ADS
Friday, September 30, 2016
Beriadah sambil Membaca
Thursday, September 22, 2016
Khasiat Pokok Cili Api
Wednesday, September 21, 2016
Projek 10: Cili Api Jambak
![]() |
Kini kami dapat mengutip hasil dari 'edible garden' kami |
Dua bulan yang lalu, kami menyemai cili api jambak yang diperoleh dari Sis Lin dari group Kebun Bandar. Biji benih cili boleh diambil dari cili padi yang telah matang dan berwarna coklat.
Cara-cara menyemai biji
1. Saya meletakkan tanah campuran iaitu tanah merah, tanah bakar dan cocopeat ke dalam polibeg sehingga 3/4 penuh.
2. Saya menyemai 4 biji benih ke dalam polibeg. Tutup lapisan biji benih dengan tanah yang nipis. Jarak tanaman adalah kira-kira 2 cm antara pokok. Semaian hendaklah dilindungi dari matahari yang terik dan air hujan yang berlebihan.
Kucing saya Tuah!!
Kecil-kecil Cili Api
![]() |
Pokok cili api yang ditanam 2 bulan yang lalu oleh anak-anak |
Cili api atau nama saintifiknya capsicum frustecens Linn berasal dari famili Solanaceae yang memberi rasa pedas apabila dimakan. Nama lain untuk cili padi adalah Cili api, Cili Rawit (Lombok Rawit), Cabai Burung, Lada Jarum, Lada Tunggeng, dan cabe (Indonesia).
Ciri-ciri
Pokok cili api adalah tumbuhan renek sederhana besar yang boleh mencapai ketinggian 0.2-2 meter. Batangnya bercabang banyak dan batang tua separa berkayu, liat. Daunnya pula tunggal, sederhana besar, bertangkai sederhana panjang dan bersusunan berselingan. Daunnya juga berbentuk bujur telur dengan hujungnya meruncing dan berwarna hijau muda.
Tuesday, September 20, 2016
Tuah!!
Update: Buah Cili Merah Matang
Anak-anak sangat gembira melihat titik peluh mereka menanam pokok cili dari biji benih mula mengeluarkan hasil. Benih pokok cili ini diambil dari cili kering. Saya tidak pasti varieti cili ini. Saya menanamnya secara organik tanpa menggunakan racun serangga dan hanya meletakkan baja organik.
Artikel mengenai Projek menanam cili merah. Klik di sini
Keratan Kemunting Cina Berbunga dan Tumbuh
Pokok kemunting yang dikerat menjadi dua anak pokok, telah berbunga. Bahagian keratan pucuk mengeluarkan bunga berwarna ungu keputihan. Bahagian keratan sebelah bawah hanya mengeluarkan pucuk / daun baru.
Artikel mengenai Percubaan membiak Kemunting Cina. Klik di sini
Tuesday, September 6, 2016
Percubaan membiak Kemunting Cina
Pokok kemunting cina semakin meninggi dan membesar. Saya mengambil keputusan untuk memotong pokok saya agar menjadi dua pokok. Kedua-dua keratan pokok ini saya tanam di dalam pasu. Setelah kira-kira dua minggu, kelihatan daun-daun baru mula tumbuh di celah daun lama pada keratan sebelah kanan (keratan batang bahagian bawah). Pucuk baru tumbuh di keratan sebelah kiri (keratan sebelah atas). Semoga keratan ini dapat tumbuh dan berbunga.
Hasil percubaan menanam pokok Kemunting Cina dari keratan batang. Klik di sini
![]() |
Daun-daun baru mula tumbuh dicelah-celah daun |
Memetik Buah Limau Kasturi
Fruit picking... Pengalaman anak-anak (Zaim, Zayana dan Alisya) mungkin tidak dapat dilupakan, sementelah aktiviti ini dilakukan bersama-sama nenek dan atuk. Panas terik mentari tidak menjadi halangan walaupun kadang kala si Alisya merenggek kepanasan. Setiap seorang dibekalkan beg plastik untuk meletakkan buah limau kasturi yang telah dipetik.
![]() |
Walaupun panas, mereka berlumba-lumba memetik buah kasturi |
![]() |
Nenek mengajar cara-cara memetik buah limau kasturi |
Monday, September 5, 2016
Merakam Kenangan dengan Quilt Memori
Saya menghasilkan Quilt Memory dengan hanya menjahit tangan kerana saya tidak mempunyai mesin jahit. Setiap satu dijahit dengan berhati-hati agar jahitannya kukuh dan tidak tercabut. Saya menggunakan tshirt lama anak-anak dan kain batik kepunyaan saya sebagai kain asasnya.
