ADS

Wednesday, November 23, 2016

Petua Pokok Kari Tidak Tumbuh Pucuk

Saya binggung tengok pokok kari saya tidak tumbuh pucuk walaupun telah dibaja dan disiram setiap hari. Mengikut petua ibu saya, pokok kari akan tumbuh pucuk baru jika kita potong sedikit bahagian pucuknya. Setelah saya buat seperti saranan ibu saya, pokok kari saya mula mengeluarkan pucuk baru. Semoga pokok kari saya tumbuh dengan sihat.

Pokok kari mula tumbuh 3 pucuk baru
setelah batang atasnya saya cantas
Update terbaru pokok kari setelah dicantas hujungnya: Lihat di Sini

Tuesday, November 22, 2016

UPDATE: Perkembangan Pokok Kurma

12 bulan
Pokok kurma hasil semaian anak-anak setahun yang lalu. Kini pokok kurma mempunyai lima helai daun. Perkembangan pokok kurma kami berbeza-beza. Ada yang masih dua helai daun dan ada yang telah mempunyai empat helai daun.  Mungkin disebabkan kadar cahaya matahari dan penyiraman air yang berbeza. 

Klik di sini : Projek penanaman kurma

Monday, November 21, 2016

Bukit Larut, Taiping


Pada minggu lepas, kami menziarah ibu bapa saya di Taiping, Perak. Jarak Bukit Jana ke kaki Bukit Larut adalah kira-kira 13 km. Seawal 8.30 pagi, kami bertolak ke kaki Bukit Larut dengan berbekalkan cucur udang yang dibuat khas oleh ibu tercinta. 

Kawasan pakir disediakan di kaki Bukit Larut
Bukit Larut telah dibuka sebagai pusat peranginan pada  tahun 1884 dan merupakan resort bukit yang tertua di Malaysia. Ketinggian Bukit Larut adalah kira-kira 1250 meter di atas aras laut. Pusat peranginan Bukit Larut masih mengekalkan alam semulajadinya dan tidak dibangunkan seperti bukit peranginan yang lain. Ada dua cara untuk ke puncak Bukit Larut iaitu melalui 30 minit perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan jeep yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab atau hiking yang mengambil masa kira-kira 5 jam. 

Friday, November 18, 2016

Projek Tanaman 16: Pokok Celery


Saya cuba menanam calery dengan menggunakan lebihan batang celery. Saya hanya meletakkannya di atas tanah. Dalam masa seminggu, daun celery mula tumbuh. Setiap kali saya menyiram celery, saya akan pastikan batangnya tidak terkena air. Sebelum ini saya sering gagal menyemai keratan batang celery.  Antara percubaan saya:

Wednesday, November 16, 2016

Pokok Buluh Jepun


Pokok buluh Jepun atau nama saintifiknya Dracaena surculosa dari famili Dracaenaceae merupakan tumbuhan hiasan pilihan orang ramai. Nama lain bagi pokok ini adalah Gold Dust dan Spotted Dracaena. Walaupun tergolong dalam spesies Dracaena, pokok ini tidak mempunyai ciri-ciri yang sama dengan spesies tersebut. Pokok Dracaena Surculosa mempunyai batang yang kecil, liat dan kelihatan seperti batang pokok buluh. Daunnya pula kecil, berbentuk bujur dan tumbuh secara berselang seli. Pokok buluh Jepun boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 76-121 cm. Pokok buluh Jepun mempunyai corak daun yang menarik iaitu:-

1.  Daunnya berwarna hijau tua dan mempunyai bintik putih atau kekuningan




Sunday, November 13, 2016

Daun Belalai Gajah Mampu Melawan Kanser

Pokok belalai gajah yang baru kami beli
di Ekspo Pertanian dan Pesta Konvokesyen ke 40
di Universiti Putra Malaysia

Pokok belalai gajah atau nama saintifiknya Clinachantus muntans (Burn. F) lindau adalah dari famili Anthaceae. Pokok ini juga dikenali dengan nama Sabah Snake Grass (English), Saled Pangpon pua mea (Thailand) dan Dandang Gendis (Indonesia). Pokok belalai gajah adalah tumbuhan renek yang tumbuh menegak sehingga ketinggian 2.5 meter jika tidak di cantas. Pokok ini mempunyai batang berkayu, mempunyai ruas-ruas dan kurang bercabang. Daunnya pula berwarna hijau, berbentuk lanset, tunggal dan bersusunan berhadapan.  Ukuran panjang daun belalai gajah boleh mencecah antara 8-12 cm dan 4-6 cm lebar.


Tunas tumbuh di ruas-ruas batang

Wednesday, November 9, 2016

Cuba Lagi!! Tanam Ulam Raja

Pada awal tahun lalu, saya pernah mencuba menanam ulam raja dari keratan batang dan berjaya bertunas. Namun selepas mula berbunga, pokok ulam raja mula layu dan mati. Boleh baca di sini - Projek Tanaman 3: Ulam Raja. Kali ini saya ingin mencuba sekali lagi menanam pokok ulam raja, ulaman kegemaran anak-anak saya. 

