ADS

Sunday, March 27, 2016

Cili dan Penyakit

Tanaman cili mengalami banyak masalah seperti masalah serangga perosak dan penyakit. Antara penyakit yang dihidapi oleh pokok cili:

1. Bintik daun (Cercospora capsici)

Berbintik bulat kecil berwarna perang. Lama-kelamaan bintik-bintik ini membesar
dan berwarna putih / kelabu ditengah-tengah

Kaedah kawalan
1. Sembur racun kulat (cth: Propineb, Manocozeb, Chlorothalonil, Trifloxystrobin, Tebuconazole)
2. Buang daun berpenyakit
3. Jaga kebersihan ladang
4. Amalkan giliran tanaman

2.  (Kulapok berdebu) Erysiphe cichoracearum

Tompok-tompok misilium putih dan berdebu kelihatan di atas permukaan daun dan
lama kelamaan merebak ke seluruh daun. Daun bertukar menjadi kekuningan, kering dan berkedut. Pokok cili yang diserang kurang berbuah dan buah yang dihasilkan tidak berkualiti.

Kaedah Kawalan
1. Sembur dengan racun kulat (cth: Propineb, Manocozeb, Tebuconazole)
2. Amalkan giliran tanaman
3. Cabut dan musnahkan pokok yang dijangkiti



3. Hawar Pucuk (Choanephora cucubitarum)

Pucuk menjadi reput dan berwarna hitam. Kadang kala kulat tumbuh seperti bulu. Jika
jangkitan teruk, kulat akan merebak ke seluruh pucuk dan seterusnya ke seluruh pokok

Kaedah kawalan
1. Buang bahagian yang dijangkiti
2. Sembur racun kulat (cth: Propineb, Manocozeb)
3. Jaga kebersihan ladng
4. Amalkan giliran tanaman

4. Antraknos / Bintik berpusar

Bintik berpusar berwarna hitam. Jika jangkitan pada daun, terdapat simptom
bintik-bintik nekrotik
Kaedah kawalan
1. Buang bahagian yang dijangkiti
2. Sembur racun kulat (cth: Propineb, Manocozeb, Chlorothalonil, Trifloxystrobin, Tebuconazole)
3. Guna biji benih bebas penyakit
4. Jaga kebersihan ladang

5. Bintik Curvularia


Bintik berwarna hitam dan melengkung ke dalam

Kaedah kawalan
1. Buang bahagian yang dijangkiti
2. Sembur racun kulat (cth: Propineb, Manocozeb, Chlorothalonil, Trifloxystrobin, Tebuconazole)
3. Guna biji benih bebas penyakit
4. Jaga kebersihan ladang

6. Reput Lembut Erwina

Bahagian yang dijangkiti reput, busuk dan berair (berlaku di peringkat lepas menuai)

Kaedah kawalan
1. Buang buah yang berpenyakit
2. Sistem perparitan baik supaya tidak ada air yang bertakung
3. basuh cili yang dituai dengan air berklorin

7. Reput Tangkai Fusarium


Tangkai berwarna hitam dan reput


Kaedah kawalan
1. Buang buah yang berpenyakit
2. Sembur racun kulat

8. Akar Puru

Daun berwarna kuning, pokok bantut dan layu manakala akar membengkak

Kaedah kawalan
1. Buang Pokok yang berpenyakit
2. Jaga kebersihan ladang
3. Guna racun nematod (Fenamiphos, Dazomet)

9. Layu Bakteria


Keseluruhan pokok layu dan berlaku pada peringkat berbunga

Maklumat tambahan:
Jika batang pokok berpenyakit dipotong dan dimasukkan ke dalam air jernih, cecair putih pekat akan keluar menandakan jangkitan bakteria,

Kaedah kawalan
1. Buang Pokok yang berpenyakit
2. Jaga kebersihan ladang
3. Guna biji benih berkualiti bebas penyakit
4. tentukan PH tanah 5.5 hingga 6.5
Tentukan saliran baik (tiada takungan air)


10. Reput Phytium / Phytophtora / Fusarium

Pokok layu dan lapisan luar akar serabut reput

Kaedah kawalan
1. Buang Pokok yang berpenyakit
2. Siram racun kulat disekeliling pokok sihat yang berada berhampiran pokok berpenyakit.  Gunakan Propamocarb+Fosetyl (Previcur 840)

11. Reput Rhizoctonia / Scleroti


Akar serabut reput dan keseluruhan pokok layu

Maklumat tambahan

1. Terdapat mycelia (seperti bebenag putih pada pangkal pokok
2. Terdapat sclerotia (seperti biji sawi di pangkal pokok)
3. Berlaku pada peringkat berbunga

Kaedah kawalan
1. Rawat biji benih dengan racun kulat
2. Buang pokok berpenyakit
3. Siram racun kulat di sekeliling pokok sihat yang berhampiran pokok berpenyakit.
   (Propamocarb dan penicyron)

Sumber: doktortani.mardi
Gambar ehsan dari Nur adliza

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...