ADS

Sunday, April 3, 2016

Cili


Cili atau nama saintifiknya Capsicum annum adalah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Pokok ini dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Cili juga dipanggil cili merah, cili hijau, lada dan cabai (Malaysia), paprika, pimiento (Hungry dan Sepanyol) dan Chilli (Amerika Syarikat). Pokok cili tumbuh menegak, berakar tunjang dan batang bercabang berwarna hijau. Daunnya pula berbenyuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada kultivar).

 

Bunga cili berkelopak lima dangan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buahnya pula berbentuk tirus memanjang. Biji cili pula kecil dan berwarna kuning.

Bunga cili merah berbentuk seperti bintang

Buah cili yang matang berwarna merah gelap


Kandungan Cili

Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C Kompleks serta komposisi vitamin lain seperti protein, kabohidrat dan karotin. Kepelbagaian cili memberi tahap kepedasan berbeza kepada si pemakan. Ini dinamakan capsaicin, lagi tinggi tahap capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung dalam cili berfungsi sebagi agen pelicdung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.

Kebiasaannya cili bersaiz kecil lebih pedas rasanya. Kepedasam cili bergantung kepada kandungan capsaicin / capsaicivoids di dalamnya. Terdapat lima komponen capsaicin didalam cili iaitu nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin, homo capsaicin dan homo dihidro capsaicin. Komponen ini yang membantu melancarkan sistem peredaran darah dibahagian tangan, kaki dan jantung manusia. Disamping itu buah cili yang pedas dapat meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme  untuk melancarkan peredaran darah.


Khasiat Cili

1. Menurunkan kadar gula darah
Menurut penyelidik di University of Tasmania dalam American Journal of clinical Nutrition yang diterbitkan pada bulan Julia 2006, membuktikan bahawa makan cili boleh memberikan kesan yang sangat positif kepada orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami kencing manis. Kajian yang dijalankan membuktikan bahawa makan cili boleh membantu dengan ketara dalam mengawal tahap insulin selepas makan. Dari data yang dikumpulkan, paras gula dalam darah berkurangan sehingga 60 peratus selepas makan cili.

2. Cili bertindak sebagai penahan sakit
Apabila kita makan cili, makanan tersebut akan membuatkan otak kita melepaskan endorfin iaitu hormon yang bertindak untuk emenghilangkan rasa sakit yang dialami oleh tubuh badan. Penyelidik dari University Harvard mendapati capsaicin boleh digunakan untu mensasarkan reseptor rasa sakit, tanpa memberi kesan kepada sel-sel saraf atau menyebabkan kesan sampingan. 

3. Bertindak sebagai terapi dan penenang
Endorfin yang dikeluarkan oleh otak memberikan rasa nikmat apabila dimakan, membuatkan kita seolah-olah ketagih untuk memakannya walaupun pedas. Tidak hairanlah mengapa sesetengah individu sangat suka dan puas dapat makan masakan yang pedas dan kadang-kala cili dimakan mentah sebagai ulam. 

4. Bertindak selaku abtibiotik semulajadi
Capsaicin juga mempunyai ciri-ciri anti bakteria dan anti radang. Cili akan melancarkan peredaran darah dan membawa darah segar ke tempat jangkitan dan darah segar (sel-sel darah putih dan leukosit dalam darah) tadi akan melawan jangkitan tersebut.

5. Bertindak sebagai antioksidan
Cili mempunyai vitamin C dan vitamin A yang mengandungi beta karoten yang merupajan antioksida yang kuat. Antioksidan akan memusnakan bahan radikal bebas. Biasanya radikal bebas boleg bergerak di dalam badan dan menyebabkan sejumlah besar kerosakan kepada sel-sel dan boleh merosakkan saraf dan saluran darah.

6. Melegakan selsema dan asma
Cili memberikan kelegaan daripada hidung tersumbat dengan meningkatkan metabolisme. Ia juga dapat mengembangkan saluran udara paru-paru dan mengurangkan asma. 

7. Cili membantu membakar lemak.
Capsaicin juga adalah sebatian termogenik yang dapat meningkatkan kadar metabolisme yang membantu dalam proses pembakaran lemak. Kajian menunjukkan bahawa makan cili boleh meningkatkan metabolisme sehingga 23 peratus selama kira-kira 3 jam. 

Sumber: www.pucukubi.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...