ADS

Showing posts with label Hiking. Show all posts
Showing posts with label Hiking. Show all posts

Monday, August 27, 2018

Peak Garden, Rimba Komuniti Shah Alam

Permandangan dari puncak Peak Garden

Hiking kali ini, kami ke Peak Garden, Rimba Komuniti Shah Alam (Shah Alam Community Forest). Kawasan ini terletak kira-kira 25 minit pemanduan dari Bandar Shah Alam. 


Simpang ke Rimba Komuniti Shah Alam.

Lokasi 


Entrance point terletak di kawasan
pembinaan.


Peta lokasi Rimba Komuniti Shah Alam


Monday, August 6, 2018

UPDATE: Hutan Simpan Kota Damanasara

Kawasan rekreasi ini telah dinaiktaraf dan ditambahbaikan dari semasa ke semasa. Antaranya:

Pendaki hendaklah mendaftar masuk dahulu di pondok pendaftaran sebelum Hiking dan mendaftar keluar sebaik sahaja selesai. Buat masa ini tiada bayaran dikenakan
Disediakan juga kawasan rehat yang dihiasi dengan lukisan mural.
Untuk artikel lanjut mengenai Hutan Simpan Kota Damansara, sila layari ke page ini.

Monday, March 26, 2018

UPDATE: Berkelah di Sungai Chiling


Ketika cuti sekolah yang lalu, kami berkelah di Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Kami suka ke sini kerana tempat ini menarik bukan sahaja dapat memberi ikan makan, malah kami dapat hiking ke Air Terjun Sungai Chiling untuk beriadah. Beberapa perubahan telah dibuat bagi menjaga keselamatan dan kebersihan kawasan ini.

Kaunter pendaftaran telah dibuka berdekatan pintu masuk ke kawasan Sungai Chilling. Para pengunjung perlu mendaftar dan 'declare' bahan plastik pakai buang yang di bawa masuk (bekas makanan yang dibeli dari gerai). Bekas makanan dan minuman (Tupperware) yang dibawa dari rumah tidak dikenakan sebarang bayaran.  Setiap pengunjung pula dikenakan bayaran RM1.00 sekali masuk. 

Monday, February 5, 2018

Bukit Sapu Tangan, Taman Botani Negara Shah Alam


Menara Padang di Puncak Bukit Sapu Tangan

Bukit Sapu Tangan terletak di dalam kawasan Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA), kira-kira 10 minit pemanduan dari Bandaraya Shah Alam. Bukit Sapu Tangan merupakan puncak tertinggi (204meter) di taman botani tersebut. Pengunjung dikenakan bayaran parkir sebanyak RM3.00 bagi sebuah kereta.

Peta

Tiket masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam

Monday, January 15, 2018

Puncak Tiga Puteri, Hutan Simpan Kota Damansara

Permandangan Highway NKVE

Pengenalan
Hutan simpan Kota Damansara telah diwartakan sebagai hutan Simpanan Kekal pada 18 Februari 2010 bagi tujuan Hutan Lipur, Hutan Pelajaran dan Hutan Penyelidikan. Hutan simpan yang meliputi kawasan seluas 321.7 hektar (795 ekar) adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan diurus secara kerjasama dengan komuniti tempatan dan kumpulan pengguna yang berkepentingan. 

Hutan Simpan Kota Damansara adalah bekas Hutan Simpan Sungai Buloh yang diwartakan pada tahun 1898. Ketinggian hutan ini adalah di bawah 300 meter pada aras laut. Hutan ini merupakah salah satu hutan simpan yang masih ada di daerah Petaling. 

Thursday, December 28, 2017

Air Terjun Bukit Jana


Air terjun Bukit Jana terletak di Kampung Bukit Jana, Kamunting, Perak kira-kira 15 minit pemanduan dari Taiping Lake Garden. Air Terjun Bukit Jana sesuai dijadikan tempat beriadah bersama-sama keluarga kerana terletak berhampiran jalan raya (easy access). Air terjun ini kecil dan jernih. 


