Sengkuang atau nama saintifiknya Pachyrhizus Erosus (L) Urban adalah dari keluarga Leguminosae. Sengkuang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah hingga ke Costa Rica. Ia dibawa ke Asia ikeg orang Sepanyol dari Acapulco ke Manila dan Ambon. Kini ia di tanam atau tumbuh liar di kawasan tropika dunia. Sengkuang juga dikenali sebagai bangkuang (Indonesia), Mexican Turnip (English), Jicama, Mexican Yam Bean (Mexico) Singkamas (Filipina), Bang Kuang (China), Man Kaeo (Thailand) and Kuzu-imo (Jepun)
Morfologi
Pokok ini memanjat atau menjalar antara 2 hingga 6 meter panjang. Satu biji sengkuang yang ditanam akan menghasilkan sebiji ubi sengkuang yang berbentuk bujur bulat. Ubi yang ditanam boleh mencapai saiz 30cm x 25cm dan kulitnya kekuningan. Daunya pula jenis majmuk dengan 3 helai berukuran 2.5cm hingga 10cm panjang dan lebar antara 2.5cm hingga 18cm. Bunganya pula dalam jambak jenis bunga kekacang, kelopak berwarna biru dan putih. Buah sengkuang jenis kacang legum, memanjang dan leper.
Daunnya jenis majmuk dan besar |
Penanaman
Sengkuang ditanam dengan biji dan bercambah dalam masa 5 hingga 12 hari bergantung kepada jenis kultivar. Ia mula berbunga pada usia 2 atau 3 bulan selepas percambahan. Ada petani yang memetik bunga supaya ubi menjadi lebih besar. Tanaman mula menghasilkan ubi 7 mingu selepas pencambahan. Ubi boleh dituai dalam masa antara 4 hingga 7 bulan selepas pencambahan. Untuk mendapatkan hasil biji yang masak, ia memerlukan 8 hingga 10 bulan. Pokok sengkuang yang menghasilkan buji tidak menghasilkan ubi sengkuang yang berkualiti tinggi.
Kandungan
Ubi dari tanaman yang berusi 5 hingga 8 bulan mengandungi 80-90 peratus air, 10-17 peratus kabohidrat, 1.0-2.5 peratus protein, 0.2 peratus lemak, 0.5-1.0 peratus serabut, vitamin C, kalsium dan besi.
Khasiat
- Mengatasi demam panas
- Meredakan demam
- Mampu mengubati selsema dan batuk
- Melawaskan air kecil
- Penawar demam kuning
- Mengatasi masalah gout
- Menghaluskan dan memutihkan kulit
- Sesuai menjadi makanan diet