Zaman dahulu tidak sama dengan zaman kanak-kanak sekarang yang hidup dalam serba moden. Kebanyakan kanak-kanak pada zaman itu mempelajari anyaman ketupat daripada ibu atau nenek mereka. Ibu mertuaku pernah bercerita, pada mula-mula mempelajari seni anyaman ketupat, dia mengambil masa yang agak lama untuk betul-betul mahir menganyam ketupat. Malah ibu mertuaku memberitahu ketupat bawang dan ketupat sate adalah dua jenis ketupat yang paling mudah dianyam. Kemahirannya menganyam ketupat diturunkan kepada anak-anaknya. Suamiku juga pandai menganyam ketupat dan menjadi tugasnya saban tahun menjelang Hari Raya.
Tradisi ini dapat merapatkan silaraturahim sesama ahli keluarga |
Peredaran zaman yang kian maju menyebabkan budaya dan tradisi peninggalan nenek moyang kita semakin dilupakan. Malah kebanyakkan anak-anak muda zaman ini tidak tahu menganyam ketupat. Ramai orang yang lebih senang menggunakan ketupat segera dalam plastik pelbagai jenama yang dijual di pasaran. Sejujurnya, saya tidak pandai menganyam ketupat, walaupun pernah mempelajarinya beberapa kali bersama-sama arwah atuk saya. Saya hanya pandai mengetatkan kelongsong ketupat agar beras yang diisi tidak tumpah.
Anak-anak mengambil kesempatan ini mempelajari
seni menganyam daripada nenek mereka ketika Hari Raya
yang lepas
No comments:
Post a Comment