Lokasi Air Terjun Bukit Jana:

Air Terjun terletak kira-kira 2 minit dari
pintu gerbang Kampung Bukit Jana

Pondok juga ada disediakan dengan kadar sewa
yang berpatutan
Nombor untuk dihubungi

Wednesday, December 20, 2017

Pantai Rekreasi. Mersing



Pantai Rekreasi terletak di Tanjung Resang kira-kira 15 km dari Bandar Mersing. Dari bandar Mersing, pengunjung perlu memandu ke arah Jalan Endau sehingga tiba di simpang tiga dan belok ke kanan ke Pantai Air Papan. Ada papan tanda menunjukkan arah ke sana. Pengunjung akan melalui Kampung Air Papan, satu-satu tempat di Mersing yang bersawah. Terdapat juga homestay Air Papan jika pengunjung ingin merasai suasana kampung. Belok kiri di simpang tiga berhampiran Masjid Al Halim, Kampung Air Papan. Kira-kira 4.3 km, pengunjung akan tiba di persimpangan menuju ke Pantai Rekreasi. Setibanya di situ, pengunjung dapat melihat pokok-pokok pine sekitar kawasan Pantai itu.


Bukit Botak , Puncak Alam

Hari ini kami berpeluang hiking ke Bukit Botak yang terletak di Puncak Alam, Selangor. Bukit Botak terletak kira-kira 40 minit perjalanan dari Shah Alam. Berbekalkan roti kami bergerak ke lokasi pada pukul 7.30 pagi. 

Trail Bukit Botak mudah dan sesuai aktiviti beriadah bersama keluarga. Namun bagi yang pertama kali mencuba, trail di beberapa kawasan agak mencabar. Untuk sampai ke puncak, hikers tidak perlu risau tersesat kerana sejak permulaan trail ada diletakkan tanda arah. Sepanjang perjalanan anda akan disajikan dengan permandangan indah ladang kelapa sawit.


Trail 
Trail Bukit Botak

Elevation Gain


Elevation gain: 193m

Kawasan parkir berdekatan loji air
Laluan kebun kelapa sawit

Monday, December 26, 2016

Air Terjun Lepuh



Hari minggu lalu kami ke Air Terjun Lepuh yang terletak di Pangsun, Hulu Langat. Perjalanan dari Shah Alam ke Asli Adventure Basecamp (AABC) iaitu tempat permulaan hiking adalah kira-kira 1 jam 10 minit pemanduan. Sebaik-baiknya lakukan pendakian diwaktu pagi supaya dapat bermandi-manda dan menikmati keindahan Air Terjun Lepuh. Group kami kali ini terdiri dari 3 orang dewasa dan 5 orang kanak-kanak yang berumur antara 3 tahun hingga 11 tahun. Bagi saya trailnya intermediate, tidak begitu senang dan tidak begitu susah.Trail ini kurang sesuai untuk kanak-kanak berumur bawah 5 tahun kerana trailnya agak mendaki 45 darjah. Kali ini kami mengupah jurupandu (guide) untuk ke air terjun kerana kami tidak pernah ke situ. Kami mengambil masa kira-kira dua jam setengah untuk sampai ke Air Terjun Lepoh. 


Checkpoint permulaan pendakian
Hikers perlu melintas 3 jambatan 

Monday, November 21, 2016

Bukit Larut, Taiping


Pada minggu lepas, kami menziarah ibu bapa saya di Taiping, Perak. Jarak Bukit Jana ke kaki Bukit Larut adalah kira-kira 13 km. Seawal 8.30 pagi, kami bertolak ke kaki Bukit Larut dengan berbekalkan cucur udang yang dibuat khas oleh ibu tercinta. 

Kawasan pakir disediakan di kaki Bukit Larut
Bukit Larut telah dibuka sebagai pusat peranginan pada  tahun 1884 dan merupakan resort bukit yang tertua di Malaysia. Ketinggian Bukit Larut adalah kira-kira 1250 meter di atas aras laut. Pusat peranginan Bukit Larut masih mengekalkan alam semulajadinya dan tidak dibangunkan seperti bukit peranginan yang lain. Ada dua cara untuk ke puncak Bukit Larut iaitu melalui 30 minit perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan jeep yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab atau hiking yang mengambil masa kira-kira 5 jam. 