Saya berharap dengan pemberian yang tak seberapa ini, Mr Ninja dapat melepaskan rindunya dengan melihat Quilt Memori ini. Selamat pergi dan pulang ke tanah air. Kami sentiasa menanti kepulanganmu.
![]() |
Dekat tapi Jauh |
![]() |
Bersabarlah anakku, didi pergi sekejap sahaja |
Bahan-bahan yang diperlukan:
1. Tshirt yang tidak digunakan lagi
2. Kain Felt
3. Kain (saya guna kain batik)
Wednesday, August 31, 2016
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
![]() |
Laungan ;MERDEKA' sebanyak 7 kali |
Pada upacara bersejarah ini, wakil Queen Elizebeth II, Duke of Gloucester telah menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengistiharaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Selesai Pengistiharaan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka.
Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutian Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu Kebangsaan 'NEGARAKU'. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Sumber: Arkib Negara
Monday, August 29, 2016
Limau Kasturi
Limau kasturi atau nama saintifiknya citrus microcarpa adalah tanaman dari famili Rutaceae. Pokok ini banyak di tanam di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina, indonesia dan Thailand. Limau kasturi juga dikenali dengan nama calamodin orange, calamansi, acid orange, limau sambal, limau cuit, musk lime dan bugarom. Pokok limau kasturi adalah pokok renek yang mampu mencecah ketinggian sehingga 3-6 meter dan mempunyai dahan sederhana rimbun. Pokok ini sesuai ditanam di tanah yang agak liat dan tidak terlalu poros.
![]() |
Daun kasturi berwarna hijau tua dan berbentuk bujur |
![]() |
Bunga pokok Limau Kasturi |
Sunday, August 28, 2016
Pokok Keladi Hiasan Cantik Namun Beracun
Kami menerima 2 batang pokok keladi dari genus Aglaonema, famili Araceae dari makcik kami 'Mak Long'. Pokok keladi yang dikenali sebagai 'Chinese evergreen' berasal dari benua Asia dan New Guinea. Pokok ini mudah dijaga kerana tidak memerlukan sinaran cahaya matahari yang banyak dan kelembapan yang tinggi. Habitat asalnya adalah di kawasan lembab dan agak berpaya. Ia dapat hidup dengan baik di medium poros dan kawasan yang mempunyai saliran baik.
![]() |
Aglaonema brevispathum |
Pokok chinese evergreen boleh mencapai ketinggian sehingga 150cm bergantung kepada spesiesnya. Daunya berbentuk pelepah dan runcing dihujungnya. Pokok ini mempunyai sistem akar serabut serta batang tidak berkayu. Secara amnya, bunga chinese evergreen berwarna putih dan kecil.
Keselamatan
Pokok ini mengeluarkan getah yang menyebabkan kegatalan dan beracun jika tersentuh bahagian pokoknya seperti batang, daun dan ubinya dipotong. Oleh itu, beberapa keselamatan perlu diambil antaranya:
1. Pamerkan pokok itu di kawasan yang tinggi dan jauh dari tempat lalu lalang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
2. Pakai sarung tangan ketika memotong batang daun atau ubinya. Jika terkena getahnya, segera basuh dengan air yang banyak. JIka termakan dan sebagainya, segeralah berjumpa doktor untuk mendapat rawatan lanjut.
Penjagaan
1. Siram medium tanaman dua kali sehari pada hari panas bagi mengekalkan kelembapan medium. Namun elakkan air bertakung dalam medium tanaman agar akarnya tidak membusuk.
2.Baja organik seperti najis ayam adalah terbaik. Elakkan menggunakan baja biji yang boleh melecurkan perdu atau dedaunnya.
Saturday, August 27, 2016
Kubis Cina Gulung
![]() |
Kubis Cina gulung |
Bahan-Bahan
Kubis cina (dikukus/ steamed)
Inti
Daging hancur
1 lobak merah (dihirs nipis)
3 batang celery (potong kecil-kecil)
1 biji kentang (potong dadu)
setengah bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
sedikit halia (ditumbuk)
2 susu besar bbq sos
2 sudu tomato sos
sedikit garam sebagai perisa
Cara-cara
1. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau. Seterusnya masukkan kentang dan masak sehingga empuk.
2. Kemudian masukkan celery dan sedikit air. setelah celery lembut, masukkan lobak merah dan daging hancur. Perisakan dengan sedikit garam, bbq sos dan sos tomato. Masak sehingga semua bahan empuk dan masak.
3. Setelah intinya sejuk, letakkannya di atas kobis cina yang telah dikukus dan gulungkan. Hidangan boleh dinikmati bersama-sama sos atau dimakan begitu sahaja.
