ADS
Thursday, June 23, 2016
Kebaikan Halia
Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale selalu digunakan dalam masakan mahupun dijadikan ubat. Halia dikenali juga sebagai Jahe (Indonesia) dan Ginger (Bahasa Inggeris). Herba ini berbentuk umbisi yang terdiri daripada rizom seperti jari-jari yang menggembung pada ruas-ruas tengah. Rasanya agak pedas kerana bahan kimia yang terdapat di dalamnya yang dipanggil zingeron. Halia mempunyai pelbagai khasiat yang dapat membantu melawan penyakit secara alami. Antaranya:
1. Halia mengekalkan peredaran darah normal
Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang dapat membantu memperbaiki aliran darah, mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.
2. Memulihkan mabuk dalam perjalanan
Halia adalah penawar yang berkesan untuk melegakan rasa loya yang dikaitkan dengan mabuk. Menurut kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.
3. Meningkatkan penyerapan nutrien dalam usus
Halia meningkatkan penyerapan dan merangsangkan nutrien penting dalam badan kerana herba ini merangsang rembesan enzim pankreas yang membantu penyerapan nutrien.
4. Pencegahan demam dan selsema
Halia telah digunakan sejak dahulu lagi sebagai rawatan semulajadi untuk merawat demam dan selsema di Asia. Rendamkan 2 sudu besar halia segar yang dicincang dalam air panas dan diminum 2 - 3 kali sehari.
5. Mengurangkan ketidakselesaan perut
Halia membantu proses pencernaan seterusnya meningkatkan penyerapan makanan dan mengelakkan sakit perut serta mengurangkan keradangan.
6. Mencegah barah usus dan merawat kanser ovari
Satu kajian dari Universiti of Minnesota mendapati halia dapat melambat pertumbuhan sel-sel kanser kolorektal / usus. Serbuk halia juga mampu mematikan sel dalam sel-sel kanser ovari.
7. Melawan masalah pernafasan biasa
Halia membantu mengembangkan paru-paru serta melonggarkan kahak kerana halia adalah ekspektoran semulajadi yang mencairkan dan membuang kahak. Oleh itu, anda pulih lebih cepat jika anda mengalami batuk dan kegatalan tekak.
8. Mengguatkan imuniti
Halia dapat membantu meningkatkan sistem imun badan. Pengambilan sedikit halia sehari boleh membantu mengurangkan risiko strok dengan menghalang lemak melekat pada arteri. Halia juga dapat mengurangkan jangkitan bakteria dalam perut.
9. Mengurangkan morning sickness
Halia dapat mengurangkan gejala morning sickness dan ketidakselesaan perut sebanyak 75 peratus.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment