ADS

Showing posts with label Cili Merah. Show all posts
Showing posts with label Cili Merah. Show all posts

Tuesday, September 20, 2016

Update: Buah Cili Merah Matang

Anak-anak sangat gembira melihat titik peluh mereka menanam pokok cili dari biji benih mula mengeluarkan hasil. Benih pokok cili ini diambil dari cili kering. Saya tidak pasti varieti cili ini. Saya menanamnya secara organik tanpa menggunakan racun serangga dan hanya meletakkan baja organik. 


Artikel mengenai Projek menanam cili merah. Klik di sini

Saturday, August 27, 2016

UPDATE: Buah Cili Semakin Besar


Pokok cili yang berjaya membesar dengan sihat

Pengalaman pertama menanam pokok cili merah di halaman rumah memberi kami pengalaman yang amat mengujakan. Setelah banyak percubaan penanaman dilakukan namun hasilnya tidak menjadi. Anak-anak pokok diserang penyakit layu pucuk, lecur ketika kepanasan, pokok mati kelayuan dan sebagainya. Anak-anak pokok yang berpenyakit dicabut dan terus dibuang agar tidak menjangkiti pokok yang sihat. Hanya tinggal satu pokok cili sahaja yang sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda berpenyakit.

Anak pokok cili yang terpaksa dibuang setelah dijangkiti penyakit layu pucuk

Thursday, August 4, 2016

Pemasuan Semula Cili Merah


Pemasuan semula atau re-potting adalah satu kaedah untuk menukarkan media tanaman di dalam pasu atau bekas tanaman ke dalam pasu yang lebih besar dengan menggunakan media baru. Tujuan utama pemasuan semula ialah:

1. Membekalkan media baru yang mengandungi lebih banyak nutrien tumbuhan.
2. Membekalkan lebih ruang untuk perkembangan akar pokok.
3. Memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan dalam medium penanaman.

Tuesday, August 2, 2016

UPDATE: Cili Merah dah berbuah!!


Masalah:
Pokok cili kami tidak mengeluarkan buah kerana tiada agen pendebungaan memandangkan kami tinggal di rumah pangsa. Pokok  cili hanya berbunga sahaja kemudian gugur. Walaupun siraman dua kali sehari dan baja seminggu sekali.

Penyelesaian:
Kami melakukan pendebungaan manual iaitu dengan menggeselkan kedua-dua bunga (bahagian depan bunga). Alhamdulillah nampaknya usaha kami berhasil. Pokok cili mula kelihatan seperti berbuah. Kami berharap buahnya menjadi. 

Cara menanam dan penjagaan: Klik di sini

Sunday, April 3, 2016

Cili


Cili atau nama saintifiknya Capsicum annum adalah sejenis sayuran berbuah yang popular di kalangan penduduk Malaysia. Pokok ini dipercayai berasal dari Mexico dan Amerika Selatan. Cili juga dipanggil cili merah, cili hijau, lada dan cabai (Malaysia), paprika, pimiento (Hungry dan Sepanyol) dan Chilli (Amerika Syarikat). Pokok cili tumbuh menegak, berakar tunjang dan batang bercabang berwarna hijau. Daunnya pula berbenyuk ovat lebar (saiz daun bergantung kepada kultivar).

 

Bunga cili berkelopak lima dangan berwarna putih tumbuh keluar dari ketiak dan daun berbentuk loket. Buahnya pula berbentuk tirus memanjang. Biji cili pula kecil dan berwarna kuning.

Bunga cili merah berbentuk seperti bintang

Buah cili yang matang berwarna merah gelap


Kandungan Cili

Cili kaya dengan vitamin A, B, dan C Kompleks serta komposisi vitamin lain seperti protein, kabohidrat dan karotin. Kepelbagaian cili memberi tahap kepedasan berbeza kepada si pemakan. Ini dinamakan capsaicin, lagi tinggi tahap capsaicin, cili semakin pedas. Dipercayai capsaicin yang terkandung dalam cili berfungsi sebagi agen pelicdung melawan penyakit ulser peptic serta agen penghalang kepada kimia-kimia carcinogens yang menyebabkan penyakit barah.

Kebiasaannya cili bersaiz kecil lebih pedas rasanya. Kepedasam cili bergantung kepada kandungan capsaicin / capsaicivoids di dalamnya. Terdapat lima komponen capsaicin didalam cili iaitu nordihidro capsaicin, capsaicin, dihidro capsaicin, homo capsaicin dan homo dihidro capsaicin. Komponen ini yang membantu melancarkan sistem peredaran darah dibahagian tangan, kaki dan jantung manusia. Disamping itu buah cili yang pedas dapat meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme  untuk melancarkan peredaran darah.