Tuesday, October 25, 2016

Mendaki Bukit Ah Pek

Mercu tanda 
Pada Ahad lepas, kami berpeluang mendaki Bukit Putih atau lebih dikenali dengan nama Bukit Ah Pek. Bukit ini terletak berhampiran Taman Cheras Awana, Kuala Lumpur. Ini merupakan bukit ketiga kami daki setelah Bukit Broga dan Bukit Batu Putih. Namun Bukit Ah Pek betul-betul mencabar ketahanan mental dan fizikal kami. Sebelum ini, kami hanya hiking di trek-trek landai. 


Lokasi Bukit Ah Pek
Kami tergamam sebentar apabila melihat trek mendaki di permulaan hiking kami. Dengan langkah yang berhati-hati, kami memulakan hiking dengan perasaan sedikit ragu-ragu. Mr Ninja mendapat maklumat bahawa trek Bukit Ah Pek landai. Ternyata sangkaan kami salah kali ini. Namun, kami teruskan hiking kami walaupun mula berasa goyah.


Cabaran bermula

Saturday, October 15, 2016

Hiking Santai di Hutan Simpan Kota Damanasara


Hari ini kami berpeluang hiking di Hutan Simpan Kota Damansara yang terletak berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara. Kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandaraya Shah Alam ke Hutan Simpan Kota Damansara. Berbekalkan roti, kami bergerak ke lokasi pada pukul 9.00 pagi. 


Race start!

Pada mulanya, kami mengikut Denai Pengakap iaitu kira-kira 2km atau kira-kira 45 minit perjalanan. Disebabkan kami tidak puas lagi hiking, kami meneruskan perjalanan menyusuri Denai Petaling. Denai ini dibina mengelilingi tasik dan tali air. 


Anda dapat menikmati keindahan tasik sepanjang
Denai Petaling
Hiking kami sejauh 2.44 km dan mengambil masa kira-kira 1 jam 18 minit

Monday, August 1, 2016

Taman Rekreasi Permai


Hari minggu yang lalu, kami trekking menggelilingi Taman Rekreasi Permai, Selangor Darul Ehsan. Taman Rekreasi ini terletak di Taman Tasik Shah Alam yang seluas 43 hektar. Tasik ini terdiri dari 3 buah tasik buatan iaitu tasik barat, tasik timur dan tasik sentral. Tasik di bahagian barat dinamakan Taman Rekreasi Permai, dibahagian timur dikenali sebagai Taman Rekreasi Raja Lumu  dan sementara tasik bahagian sentral di panggil Taman Rekreasi Indah. 




Lokasi Taman Rekreasi Permai

Sunday, July 17, 2016

Berenang Bersama Ikan Kelah!!

Pada hujung minggu yang lepas, kami telah bercuti ke Air Terjun Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Air Terjun Sungai Chilling bukan sahaja  terkenal dengan aliran sungai yang jernih, malah ia adalah santuari beribu ikan Kelah Hijau dan ikan Lampan. Sebelum ini kami telah ke Santuari Sungai Chilling pada Mac 2016 yang lalu. Boleh baca di sini. Kami tiba di sana dengan menaiki kereta dari Shah Alam tepat pukul 9.30 pagi. Santuari Sungai Chilling terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari Empangan Kuala Kubu Bharu. Kawasan meletakkan kenderaan adalah terhad namun pengunjung dibenarkan pakir di bahu jalan. Santuari Ikan Sungai Chiling di buka setiap Jumaat, Sabtu & Ahad sahaja bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang. 



Perjalanan dari pintu masuk ke tapak perkhemahan kira-kira 500 meter

Sebelum kami meneruskan perjalanan kami ke air terjun, kami perlu mendaftar di Pejabat Santuari dengan bayaran masuk sebanyak RM1.00 seorang serta deposit RM3.00 bagi setiap bekas makanan. Sungai Chiling telah digazetkan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebagai lokasi terpelihara dan pengunjung dilarang memancing atau menangkap ikan. Pengunjung yang didapati bersalah akan didenda.  Antara kemudahan asas yang disediakan seperti surau, tandas, gerai makanan dan tapak perkhemahan. Bagi pengunjung yang ingin berkhemah, pengunjung boleh menyewa khemah dari pejabat santuari dengan bayaran sebanyak RM4.00 setiap seorang. 



