Sebaik melangkah ke dalam Zon Kreatif, tersergam replika sebuah pohon yang besar di taman. Pengunjung boleh membaca buku secara santai di bawah pohon ini sambil baring, meniarap atau bersandar di pohon tersebut. Anak-anak kecil pula bermain-main dan berlari-lari mengelilingi pohon tersebut. Suasananya seolah-olah seperti berada di taman yang dikelilingi bahan bacaan di rak buku yang berwarna-warni. Istimewanya zon ini, anak-anak boleh bebas melakukan apa sahaja mengikut imaginasi dan kreativiti mereka.
Reading Tree - ruang yang berkonsepkan taman dalam perpustakaan. |
Selain pilihan luas buku kanak-kanak untuk dipinjam, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di zon ini antaranya Reading Tree, Zon Kreatif, Zon Interaktif dan Zon Siber.
Disebelah kanannya pula terletak Zon kreatif, iaitu zon untuk penganjuran pelbagai aktiviti minda seperti pertandingan mewarna, bercerita, senam-ria dan pertunjukan boneka. Kami berpeluang menyertai aktiviti membuat boneka jari di zon kreatif. Ada juga ibu bapa yang bersama-sama membantu anak-anak mereka melakukan aktiviti ini.
Aktiviti membuat boneka jari dari kertas |
Pelbagai gaya menggunting kertas.. |
Ini hasilnya.. Fire bird, little mouse dan horse |
Selain itu, terdapat juga zon interaktif yang berupaya membangkitkan perasaan ceria kanak-kanak. Permainan XBOX 360 Kinect disediakan bagi merangsang pemikiran strategik dalam permainan komputer dengan caj minima RM0.50sen setiap permainan. Permainan ini menggunakan sensor untuk merakam setiap gerakan pemain. Anak-anak turut berpeluang bermain dengan permainan XBOX 360 Kinect.
Selain membaca, kanak-kanak juga dapat bermain dengan riang. |
Zon siber pula menyediakan ruang untuk kanak-kanak menjelajahi dunia internet. Sebanyak 8 komputer peribadi berasaskan operasi Windows dan Imac disediakan. Pengguna dikenakan caj penggunaan sebanyak RM1.00 sejam.
Ruang Siber |
Perpustakaan Raja Tun Uda dibuka 7 hari dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad.
Membaca Jambatan Ilmu |
Kod Buku
1. J : Junior Non Fiction
BM (Oren - Tengah)
BI (Oren - Bawah)
2. JF : Junior Fiction
BM (Merah - Tengah)
BI (Merah - Bawah)
B. Cina (Merah - Atas)
3. BC: Basic
Star Principle (hijau) / Angel Pr (Ungu) / Leadership Pr (Biru) / Learning Pr (Kuning) / Vision (Gabungan Anak dan Ibubapa Pr (Merah / Well Organized Pr (oren), Mission Statement (Putih) / Character Building (Merah Jambu) / Self Controlling (Merah)/ Strategic Collaboration / Total Action (Oren)
4. JR : Junior Reference
BM (Hijau - Tengah)
BI (Hijau - Bawah)
Sumber: http://www.ppas.gov.my/index.php/perkhidmatan/kanak-kanak
No comments:
Post a Comment