Sunday, March 27, 2016

Cili dan Penyakit

Tanaman cili mengalami banyak masalah seperti masalah serangga perosak dan penyakit. Antara penyakit yang dihidapi oleh pokok cili:

1. Bintik daun (Cercospora capsici)

Berbintik bulat kecil berwarna perang. Lama-kelamaan bintik-bintik ini membesar
dan berwarna putih / kelabu ditengah-tengah

Kaedah kawalan
1. Sembur racun kulat (cth: Propineb, Manocozeb, Chlorothalonil, Trifloxystrobin, Tebuconazole)
2. Buang daun berpenyakit
3. Jaga kebersihan ladang
4. Amalkan giliran tanaman

2.  (Kulapok berdebu) Erysiphe cichoracearum

Tompok-tompok misilium putih dan berdebu kelihatan di atas permukaan daun dan
lama kelamaan merebak ke seluruh daun. Daun bertukar menjadi kekuningan, kering dan berkedut. Pokok cili yang diserang kurang berbuah dan buah yang dihasilkan tidak berkualiti.

Kaedah Kawalan
1. Sembur dengan racun kulat (cth: Propineb, Manocozeb, Tebuconazole)
2. Amalkan giliran tanaman
3. Cabut dan musnahkan pokok yang dijangkiti

Cili dan Penjaagaan

Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah. Terdapat pelbagai varieti di pasaran antaranya varieti MC11, MC12, MC4, MC5 dan Kulai.  Setiap varieti mempunyai keistimewaannya kekurangannya tersendiri.

Cara penanaman
Semai anak benih terus ke dalam pasu atau bekas sedalam 2 hingga 5 cm. Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.

Anak pokok cili yang berumur 2 minggu

Penjagaan
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan. Tabur baja sebanyak satu sudu teh baja NPK berjauhan dari pokok setiap seminggu sekali. Gunakan rumput-rumput kering sebagai sungkupan. Sungkupan adalah bahan-bahan organik seperti jerami atau rumput-rumput kering yang digunakan untuk menutup permukaan tanah disekeliling anak pokok untuk mengekalkan kelembapan tanah.

Kebaikan-kebaikan sungkupan
1. Melindungi benih dari kerosakan serangga perosak dan percikan air siraman.
2. Memberikan kelembapan yang sempurna pada tanah
3. Memberikan kelembapan pantulan cahaya dan haba pada tanaman
4. Mengurangkan kadar hakisan pada batas dan tanah
5. Mengurangkan kadar penguwapkan air tanah.
6. Menjadi baja organik apabila jerami dan rumput yang digunakan terurai dan mereput.
7. Memaksimakan penggunaan bahan sungkupan terpakai
8. Meningkatkan hasil tanaman
9. Mengurangkan pertumbuhan rumpai di atas batas atau tanah
10. Mengikut konsep amalan Pertanian Ladang Baik (APB)
Sumber: Anim Agro Technology


Wednesday, March 16, 2016

Projek 7: Cili Merah

Pokok cili merah kecil molek

Pokok ini tumbuh tanpa disedari, dalam pasu yang di dominasi oleh 'Grass plant'. 'Grass plant' ni kami beli di DIY shop sebagai projek tanaman untuk anak-anak kami. mereka menyemai sendiri anak benih di dalam pasu yang disediakan. Benih yang lebih kami semai di dalam pasu biru tersebut. Namun 'Grass plant' ni mempunyai jangka hayat pendek. Setelah menyedari kehadiran pokok cili tersebut, 'Grass plant' dicabut untuk memberi peluang pokok cili ini membesar.


Projek tanaman: Mempelajari kepentingan tumbuhan dalam kehidupan

Sebelum ini kami pernah cuba menanam pokok cili merah, namun apabila mencecah usia 2 bulan, pokok cili kami diserang penyakit lalu mati. Saya tidak pasti pokok cili kami ketika itu diserang penyakit apa. Terasa seperti mahu putus asa, tiba-tiba muncul anak pokok cili tanpa di duga. Kami berharap pokok cili ini akan membesar dengan sihat dan mengeluarkan hasil pertamanya.

Walaupun pokok cili susah dijaga namun
ini tidak mematahkan semangat kami untuk mencubanya lagi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...