ADS

Showing posts with label Limau kasturi. Show all posts
Showing posts with label Limau kasturi. Show all posts

Thursday, October 4, 2018

UPDATE: Pokok Limau Kasturi


Pokok kasturi ini berumur kira-kira 1 tahun 7 bulan. Daun dan durinya agak besar tapi masih belum berbuah. Menjadi kegemaran ulat beluncas menikmati daun limau kasturi. Pokok ini dijaga rapi oleh emak saya yang gemar bercucuk tanam. 

Artikel mengenai tanaman pokok limau boleh klik disini

Thursday, October 6, 2016

Projek 12: Limau Kasturi

Pokok limau kasturi yang kami tanam dari biji.
Usia: 7 bulan

Kami telah memetik banyak buah kasturi ketika aktiviti fruit picking bersama nenek ketika cuti sekolah yang lepas. Klik di sini untuk membaca cerita fruit picking. Jusnya diperah agar boleh tahan lama manakala bijinya kami tanam sebagai projek tanaman bersama Zaim, Zayana dan Alisya.

Tuesday, September 6, 2016

Memetik Buah Limau Kasturi

Fruit picking... Pengalaman anak-anak (Zaim, Zayana dan Alisya) mungkin tidak dapat dilupakan, sementelah aktiviti ini dilakukan bersama-sama nenek dan atuk. Panas terik mentari tidak menjadi halangan walaupun kadang kala si Alisya merenggek kepanasan. Setiap seorang dibekalkan beg plastik untuk meletakkan buah limau kasturi yang telah dipetik.  


Walaupun panas, mereka berlumba-lumba
memetik buah kasturi

Nenek mengajar cara-cara memetik buah limau kasturi

Monday, August 29, 2016

Limau Kasturi



Limau kasturi atau nama saintifiknya citrus microcarpa adalah tanaman dari famili Rutaceae. Pokok ini banyak di tanam di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina, indonesia dan Thailand. Limau kasturi juga dikenali dengan nama calamodin orange, calamansi, acid orange, limau sambal, limau cuit, musk lime dan bugarom. Pokok limau kasturi adalah pokok renek yang mampu mencecah ketinggian sehingga 3-6 meter dan mempunyai dahan sederhana rimbun. Pokok ini sesuai ditanam di tanah yang agak liat dan tidak terlalu poros. 


Daun kasturi berwarna hijau tua dan berbentuk bujur

Bunga pokok Limau Kasturi
Ia boleh dibiakkan melalui biji benih, keratan batang atau tut. Namun pokok lebih cepat berbuah jika ditanam melalui pembiakan secara tut atau tampang. Daunnya berwarna hijau gelap. Buah limau kasturi berwarna hijau gelap dan bertukar menjadi kuning apabila masak. Isinya berwarna kuning jingga serta rasa buahnya agak masam dan sedikit manis apabila masak. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...