ADS

Thursday, July 28, 2016

Seni Mengimbangi Batu (Rock Balancing)

By: Zaireen Photography
Percubaan membuat Rock Balancing ketika di
Air Terjun Sungai Chiling

Seni mengimbangi batu atau Rock Balancing adalah satu seni persembahan susunan batu yang unik. Seni ini memerlukan kesabaran dan daya fokus yang tinggi kerana bukan mudah untuk mencari titik graviti setiap batu tersebut agar tidak terjatuh. Setiap susunan batu ini mempunyai maksud yang tersendiri yang ingin disampaikan oleh penciptanya. 

Salah seorang Rock Balancer yang terkenal ialah Michael Grab. Menurut beliau, Perkara asas di dalam Rock Balancing secara fizikal adalah mencari titik 'tripod' iaitu titik di mana batu itu boleh berdiri sendiri secara melintang, menegak atau mengikut daya kreativiti penciptanya. Anda boleh merasakannya apabila batu yang disusun itu berdiri dengan kukuh dan seimbang seolah-olah 'klik' antara satu sama lain. (sumber: gravityglue.com)


Gaya

1. Balanced Stacking (Gaya Tertib Tindan)

Batu-batu disusun secara mendatar pada satu sama lain dengan ketinggian yang menakjubkan

2. Counterbalance

Kedudukan batu di bawah bergantung pada berat batu di atas bagi memelihara keseimbangan

3. Free style (Gaya Bebas)

Penggiat seni ini menggunakan kedua-dua elemen gaya Balanced Stacking dan Counterbalance dan membentuk arches seperti jambatan. 

4. Pure Balance (Keseimbangan sejati)

Setiap batu disusun berdekatan titik keseimbangannya


Percubaan

Sebelum ini, saya tidak mengetahui Seni mengimbangi batu adalah salah satu cabang seni, mungkin saya jarang melihat seni ini diketengahkan di Malaysia. Pencarian saya di alam maya mengenai seni ini di Malaysia juga tidak berhasil. Ketika hiking ke Air Terjun Sungai Chiling, saya tertarik untuk mencuba Rock Balancing. Ketika ini, pengetahuan tentang seni ini zero dan saya hanya lakukan untuk suka-suka sahaja. 


Secara tidak langsung, seni ini mengajar kita erti kesabaran dan lebih fokus dalam kehidupan kita seharian

Untuk mendapat susunan batu seperti di atas, saya perlukan fokus dan kesabaran yang tinggi agar batu yang di susun tidak jatuh. Setiap proses dari pemilihan batu dan susunan harus dilakukan dengan teliti. Saya seperti tenggelam dalam dunia saya sendiri dan hanya menumpukan sepenuh perhatian saya dalam menyusun batu-batu tersebut. Bukan mudah mencari titik Tripod setiap batu yang digunakan. Tersalah letak, batu-batu yang telah disusun terdahulu jatuh dan saya perlu mengulanginya kembali. Anak saya juga turut mencuba menyusun batu-batu sungai seperti ini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...