Pokok Tin saya yang disemai melalui biji benih. |
Morfologi
Buah tin juga dikenali sebagai buah Ara, buah Figs (Bahasa Inggeris), Figue (Perancis), At-Tin (Arab), Higo (Sepanyol), Figo (Portugis), Wu Hua Guo (China), Fico (Itali) dan Figu (Austria). Pokok tin tumbuh secara menegak, banyak cabang dan merimbun dengan ketinggian antara 10 hingga 30 meter. Batangnya akan mengeluarkan getah jika terluka. Siatem akar pokok tin pula berakar tunjang dan tersebar 15 meter ke dalam tanah (jika di tanam melalui biji benih).
Bijinya bersaiz kecil, banyak dan mengandungi banyak khasiat |
Pokok Tin boleh ditanam melalui beberapa kaedah iaitu:
1. Semaian Biji Benih
2. Keratan batang
3. Tut
4. Cantuman (menyatukan tunas baka dengan pokok penanti membentuk pokok baru)
Pembajaan
Pembajaan pokok tin adalah disyorkan berasaskan keperluan nutrien dan jenis baja mengikut peringkat pertumbuhan. Pada amnya, pertumbuhan pokok tin boleh dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu:
1. Peringkat pemulihan dan pembesaran anak dalam polibeg atau pasu kecil
Pada kebiasaannya, anak benih yang dijual di pasaran adalah berbentuk seperti tut yang ditanam ke dalam bekas transit (pasu kecil atau polibeg). Pada peringkat ini, anak pokok adalah sensitif kerana akar yang terbentuk adalah akar baru dan sensitif dengan faktor luar seperti air yang berlebihan, pancaran matahari dan juga pembajaan. Pokok-pokok ini seharusnya ditempatkan di kawasan teduh sehingga pokok ini betul-betul stabil. Anak pokok yang belum stabil tidak perlu diberi baja. Baja di dalam tanah sudah mencukupi untuk pertumbuhan awal.
Walaubagaimanapun baja yang sesuai perlu diberikan apabila anak benih berkenaan mula stabil dan bersedia untuk pembesaran selanjutnya. Jenis baja yang disyorkan adalah jenis organik (seperti baja kopi atau Complehumus 8:8:8:3 Mgo + TE). Baja ini lengkap dengan nutrien makri dan mikro.
2. Peringkat pertumbuhan vegetatid atau pembesaran
Pada peringkat ini pokok aktif membesar dengan pertumbuhan pucuk dan ceding baru. Pertumbuhan adalah sangat cepat dan boleh mencapai sehingga 1-2 kaki setiap bulan. Pada peringkat ini, pokok memerlukan nutrien N, P, K, Ca, Mg dengan sumber elemen mikro yang seimbang. Baja ini lebih dikenali dengan baja subur di pasaran dan menggunakan jenama atabel yang menggambarkan pertumbuhan. Baja organik tinja kambing dan sebagai boleh terus diberikan untuk menjaga kesihatan tanah. Baja kopi yang berasaskan asid humic boleh diberikan kerana bagus untuk pertumbuhan pokok.
3. Peringkat pengeluaran bunga dan buah
Pada peringkat ini, pokok sudah matang dan bersedia untuk berbunga seterusnya berbuah. Bagi pengeluaran buah, pokok memerlukan nutrien K yang tinggi. Pada umumnya ia dikenali dengan baja buah. Pembungkusan baja ini seringkali berwarna biru atau merah.
Sumber:
1. Anim Agro Technology
2. Tin Oh Tin
No comments:
Post a Comment