Pokok cili api yang ditanam 2 bulan yang lalu oleh anak-anak |
Cili api atau nama saintifiknya capsicum frustecens Linn berasal dari famili Solanaceae yang memberi rasa pedas apabila dimakan. Nama lain untuk cili padi adalah Cili api, Cili Rawit (Lombok Rawit), Cabai Burung, Lada Jarum, Lada Tunggeng, dan cabe (Indonesia).
Ciri-ciri
Pokok cili api adalah tumbuhan renek sederhana besar yang boleh mencapai ketinggian 0.2-2 meter. Batangnya bercabang banyak dan batang tua separa berkayu, liat. Daunnya pula tunggal, sederhana besar, bertangkai sederhana panjang dan bersusunan berselingan. Daunnya juga berbentuk bujur telur dengan hujungnya meruncing dan berwarna hijau muda.
Kudup bunga cili api |
Bunga cili api |
Bunga pokok cili padi berbentuk bintang keluar dari celah ketiak daun. Buahnya pula panjang menirus, berwarna hijau ketika muda dan bertukar merah apabila masak. Buah cili padi tumbuh menghala ke atas dan mengandungi banyak biji yang berwarna coklat setelah matang.
Buah cili api tumbuh tegak ke atas |
Varieti cili api
1. Cili api centil
Nama lain bagi cili api centil adalah cili api kampung. Jangka masa memetik adalah dalam linkungan 5-6 bulan. Pokok ini sesuai ditanam secara fertigasi kerana larutan baja boleh diselaraskan dengan penggunaan bahan kimia yang membantu kawalan penyakit dan perosak.
2. Cili api kecil / mini
Seperti namanya, buah cili api mini adalah kecil dan pendek sekitar 1-2 cm sahaja. Buahnya berbentuk bulat dan menirus dihujungnya. Semasa muda, buahnya berwarna hijau dan menjadi merah tua apabila cukup matang. Walaupun saiznya kecil, cili jenis ini mempunyai tahap rasa paling pedas di antara semua jenis cili api.
3. Cili api putih
Cili api jenis ini mempunyai bentuk buah panjang tirus yang berukuran sekitar 4-6 cm. Buahnya berwarna kuning keputih-putihan bila masa muda dan berubah menjadi merah kekuning-kuningan ketika masak. Cili api jenis ini sedap dibuat sambal kicap atau sambal bakso.
4. Cili padi Siam
Cili api siam agak besar dan panjan lazimnya mencecah panjang sekitar 3-6 cm. Cili api ini banyak diimport dari Thailand. Cili ini berwarna hijau tua ketika muda dan menjadi merah tua apabila matang. Cili api jenis ini yang kurang pedas.
Pokok cili api mempunyai musuh dan penyakit yang sama seperti pokok cili yang lain. Klik di sini untuk mengetahu jenis-jenis penyakit dan perosak.
No comments:
Post a Comment