ADS

Showing posts with label Pokok Tin. Show all posts
Showing posts with label Pokok Tin. Show all posts

Friday, August 12, 2016

Pokok Tin: Kaedah Tanaman dan Pembajaan



Pokok Tin saya yang disemai melalui biji benih.
Buah Tin atau nama saintifiknya Ficus carica dari keluarga Moraceae dipercayai berasal dari Asia Barat dan telah ditanam sejak 5,000 tahun dahulu. Walaupun berasal dari kawasan beriklim panas kering sekitar Mediteranean, namun pokok ini juga didapati boleh menyesuaikan diri di kawasan tanah tinggi antara 800 hingga 1,800 meter dari aras laut. Kawasan paling ideal untuk tanaman buah tin adalah di kawasan kering dan separa kering serta mempunyai sistem pengairan yang sempurna. Pokok tin boleh hidup di tanah berpasir, lom berpasir, tanah liat, pasir halus, dan juga tanah batu kapur. Apa yang penting akar pokok tin tidak boleh terendam (waterlogged) dan tidak sesuai ditanam di kawasan tanah berasid.

Thursday, July 21, 2016

UPDATE: Pokok Tin


 Percubaan

1. Kami letak tanah lagi di dalam kedua-dua pasu pokok tin kerana dapati tanah sebelum ini terlalu sedikit dari tutorial2 yang kami lihat. Kami menggunakan media campuran cocopeat dan tanah merah dan top soil. pertumbuhan pokok semakin cepat. 

2. Pemberian baja organik 2 minggu sekali.

Kami masih lagi mempelajari cara-cara penjagaan pokok tin dari A to Z. Kami berharap kami akan berjaya. Insya Allah, kami akan repotting pokok Tin ke dalam pasu yang lebih besar. 

Tumbuh satu batang di batang utama





Pertama kali anak pokok diterima. Sila klik di sini




Wednesday, April 6, 2016

Cara 'Repotting'

Menurut Musa Yaacob, penulis blog Tin oh Tin, pokok Tin sebaik-baiknya ditanam di dalam bekas (containerised planting) kerana pokok ini sensitif dengan pemberian air yang berlebihan dan boleh mati jika tidak dikawal dengan baik. Keaadan iklim Malaysia yang menerima purata hujan yang lebih tinggi berbanding keperluan tanaman boleh memberi kesan buruk kepada Pokok Tin. Oleh itu, penanaman di dalam bekas adalah lebih sesuai kerana kandungan air yang diperlukan dapat dikawal. Selain itu, kita juga harus memastikan kawasan tanaman mendapat saliran yang baik dan air tidak bertakung.

Bagi Geng Kebun Rumah Tinggi, kami menanam pokok Tin kami di dalam pasu plastik kerana ianya ringan dan mudah untuk dialih. Kami juga membuat research cara-cara terbaik untuk memindahkan pokok kami ke dalam pasu yang lebih besar. 

Pokok Tin di dalam bekas minuman

Menurut Musa Yaacob, bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan media tanaman yang sesuai adalah Vermiculite, Perlite, Peatmoss, sekam bakar (hancur), cocopeat, tanah lapisan atas (top soil), tanah merah dan media campuran (6 dalam 1).

Sumber: http://www.tinohtin.com/2015/09/bahan-asas-untuk-menghasilkan-media-tut.html


Tuesday, March 15, 2016

Cara Menanam Pokok Tin dari Biji

Masih tidak berkesempatan untuk menukarnya
ke dalam pasu


Bermulalah perjalanan kami menjaga anak pokok Tin pemberian Sis Lin. Mengikut Sis Lin, anak pokok Tin ini ditanam dari biji benih. Sedikit maklumat mengenai cara-cara penanaman melalui biji benih. Anda boleh mendapatkan buah Tin kering yang dijual di pasaraya berdekatan.

Cara-cara:

Ambil sebiji buah Tin kering, dipotong dan dikeluarkan biji didalamnya. Rendam biji tin semalaman. Keesokan harinya, ambil biji benih yang tenggelam sahaja dan tabur di atas media campuran tanah, pasir dan sedikit kompos. Siram agar media sedikit lembab. Kemudian letakkan di tempat yang agak teduh dan tidak ditimpa hujan. Dalam 5 hingga 6 minggu, benih akan tumbuh. Pilih anak benih yang paling besar dan cergas pertumbuhannya. Tanamlah benih tersebut di dalam pasu dan di jaga dengan baik. Pokok yang ditanam melalui biji benih akan mengeluarkan akar tunjang. Pokok yang ada akar tunjang ini dapat bertahan dari tumbang apabila ia semakin besar.

Masalah dari penanaman melalui biji benih

1. Pokok Tin yang tumbuh daripada biji tidak semestinya mengeluarkan buah yang sama macam induknya. Jika buah induknya sedap dan manis, buah hasil daripada anak benih kemungkinan masam. Selain itu, saiz buah berlainan dan juga mungkin lebih manis daripada induk. Kemungkinan juga anak pokok tersebut tidak berbuah langsung.

2. Pokok Tin daripada biji memerlukan masa yang agak lama sebelum ia dapat mengeluarkan buah iaitu antara dua hingga 5 tahun atau lebih.

Info dari:
1. Sis Lin
2. Blog Pokok Tin Putrajaya

Saturday, March 12, 2016

Pokok Tin (Fig)

Hari ini saya memperoleh anak pokok tin atau nama saintifiknya Ficus carica dari salah seorang kawan maya dari Kebun Bandar. Saya amat berterima kasih kerana sudi memberi anak pokok Tin secara percuma. Sebagai menghargai pemberiannya, saya memberinya anak pokok capsicum. Bukan setakat anak pokok Tin, sis Lin juga memberi saya anak pokok tomato ceri, benih bendi dan cili Jambak. Bermulah perjalanan kami geng kebun rumah tinggi menambah ilmu mengenai pokok Tin.

Buah Tin mempunyai khasiat yang tinggi dari
buah lain.


Klik di sini: Cara-cara menanam Pokok Tin dari biji benih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...