Pokok cili yang berjaya membesar dengan sihat |
Pengalaman pertama menanam pokok cili merah di halaman rumah memberi kami pengalaman yang amat mengujakan. Setelah banyak percubaan penanaman dilakukan namun hasilnya tidak menjadi. Anak-anak pokok diserang penyakit layu pucuk, lecur ketika kepanasan, pokok mati kelayuan dan sebagainya. Anak-anak pokok yang berpenyakit dicabut dan terus dibuang agar tidak menjangkiti pokok yang sihat. Hanya tinggal satu pokok cili sahaja yang sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda berpenyakit.
Anak pokok cili yang terpaksa dibuang setelah dijangkiti penyakit layu pucuk |
Setakat ini ada 5 biji cili. Sesetengah bunga disenyawakan secara manual dan selebihnya pendebunggaan sendiri. |
Buah cili boleh dituai mengikut beberapa peringkat matang iaitu:
A: Indeks kematangan 1: Tidak matang
Kulit cili berwarna hijau muda. Dijual sebagai Cili Hijau.
B: Indeks kematangan 2: Matang
Kulit cili berwarna hijau tua dan berkilat, kadang-kadang berwarna coklat dan gelap. Buah yang dipetik dijual sebagai Cili Hijau.
C: Indeks kematangan 3: Cukup matang
Warna kulit cili kelihatan merah bercampur hijau. Keadaan kulit kelihatan kilat dan berlilin. Buah dipetik dan dijual sebagai Cili Merah.
D: Indeks kematangan 4: Cukup Matang
Kulit cili berwarna banyak merah dan ada sedikit tompok hijau. Kulit agak berkilat dan licin. Buah dipetik dan dijual sebagai cili merah dan harga tinggi.
E: Indeks kematangan 5: Cukup Matang
Kulit cili berwarna merah 100% dan tidak mempunyai warna hijau langsung. Buah dipetik dan dijual sebagai Cili Merah
F: Indeks kematangan 6: Amat Matang
Kulit cili berwarna merah tua gelap atau merah kehitaman. Keadaan kulit mula berkerekot dan sedikit layu atau kecut. Boleh dijadikan benih jika sesuai.
No comments:
Post a Comment