pintu masuk ke tapak perkhemahan kira-kira 500 meter

Sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke air terjun, kami perlu mendaftar di Pejabat Santuari dengan bayaran masuk sebanyak RM1.00 seorang serta deposit RM3.00 bagi setiap bekas makanan. Sungai Chiling telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai lokasi terpelihara dan pengunjung dilarang memancing atau menangkap ikan. Pengunjung yang didapati bersalah akan didenda.  Antara kemudahan asas yang disediakan seperti surau, tandas, gerai makanan dan tapak perkhemahan. Bagi pengunjung yang ingin berkhemah, pengunjung boleh menyewa khemah dari pejabat santuari dengan bayaran sebanyak RM4.00 setiap seorang. 



Setiap pengunjung perlu 'declared' barang yang dibawa di Pejabat Santuari.
Semua sampah perlu dibawa keluar untuk menjaga kebersihan kawasan sungai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...