Setiap pengunjung perlu 'declared' barang yang dibawa di Pejabat Santuari.
Semua sampah perlu dibawa keluar untuk menjaga kebersihan kawasan sungai

Sunday, June 26, 2016

Bersantai di Pantai Bagan Lalang




Cuti hujung minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh warga kota yang ingin beriadah bersama-sama teman-teman dan keluarga tercinta. Bagi pengunjung yang menggemari keindahan semulajadi pasti mengimpikan suasana yang indah dengan diselang seli deruan ombak. Tidak hairanlah ramai pengunjung yang berkunjung ke Pantai Bagan Lalang untuk sebgai satu destinasi untuk beristirahat . Pantai Bagan Lalang menjadi pilihan kerana lokasinya yang hampir iaitu kira-kira 100 km dari Shah Alam. 

Sepanjang perjalanan, kami melihat panorama desa yang membuatkan perjalanan kira-kira dua jam tidak terasa. Kami turut melepasi Litar Antarabangsa Sepang yang direka oleh Hermann Tilke dan dirasmikan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Doktor Mahatir Mohamad pada 7 Mac 1999. 


Friday, June 24, 2016

Bersarapan di Bukit Fraser




Bukit Fraser lebih dikenali dengan alam semulajadinya yang masih terpelihara dari pembangunan pesat. Udaranya yang nyaman dan sejuk seolah-olah seperti berada di luar negara. Suhu di sini boleh mencecah kira-kira 19 hingga 22 darjah celsius. Tidak hairanlah Bukit Fraser diberi nama jolokan 'The Little England of Malaysia'. keunikkan banggunan-banggunan di sini bercirikan senibina gaya Inggeris. Bukit Fraser sering menjadi tumpuan pelancong-pelancong yang cintakan alam semulajadi dan juga geng 'bikers'. Ada juga hotel-hotel disediakan di sini bagi pelancong yang ingin bermalam di Bukit Fraser.





Perjalanan kami bermula dari Bandar Kuala Kubu Bharu ke Gap yang mengambil masa kira-kira satu jam. Perjalanan agak mencabar dan laluannya agak sempit. Sesekali terpaksa membunyikan hon bagi memastikan tiada kenderaan dari arah hadapan kerana jalannya berliku-liku. Sentiasa berhati-hati dan tidak memandu dengan laju. 




Monday, April 11, 2016

Lata Berembun, Negeri Sembilan

Air Terjun Lata Berembun, Negeri Sembilan

Setelah lama berehat dari hiking, Geng AzZa kembali beraksi bersama-sama Geng Macai Rimba Outdoor Team (MROT) ke Lata Berembun pada 10 April 2016 lalu. Lata Berembun terletak di Kampung Baru Pantai, Jelebu, Negeri Sembilan. Lokasi Lata Berembun terletak kira-kira 5 kilometer dari Kampung Baru Pantai. Bagi pengunjung yang ingin menikmati keindahan suasana di kawasan hutan simpan Berembun, terdapat juga chalet berdekatan seperti Plassid Villa, awanmulan, The Dusun, The Shorea dan Cabinz Ecottage. Pihak chalet turut menyediakan guide dari kalangan orang asli untuk membawa pengunjung ke Lata Berembun dengan sedikit bayaran.


Pusing kanan di 'Y' junction sebelum tiba Balai Polis Kampung Baru Pantai. Teruskan perjalanan sehingga akhir jalan. Di situ terdapat Loji Air Rawatan Pantai. 

Pengunjung boleh pakir di bahu jalan. Trekking bermula dari Loji Rawatan Air Pantai
Trail

Perjalanan dari loji ke Lata Berembun mengambil masa kira-kira satu jam mengikut kelajuan masing-masing. Hiking ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas. Namun ini tidak mematahkan semangat Alisya yang baru berumur 4 tahun setengah. Sejak berumur 2 tahun lagi dia telah mengikut kami melakukan aktiviti hiking. Awas!! ada pacat di musim hujan. Pakai pakaian yang sesuai dan juga stoking untuk melindungi diri dari di gigit pacat. Kami turut bertembung dengan guide yang membawa pelancong-pelancong yang menginap di chalet-chalet berdekatan.


