ADS

Thursday, August 4, 2016

Pemasuan Semula Cili Merah


Pemasuan semula atau re-potting adalah satu kaedah untuk menukarkan media tanaman di dalam pasu atau bekas tanaman ke dalam pasu yang lebih besar dengan menggunakan media baru. Tujuan utama pemasuan semula ialah:

1. Membekalkan media baru yang mengandungi lebih banyak nutrien tumbuhan.
2. Membekalkan lebih ruang untuk perkembangan akar pokok.
3. Memperbaiki sistem saliran dan pengudaraan dalam medium penanaman.

Ciri-ciri tanaman yang memerlukan pemasuan semula:
1. Media tanaman kelihatan terlalu padat menunjukkan sistem pengudaraan media perlu dibaiki
2. Pasu retak perlu ditukar supaya media tidak kehilangan air
3. Air siraman bertakung menunjukkan saliran air tidak baik. Keadaan ini boleh menyebabkan akar pokok menjadi reput dan akhirnya pokok mati
4. Akar terkeluar dari bawah pasu. 

Cara-cara memasu semula
1. Sebelum menjalankan proses pemasuan semula, pastikan media tanaman lembab supaya proses memasu lebih mudah

2. Untuk mengeluarkan pokok dari pasu yang lama, pegang pokok secara terbalik dan ketuk sedikit bucunya sehingga pokok dapat dikeluarkan. Hati-hati agar perdu pokok tidak tercedera atau patah. 


4. Dengan berhati-hati pangkas 1/3 bahagian medium lama atau buangkan sedikit tanah lama dengan menggunakan jari atau batang kecil. 

5. Masukkan pokok ke dalam pasu baru yang telah diletakkan sedikit tanah. Akhir sekali, letakkan tanah selebihnya disekeliling pokok tadi. Siramlah air setelah selesai proses pemasuan semula. 


Pokok Cili yang telah bertukar ke pasu baru yang
lebih besar
Maklumat lanjut mengenai cili. Klik di sini

sumber: http://www.dummies.com/how-to/content/steps-for-foolproof-repotting.html
              http://farrawahida54.wixsite.com/khbtanamanhiasan/untitled-cm7n


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...