ADS

Tuesday, September 6, 2016

Memetik Buah Limau Kasturi

Fruit picking... Pengalaman anak-anak (Zaim, Zayana dan Alisya) mungkin tidak dapat dilupakan, sementelah aktiviti ini dilakukan bersama-sama nenek dan atuk. Panas terik mentari tidak menjadi halangan walaupun kadang kala si Alisya merenggek kepanasan. Setiap seorang dibekalkan beg plastik untuk meletakkan buah limau kasturi yang telah dipetik.  


Walaupun panas, mereka berlumba-lumba
memetik buah kasturi

Nenek mengajar cara-cara memetik buah limau kasturi
Tekun Alisya memetik buah-buah  dengan dibantu oleh nenek

Didi juga turut membantu Zayana memetik buah


Anak-anak gembira dapat memetik buah yang banyak. Buah limau kasturi yang sudah masak berwarna oren jingga dan rasanya manis. Manakala buah yang belum masak rasanya masam. Selepas memetik buah limau kasturi, masing-masing ingin mencuba merasa dam melihat tekstur buah limau tersebut. Selain dapat pengalaman baru, mereka turut mempelajari serba sedikit mengenai pokok limau kasturi. Sekembalinya kami dari kampung, saya memerah semua buah-buah tersebut agar jusnya dapat bertahan lebih lama. 


 
Meme (anak patung zayana) pun tolong perah limau

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...