ADS

Monday, August 29, 2016

Limau Kasturi



Limau kasturi atau nama saintifiknya citrus microcarpa adalah tanaman dari famili Rutaceae. Pokok ini banyak di tanam di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Filipina, indonesia dan Thailand. Limau kasturi juga dikenali dengan nama calamodin orange, calamansi, acid orange, limau sambal, limau cuit, musk lime dan bugarom. Pokok limau kasturi adalah pokok renek yang mampu mencecah ketinggian sehingga 3-6 meter dan mempunyai dahan sederhana rimbun. Pokok ini sesuai ditanam di tanah yang agak liat dan tidak terlalu poros. 


Daun kasturi berwarna hijau tua dan berbentuk bujur

Bunga pokok Limau Kasturi
Ia boleh dibiakkan melalui biji benih, keratan batang atau tut. Namun pokok lebih cepat berbuah jika ditanam melalui pembiakan secara tut atau tampang. Daunnya berwarna hijau gelap. Buah limau kasturi berwarna hijau gelap dan bertukar menjadi kuning apabila masak. Isinya berwarna kuning jingga serta rasa buahnya agak masam dan sedikit manis apabila masak. 


Cara-cara menanam 


1. Potong limau kasturi dengan berhati-hati agar tidak terpotong biji limau kasturi. Bijinya dibersihkan dan selaput pada biji di buang.

2. Biji tadi ditanam dalam bekas semaian yang sesuai. Kami menggunakan tanah campuran peatmoss, tanah hitam dan tanah merah. Biji benih akan bercambah dalam masa tiga hingga enam minggu.


3. Anak-anak benih yang baru bercambah diletakkan di kawasan yang tidak menerima cahaya matahari secara terus. Setelah anak benih mempunyai beberapa set helaian daun sebelum dipindahkan ke pasu lebih besar.


4. Anak pokok limau kasturi boleh dibaja setiap dua atau empat minggu sekali. 




Anak benih mula bercambah setelah 3 minggu disemai

Anak pokok limau kasturi telah mempunyai 4 helai daun
Penjagaan
1. Pokok yang telah matang perlu dibuat cantasan pembentukkan dan cantasan tunas bagi mengekalkan paras ketinggian pokok limau kasturi. Selain itu, perlu dibuat lenturan dahan untuk memudahkan kerja-kerja mengutip hasil. 

2. Baja asas organik dan baja NPK15:15:15 hendaklah dilakukan 4 bulan sekali dengan 20gm sepokok pada peringkat awal. Selain itu, kerja-kerja merumput dan kawalan rumpai hendaklah dilakukan secara berjadual.


Kutipan hasil

Buah limau kasturi hendaklah dipetik dengan menggunakan pisau tajam. Elakkan dari memulas atau memetik terus buah dari pokok kerana akan mengakibatkan kecederaan pada dahan dan bunga yang akan keluar kelak. Buah yang dipetik melalui cara memulas juga akan cepat buruk dan busuk. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...