ADS

Showing posts with label Merdeka. Show all posts
Showing posts with label Merdeka. Show all posts

Wednesday, August 31, 2016

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan ;MERDEKA' sebanyak 7 kali 

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diistiharkan secara rasmi pada 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan oleh 20,000 orang termasuk Raja-raja Melayu, tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan Tanah Melaayu.

Pada upacara bersejarah ini, wakil Queen Elizebeth II, Duke of Gloucester telah menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengistiharaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Selesai Pengistiharaan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. 

Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutian Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu Kebangsaan 'NEGARAKU'. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Sumber: Arkib Negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...