Hikers perlu mengikut denai yang berada di sebelah kanan selepas kira-kira 2 minit berjalan dari loji air.
Trailnya agak mendatar namun sesekali terpaksa melintasi sungai, mendaki cerun-cerun bukit dan melangkah batang-batang pokok. Kadang-kala kami terpaksa melalui bawah pokok besar yang tumbang. Sepanjang perjalanan kami mendengar deruan air sungai dan kicauan burung serta gembiranya si riang-riang.


Melintasi sungai  pertama

Monday, March 21, 2016

Chilling di Sungai Chiling

Kenderaan tidak dibenarkan masuk 

Pada 20 Mac 2016 yang lalu, kami berpeluang hiking secara santai bersama-sama keluarga ke Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di kaki Bukit Fraser. Santuari Ikan Sungai Chiling dikawal selia oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan merupakan habitat semula jadi ikan kelah Hijau (Mahseer). Pintu masuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling terletak kira-kira 10 minit perjalanan selepas Empangan Kuala Kubu Bahru. Kawasan meletakkan kenderaan adalah terhad, namun anda dibenarkan pakir di bahu jalan.

Perjalanan dari pintu masuk ke tapak perkhemahan
kira-kira 500 meter

Hiking kali ini istimewa kerana di sertai
oleh mak dan bapak tersayang


Sunday, March 13, 2016

Air Terjun Batu 16, Gombak

Air terjun ini masih lagi terpelihara kecantikan dan keasliannya

Pada 13 Mac 2016 lalu, kami sekeluarga dan geng Macai Rimba Outdoor Team (MROT) telah melakukan aktiviti 'hiking' ke Air Terjun Batu 16 yang terletak di Gombak. Air terjun ini terletak di Kampung Orang Asli Batu 16, Gombak dan masih belum lagi diketahui umum. Perjalanan bermula dari Jalan Gombak sehingga anda melihat Hospital Orang Asli Gombak. Perjalanan diteruskan sehingga anda melihat papan tanda Art Village Batu 16 . Ambil simpang kiri dan susuri jalan kecil tersebut sehingga sampai ke Kampung Orang Asli Batu 16.

Di sebelah kiri, kelihatan bangunan Pusat Pengajian Luar, Universiti Malaya (UM), Ulu Gombak. 

Anda boleh pakir kenderaan anda di kawasan kampung Orang Asli dan hanya dikenakan bayaran sebanyak RM3.00. Rumah-rumah di perkampungan ini dihiasi dengan lukisan-lukisan yang menarik. Tandas komuniti yang disediakan juga turut dihias cantik dengan lukisan mural.

Peta taburan rumah penduduk kampung
Mural yang dihasilkan dapat melahirkan suasana yang ceria dan cantik

Saturday, February 27, 2016

Dari Shah Alam ke Rumah Api Tanjung Tuan

Permulaan perjalanan kami ke Rumah Api Tanjung Tuan

Pada 27 Februari 2016 lalu, kami telah ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson. Perjalanan dari Shah Alam ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit dan kami tiba kira-kira pada pukul 8.00 pagi, Pengunjung boleh memakir kenderaan mereka di sepanjang jalan bersebelahan hutan rekreasi tersebut. Pengunjung dikehendaki membayar RM1.00 dan mendaftar di Balai Penerangan yang terletak berhampirann pintu masuk hutan rekreasi tersebut. Kemudahan seperti bilik air juga disediakan. Pengunjung harus membawa bekal makanan dan air yang mencukupi  kerana tiada gerai di sekitar pintu masuk hutan rekreasi. Laluan utama ke rumah api ialah jalan tar. Trailnya mudah dan santai.

Trailnya mudah dan selamat

Perjalanan ke Rumah Api Tanjung Tuan mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja. Sebelum tiba di rumah api, ada beberapa laluan susur masuk ke trail-trail yang berlainan. Bagi peminat burung, bolehlah menyelusuri laluan penghijrahan burung pemangsa. Antara burung yang dapat dilihat ialah burung helang, hering dan layang-layang. Burung-burung ini hijrah dari Indonesia dan dapat dilihat dari bulan Februari dan Mac.

Pada 5 Jan 1971, Kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan telah
diwartakan sebagai kawasan Suaka Hidupan Liar dan Burung-burung 

Sebanyak 54 spesis burung liar yang terdiri daripada burung tempatan dan
burung berhijrah serta 3 spesis primate

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...