ADS

Wednesday, September 21, 2016

Projek 10: Cili Api Jambak

Kini kami dapat mengutip hasil dari 'edible garden' kami

Dua bulan yang lalu, kami menyemai cili api jambak yang diperoleh dari Sis Lin dari group Kebun Bandar. Biji benih cili boleh diambil dari cili padi yang telah matang dan berwarna coklat. 

Cara-cara menyemai biji
1. Saya meletakkan tanah campuran iaitu  tanah merah, tanah bakar dan cocopeat ke dalam polibeg sehingga 3/4 penuh. 

2. Saya menyemai 4 biji benih ke dalam polibeg. Tutup lapisan biji benih dengan tanah yang nipis. Jarak tanaman adalah kira-kira 2 cm antara pokok. Semaian hendaklah dilindungi dari matahari yang terik dan air hujan yang berlebihan.




Anak saya menyemai 1 biji benih ke dalam pasu comel ini

3. Setelah anak benih berumur 3-4 minggu, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3-4 hari untuk proses mengeraskannya (hardening).

4. Ubah anak benih ke pasu yang lebih besar setelah mencapai umur 6 minggu. Tanah disekeliling pokok hendaklah dibasahkan dahulu sebelum pokok cili api dicabut. Ini bagi memudahkan proses pemasuan semula. Klik di sini untuk mengetahui mengenai proses pemasuan semula (repotting).

5. Cili api boleh dituai selepas 1-2 bulan dengan memetik buah yang matang yang berwarna merah. Selagi pokok cili menghasilkan bunga, selagi itu kita boleh menuai hasilnya.



Cili api jambak mempunyai beberapa kudup bunga dalam satu tangkai

Pokok cili api kami berbuah sulong

6. Pokok cili api hendaklah dibaja 2 minggu sekali dengan meletakkan baja disekeliling pokok. Awas! jangan letakkan baja berhampiran batang kerana boleh menyebabkan batang pokok lecur.

Artikel lanjut mengenai cili api. Klik di sini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...