ADS

Tuesday, October 4, 2016

Pokok Lidah Jin


Pokok lidah jin (Sanservierua Trifasciata) pemberian 
ibu tercinta
Pokok Lidah Jin atau nama saintifiknya Sanseviera dari famili Dracanaceae berasal dari benua Afrika, Madagascar dan Asia Tenggara. Kira-kira 70 spesies antaranta Sansevieria cylinda, Sanseviera ehrenbergii, sensevieria eilensis dan Sansevierua pinguicula. Pokok ini juga dikenali dengan nama pokok Lidah mak mertua (Bahasa Malaysia), Mother-in-law's touge, devil's touge, bow string hemp, snake plant dan snake touge (Bahasa Inggeris). Pokok ini biasanya ditanam sebagai pokok hiasan kerana mempunyai corak daun yang menarik dan mudah untuk dijaga.



Daunnya tumbuh secara lilitan / bulatan

Daun pokok lidah jin tumbuh secara lilitan di sekeliling titik tumbuh pokok tersebut. Terdapat dua genus ini iaitu berdaun keras dan berdaun lembut. Kebiasaannya, pokok lidah jin yang berdaun keras berasal dari iklim panas kering manakala spesies berdaun lembut pula berasal dari kawasan tropika dan subtropika. Daun pokok lidah jin berwarna hijau dan berjalur kuning diterpinya. Pokok ini tidak mempunyai batang dan boleh tumbuh setinggi 4 kaki dan lebar 2.75 inci. Bunga pokok lidah jin berwarna putih kehijauan.


Cara Pembiakan
Pokok lidah jin dibiakkan melalui pecahan pokok, pemisahan anak, daun atau keratan daun. Daunnya yang panjang boleh dipotong dan disemai di tanah berpasir kerana air yang banyak boleh menyebabkan keratan daun tersebut reput. Ini akan mengagalkan proses pengakaran dan pertumbuhan anak benih baru. Anak semaian hendaklah ditempatkan di kawasan yang redup dan terlindung daripada cahaya terbuka atau hujan lebat. Penjagaan ini perlu dilakukan dalam tempoh sebulan sehingga anak benih mampu berdikari dan tahan lasak sebagaimana induknya.

Khasiat dan Kebaikan

Selain itu, pokok lidah jin dipercayai boleh bertindak sebagai pembersih udara semulajadi dengan membuang toksid seperti formaldehid, xilen dan toluena dari udara. Oleh itu, pokok ini juga sesuai ditanam di dalam rumah (Indoor plant) sebagai hiasan. Pastikan pokok ini diletakkan berhampiran tingkap. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...