ADS

Tuesday, December 1, 2020

Pizza roti Gardenia menggunakan Frying Fan

 



Anak-anak teringin makan pizza, tapi mama tak reti buat doh pizza. Maka mama gunakan roti yang ada sebagai base pizza dan toppingnya guna apa yang ada di rumah. Tak kira apa bahan yang digunakan, rasanya seakan-akan pizza yang dibeli. 

Bahan-bahan
5 keping roti Gardenia (apa-apa jenis pun boleh)
2 biji telur (pukul telur)
1 tin tuna (gaul dengan mayonaise)
capsicum (dadu)
Tomato (dadu)
Salad (hiris nipis)
Cheddar cheese (diparut) / Morazella

Cara-cara
1. Potong roti berbentuk dadu kecil dan di masukkan ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan telur yang telah dipukul ke dalam mangkuk tersebut. Gaul sehingga rata.
2. Sapukan sedikit minyak ke dalam frying pan dan susun roti rapat memenuhi kuali. 
3. Sapukan sedikit tomato sos (ataupun cili sos) di atas roti. Gunakan kreativiti anda untuk menyusun bahan-bahan (tuna, capsicum, tomato dan salad) yang telah disediakan di atas roti.
4. Akhir sekali letakkan cheese yang telah diparut di atas roti dan tutup kuali supaya masak sekata. Pastikan guna api kecil agar base pizza tidak hangit dan hitam. 
5. Hidangkan di dalam pingan dan nikmati ketika panas

Ayam Percik

 


Teringat masa meningkat remaja , suami kakak buatkan ayam percik kelantan. Sedapnya alahai tak terkata. Masa tu, parents masih duduk di Taman Melewar. Dah hampir 22 tahun lalu rasanya. Kerana teringin mama cuba buat mengikut resepi yang digoogle. Bezanya kalau masak di dalam oven, rasa pahit bakar tu tak ada. Di sini resepinya mengikut blog Azie kitchen mengikut olahan mama.

Burnt Cheese Cake (Baby Version)

 


Bahan-bahan

200 gram cream cheese

2 sudu besar natural yogurt

2 biji telur

1 sudu besar tepung gandum

2 sudu honey (tambah lagi kalau nak manis) (1 tahun ke atas)

(boleh ganti dengan kurma paste)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...