Dengan cermat ibu mertuaku meraut sehelai daun kelapa muda dan dibahagi kepada dua sebelum daun kelapa muda itu dililit pada kedua-dua tangan. Daun kelapa muda yang dililit di kedua-dua belah tangan mula dianyam sehingga membentuk kelongsong yang seakan-akan berbentuk bawang. Ibu mertuaku mengambil masa kira-kira 5 minit untuk menghasilkan sebiji kelongsong ketupat.
Zaman dahulu tidak sama dengan zaman kanak-kanak sekarang yang hidup dalam serba moden. Kebanyakan kanak-kanak pada zaman itu mempelajari anyaman ketupat daripada ibu atau nenek mereka. Ibu mertuaku pernah bercerita, pada mula-mula mempelajari seni anyaman ketupat, dia mengambil masa yang agak lama untuk betul-betul mahir menganyam ketupat. Malah ibu mertuaku memberitahu ketupat bawang dan ketupat sate adalah dua jenis ketupat yang paling mudah dianyam. Kemahirannya menganyam ketupat diturunkan kepada anak-anaknya. Suamiku juga pandai menganyam ketupat dan menjadi tugasnya saban tahun menjelang Hari Raya.
ADS
Showing posts with label Ketupat. Show all posts
Showing posts with label Ketupat. Show all posts
Monday, July 11, 2016
Saturday, July 9, 2016
Ketupat
Pada amnya ketupat berasal dari pelbagai budaya di Asia Tenggara. Ketupat menjadi sajian utama ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk meraikan kemenangan umat Islam menahan hawa nafsu selepas sebulan berpuasa. Ketupat dihidangkan bersama-sama rendang, dendeng, masak lodeh dan sambal goreng. Selain di Malaysia, ketupat juga boleh ditemui di Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina. Nama lain ketupat adalah Kupat Tahu (Sunda), Tipat (Bali) Katupat Kandangan (Banjar), Kupat (Jawa, Indonesia), Bugnoy (Filipina) dan Ketupat (Brunei).
Sejarah Ketupat
Pada ketika dulu, Sunan Kalijaga memperkenalkan ketupat pada masyarakat jawa. Beliau telah memperkenalkan dua Bakda Lebaran dan Bakda Kupat. Bakda bermaksud sesudah mengikut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI). Bakda Lebaran pula bermaksud Hari Raya Aidifitri. Bakda Kupat dimulakan seminggu sesudah Lebaran. Pada ketika itu, penduduk di tanah Jawa menganyam ketupat dari daun kelapa muda. Setelah selesai di masak, ketupat tersebut dihantar ke kerabat lebih tua yang dipanggil ngejot. Amalan ini menjadi sebuah lambang kebersamaan. Masyarakat Jawa di Bagan, Batu Pahat (di kampung ibu saya) masih lagi mengamalkan tradisi menghantar ketupat dan lauk-lauk kepada jiran tetangga atau lebih dikenali dengan panggilan munjung.
Subscribe to:
Posts (Atom)