UPDATE: Buah Cili Semakin Besar
![]() |
Pokok cili yang berjaya membesar dengan sihat |
Pengalaman pertama menanam pokok cili merah di halaman rumah memberi kami pengalaman yang amat mengujakan. Setelah banyak percubaan penanaman dilakukan namun hasilnya tidak menjadi. Anak-anak pokok diserang penyakit layu pucuk, lecur ketika kepanasan, pokok mati kelayuan dan sebagainya. Anak-anak pokok yang berpenyakit dicabut dan terus dibuang agar tidak menjangkiti pokok yang sihat. Hanya tinggal satu pokok cili sahaja yang sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda berpenyakit.
![]() |
Anak pokok cili yang terpaksa dibuang setelah dijangkiti penyakit layu pucuk |
Sunday, August 14, 2016
Ahli Baru Azza
Friday, August 12, 2016
Pokok Tin: Kaedah Tanaman dan Pembajaan
![]() |
Pokok Tin saya yang disemai melalui biji benih. |
Tuesday, August 9, 2016
Thursday, August 4, 2016
Pemasuan Semula Cili Merah
Pemasuan semula atau re-potting adalah satu kaedah untuk menukarkan media tanaman di dalam pasu atau bekas tanaman ke dalam pasu yang lebih besar dengan menggunakan media baru. Tujuan utama pemasuan semula ialah:
1. Membekalkan media baru yang mengandungi lebih banyak nutrien tumbuhan.
2. Membekalkan lebih ruang untuk perkembangan akar pokok.
3. Memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan dalam medium penanaman.
Tuesday, August 2, 2016
UPDATE: Cili Merah dah berbuah!!
Masalah:
Pokok cili kami tidak mengeluarkan buah kerana tiada agen pendebungaan memandangkan kami tinggal di rumah pangsa. Pokok cili hanya berbunga sahaja kemudian gugur. Walaupun siraman dua kali sehari dan baja seminggu sekali.
Penyelesaian:
Kami melakukan pendebungaan manual iaitu dengan menggeselkan kedua-dua bunga (bahagian depan bunga). Alhamdulillah nampaknya usaha kami berhasil. Pokok cili mula kelihatan seperti berbuah. Kami berharap buahnya menjadi.
Cara menanam dan penjagaan: Klik di sini
Monday, August 1, 2016
Taman Rekreasi Permai
Hari minggu yang lalu, kami trekking menggelilingi Taman Rekreasi Permai, Selangor Darul Ehsan. Taman Rekreasi ini terletak di Taman Tasik Shah Alam yang seluas 43 hektar. Tasik ini terdiri dari 3 buah tasik buatan iaitu tasik barat, tasik timur dan tasik sentral. Tasik di bahagian barat dinamakan Taman Rekreasi Permai, dibahagian timur dikenali sebagai Taman Rekreasi Raja Lumu dan sementara tasik bahagian sentral di panggil Taman Rekreasi Indah.
Lokasi Taman Rekreasi Permai
Sunday, July 31, 2016
My Ninja!!
Kejohanan Taekwondo antara sekolah-sekolah Negeri Selangor 2016
dan
7th Kroyo National Taekwondo Circuit 2016 - 2nd Leg
Tempat: Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam
![]() |
Sekitar persiapan sebelum berlangsungnya kejohanan Taekwondo |
![]() |
Zaim memenangi tempat keempat serta membawa pulang medal dan sijil |
![]() |
Zayana memenangi tempat ketika serta membawa pulang medal dan sijil |
Mama dan Didi sangat berbangga dengan pencapaian Zaim dan Zayana. Tahun depan usaha lagi!! Good Job!!
![]() |
Tahiniah pada peserta Circuit yang berjaya!! Terima Kasih di atas tunjuk ajar Sir Sharizman serta cikgu dan sir dari Kroyo Klang |
![]() |
Big Supporter |
Thursday, July 28, 2016
Seni Mengimbangi Batu (Rock Balancing)
![]() |
Percubaan membuat Rock Balancing ketika di Air Terjun Sungai Chiling |
Seni mengimbangi batu atau Rock Balancing adalah satu seni persembahan susunan batu yang unik. Seni ini memerlukan kesabaran dan daya fokus yang tinggi kerana bukan mudah untuk mencari titik graviti setiap batu tersebut agar tidak terjatuh. Setiap susunan batu ini mempunyai maksud yang tersendiri yang ingin disampaikan oleh penciptanya.
Salah seorang Rock Balancer yang terkenal ialah Michael Grab. Menurut beliau, Perkara asas di dalam Rock Balancing secara fizikal adalah mencari titik 'tripod' iaitu titik di mana batu itu boleh berdiri sendiri secara melintang, menegak atau mengikut daya kreativiti penciptanya. Anda boleh merasakannya apabila batu yang disusun itu berdiri dengan kukuh dan seimbang seolah-olah 'klik' antara satu sama lain. (sumber: gravityglue.com)
Wednesday, July 27, 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)