Bagi Geng Kebun Rumah Tinggi, kami menanam pokok Tin kami di dalam pasu plastik kerana ianya ringan dan mudah untuk dialih. Kami juga membuat research cara-cara terbaik untuk memindahkan pokok kami ke dalam pasu yang lebih besar.
Pokok Tin di dalam bekas minuman |
Menurut Musa Yaacob, bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan media tanaman yang sesuai adalah Vermiculite, Perlite, Peatmoss, sekam bakar (hancur), cocopeat, tanah lapisan atas (top soil), tanah merah dan media campuran (6 dalam 1).
Sumber: http://www.tinohtin.com/2015/09/bahan-asas-untuk-menghasilkan-media-tut.html
Cara-cara
1. Pada lantai pasu, masukkan batu-batu kecil / sederhana untuk memastikan tanah tidak keluar dari lubang dan air siraman keluar dengan baik. Pokok Tin tidak suka kepada keadaan air bertakung. Akarnya terganggu dan pokok akan menjadi terbantut.
Vermiculite atau perlite diletakkan di dasar pasu |
2. Untuk mendapatkan saliran yang baik, kami mencampurkan peatmoss, sekam bakar (hancur), cocopeat, tanah lapisan atas (top soil), tanah merah dan media campuran. Gaulkan campuran tersebut sehingga sebati dan isikan pasu sebahagian sahaja. Pastikan paras tanah dalam polibeg adalam 3 cm dari paras bibir pasu. Isikan campuran tanah disekeliling anak pokok untuk mengsi ruang kosong. Berhati-hati supaya akar tidak terjejas.
Anak pokok yang siap ditaman di dalam pasu. Para tanah adah 3 cm dari bibir pasu. Apabila kita siram air, air tidak melimpah dan terus disalirkan ke bawah melalui lubang pasu. |
Lepas kerja menanam selesai, siram air dengan agak banyak agar semua tanah akan basah. Jika air turun dengan baik, bermakna campuran tanah tadi adalah baik untuk pokok Tin. Pastikan siram air di pangkal pokok tanpa terkena daunnya.
Sumber: Blog Pokok Tin Putrajaya
No comments:
Post a Comment