|
Air Terjun Lata Berembun, Negeri Sembilan |
Setelah lama berehat dari hiking, Geng AzZa kembali beraksi bersama-sama Geng Macai Rimba Outdoor Team (MROT) ke Lata Berembun pada 10 April 2016 lalu. Lata Berembun terletak di Kampung Baru Pantai, Jelebu, Negeri Sembilan. Lokasi Lata Berembun terletak kira-kira 5 kilometer dari Kampung Baru Pantai. Bagi pengunjung yang ingin menikmati keindahan suasana di kawasan hutan simpan Berembun, terdapat juga chalet berdekatan seperti Plassid Villa, awanmulan, The Dusun, The Shorea dan Cabinz Ecottage. Pihak chalet turut menyediakan guide dari kalangan orang asli untuk membawa pengunjung ke Lata Berembun dengan sedikit bayaran.
|
Pusing kanan di 'Y' junction sebelum tiba Balai Polis Kampung Baru Pantai. Teruskan perjalanan sehingga akhir jalan. Di situ terdapat Loji Air Rawatan Pantai. |
|
Pengunjung boleh pakir di bahu jalan. Trekking bermula dari Loji Rawatan Air Pantai |
Trail
Perjalanan dari loji ke Lata Berembun mengambil masa kira-kira satu jam mengikut kelajuan masing-masing. Hiking ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 8 tahun ke atas. Namun ini tidak mematahkan semangat Alisya yang baru berumur 4 tahun setengah. Sejak berumur 2 tahun lagi dia telah mengikut kami melakukan aktiviti hiking. Awas!! ada pacat di musim hujan. Pakai pakaian yang sesuai dan juga stoking untuk melindungi diri dari di gigit pacat. Kami turut bertembung dengan guide yang membawa pelancong-pelancong yang menginap di chalet-chalet berdekatan.
|
Hikers perlu mengikut denai yang berada di sebelah kanan selepas kira-kira 2 minit berjalan dari loji air. |
Trailnya agak mendatar namun sesekali terpaksa melintasi sungai, mendaki cerun-cerun bukit dan melangkah batang-batang pokok. Kadang-kala kami terpaksa melalui bawah pokok besar yang tumbang. Sepanjang perjalanan kami mendengar deruan air sungai dan kicauan burung serta gembiranya si riang-riang.
|
Melintasi sungai pertama |