Tiga hari yang lalu saya menyemai keratan batang ulam raja yang saya beli di pasar. Semua daunnya saya petik dan tinggalkan batangnya sahaja. Tunasnya tumbuh di nod-nod antara batang tersebut. Moga pokok ulam raja saya dapat membesar dengan sihat. 


Keratan ulam raja yang baru di semai
Ulam raja sudah bertunas

Sunday, November 6, 2016

Jeruk Mangga (Pickled Mango)

Hari ini kami mencuba membuat Jeruk Mangga. Cara-cara membuat jeruk mangga adalah mudah dan boleh dibuat sendiri di rumah. Bahan-bahan yang diperlukan ialah mangga muda, cuka epal, garam, gula dan cili padi. Saya tidak menggunakan asam boi dan menggantikannya dengan cuka epal. Selamat mencuba!!



Kupas mangga dan potong secara memanjang.
Sebaik-baiknya gunakan mangga muda

Masak di atas api cuka epal, gula dan garam bersesuaian
mengikut sukatan mangga 

Saturday, November 5, 2016

Projek Tanaman: Pokok Betik

Anak pokok betik baru mempunyai 1 daun sebenar
Anak-anak tidak sabar untuk cuba menyemai biji benih betik. Biji buah betik kami basuh dan tabur di dalam tanah. Biji benih tersebut kami letakkan di tempat teduh dan disiram sekali sehari, Selang seminggu anak pokok mula tumbuh. Anak-anak berasa gembira melihat perkembangan biji benih yang ditanam mula tumbuh. 

Friday, November 4, 2016

Pokok Mulberi Berkhasiat

Pokok Mulberi kami yang baru bertunas
Mulberi atau nama latinnya morus adalah dari famili Moraceae. Mulberi atau dikenali juga dengan panggilan bebesaran berasal dari kawasan beriklim panas dan subtropika di benua Asia, Afrika dan Amerika Latin. Terdapat kira-kira 150 spesies antaranya Mulberi putih (Morus alba) dari Asia Timur, Mulberi Cina (Morus australis poir) dari Asia Tenggara, Morus celtidifolia kunth dari Amerika Latin dan Mexico, Morus insignis dari Amerika Selatan dan lembah Arizona, Mulberi Afrika (Morus mesozygia stapf) dari Afrika Tengah dan selatan, Mulberi Texas (Morus micropylla) dari Mexico dan Texas, Mulberi Hitam (Morus nigra L.) Asia Barat Daya dan Mulberi merah (Morus rubra L.) dari Amerika Timur Laut.

Pucuk mulberi boleh dimasak atau digoreng dengan belacan


Thursday, November 3, 2016

Sekitar Bandar Mersing

 Permandangan Bandar Mersing dari Bukit Timbalan. Permandangan di sebelah kanan 'dihiasi' dengan bukit bukau manakala di sebelah kiri kelihatan permandangan laut 

Bandar Mersing terletak di Muara Sungai Mersing. Nun kelihatan
laut dan pulau-pulau berhampiran perairan Mersing
Di sebelah ini pula kelihatan bangunan kerajaan

Kelihatan bukit bukau yang menghijau 


Wednesday, November 2, 2016

UPDATE: Pokok cili api Jambak



Pokok cili api putih bertukar menjadi merah terang apabila masak dan sedia dipetik. Kami hanya menggunakan baja dan racun organik. Anak-anak tidak sabar untuk memetik buah cili api yang sudah masak. Cili api boleh digunakan dalam pelbagai jenis masakan seperti Tom Yam, masak Lemak Cili Api atau dimakan begitu sahaja.

Tuesday, November 1, 2016

Tips: Mengeluarkan Kereta Terbenam Dalam Pasir

Permandangan indah menyambut ketibaan kami
Pada minggu lalu, kami membawa anak-anak bermandi-manda di pantai berdekatan Kampung Sri Pantai, Mersing. Lautnya sangat cantik dan masih lagi terpelihara. Tidak ramai pengunjung yang bermandi di sini. Anak-anak tidak sabar lagi untuk bermain-main di laut. Di saat kita ingin bergembira, kadang-kadang kita diuji tanpa di duga. Kereta kami terbenam di dalam pasir pantai. Semakin lama semakin dalam tayar terbenam. Syukur alhamdulillah pengalaman ayah mertua banyak membantu.

Tips yang perlu dilakukan jika tayar kereta terbenam.
1. Jangan panik dan jangan cuba keluarkan kereta dengan cuba kehadapan atau undur ke belakang. Ini akan membuat kereta anda semakin terbenam ke dalam pasir.

2. Jet kereta anda sehingga habis. Buat dengan berhati-hati. Disebabkan keadaan tanah berpasir, alaskan kayu agar jet lebih kuat dan stabil. Cari kayu yang besar letakkan dibawah tayar kereta. Lakukan di kedua-dua belah tayar hadapan. 

Jet kedua-dua belah tayar hadapan dengan berhati-hati

Projek Tanaman 14: Mulberry



Keratan batang pemberian sis Maria Usop telah disemai pada 25 Oktober 2016. Kelihatan 2 keratan batang mula menunjukkan penumbuhan pucuk. Terima kasih sis Maria atas pemberian keratan batang Mulberry.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...