ADS

Monday, February 5, 2018

Bukit Sapu Tangan, Taman Botani Negara Shah Alam


Menara Padang di Puncak Bukit Sapu Tangan

Bukit Sapu Tangan terletak di dalam kawasan Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA), kira-kira 10 minit pemanduan dari Bandaraya Shah Alam. Bukit Sapu Tangan merupakan puncak tertinggi (204meter) di taman botani tersebut. Pengunjung dikenakan bayaran parkir sebanyak RM3.00 bagi sebuah kereta.

Peta

Tiket masuk ke Taman Botani Negara Shah Alam



Pengunjung boleh mendapatkan peta lokasi (location map) kawasan tarikan yang terdapat di TBNSA di kaunter masuk. Tiada perkhidmatan bas disediakan untuk ke trail Bukit Sapu Tangan. Pengunjung harus berjalan kaki sehingga ke situ. 

Perjalanan Kami

Kami menaiki bas mengikut laluan B dan berhenti di Stesen Rumah 4 Iklim. Dari situ kami menelusuri Jalan Jujur sehingga bertemu simpang ke Jalan Bersih.

Ada papan tanda arah menunjukkan jalan ke
 Trail Bukit Sapu Tangan


Sepanjang perjalanan, kami dikelilingi flora
dan fauna. Sesekali kami ternampak monyet di
atas pokok.

Laluan ke Empangan Kuning

Permulaan Trail Bukit Sapu Tangan

Kami melepasi susur ke Empangan Kuning sebelum tiba di Trail Bukit Sapu Tangan. Trailnya mudah kerana jalan berturap dan dijaga rapi. Namun persediaan mental perlulah kuat disebabkan laluan trailnya yang mendaki dan menuruni bukit beberapa kali untuk sampai ke puncak. Setiap kali mendaki, kami berharap agar di atas sana adalah puncak Bukit Sapu Tangan. Namun harapan kami meleset apabila perlu menuruni bukit dan menurskan lagi perjalanan kami.

Mendaki bukit yang curam sebelum tiba ke puncak.


Menandakan pengunjung hampir ke puncak.


Trail sebelum tiba ke puncak.. kira-kira 150 meter lagi


Akhirnya kami berjaya sampai ke puncak!! 


Malang sekali kami tidak dapat menyaksikan permandangan
dari atas menara pandang. Menara ini kelihatan uzur dan
tidak dijaga.



Setelah berehat sebentar dan menikmati buah-buahan yang dibawa, kami berjalan balik hingga ke Pintu Masuk TBNSA. Sepanjang perjalanan, kami melalui beberapa kawasan tarikan seperti puncak seni, Amphiteater dan trail camar rimba. Kami melalui laluan B untuk  sampai ke Pintu Masuk. Tiada perkhidmatan bas untuk balik.
  


Elevation Gain: 179m



Jumlah Masa: 2 jam dan 38 saat

Ketinggian: 204 meter dari aras laut
Jarak: 6.93 km bermula dari stesen bas (Rumah 4 Iklim)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...