ADS

Wednesday, August 31, 2016

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Laungan ;MERDEKA' sebanyak 7 kali 

Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diistiharkan secara rasmi pada 9.30 pagi pada 31 Ogos 1957. Upacara Pemasyhuran Kemerdekaan ini berlangsung di Stadium Merdeka dengan disaksikan oleh 20,000 orang termasuk Raja-raja Melayu, tetamu khas dari luar negara, anggota-anggota kabinet Kerajaan Persekutuan Tanah Melaayu.

Pada upacara bersejarah ini, wakil Queen Elizebeth II, Duke of Gloucester telah menyerahkan Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas Tanah Melayu. Pengistiharaan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibacakan oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Selesai Pengistiharaan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan 'MERDEKA' sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka. 

Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutian Tanah Melayu sambil diiringi dengan lagu Kebangsaan 'NEGARAKU'. Sebanyak seratus satu das tembakan meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Sumber: Arkib Negara

Bendera Malaysia

Bendera rasmi Persekutuan Tanah Melayu telah direka oleh seorang bekas arkitek Jabatan Kerja Raya dari Johor, Mohamed Hamzah. Ia adalah hasil pertandingan Peringkat Kebangsaan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Khas Persekutuan Tanah Melayu, 1949. Reka bentuk bendera ini mendapat kelulusan King George VI pada Mei 1950. Bendera ini pertama kali dikibarkan dalam majlis menaikkan bendera yang dianjurkan oleh Pesuruhanjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di Istana Sultan Selangor yang dihadiri oleh Raja-rana Melayu dan wakil King George VI.

Lagu Negaraku

Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak yang berasal daripada Pulau Mahe di kepualaun Seychelles. Lagu ini dibawa pulang oleh Sultan Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukumun dibuang negeri ke Kepualauan Seychelles. Lagu ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan 'Allah Lanjutkan Usia Sultan'.  Lagu rasmi negeri Perak ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

Kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Rncik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'NEGARAKU' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi. Lagu 'NEGARAKU' telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4 dan dipersembahkan buat pertama kalinya pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.


Sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung di Shah Alam.
View dari rumah kami

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...