Ketika cuti sekolah yang lalu, kami berkelah di Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Kami suka ke sini kerana tempat ini menarik bukan sahaja dapat memberi ikan makan, malah kami dapat hiking ke Air Terjun Sungai Chiling untuk beriadah. Beberapa perubahan telah dibuat bagi menjaga keselamatan dan kebersihan kawasan ini.
Kaunter pendaftaran telah dibuka berdekatan pintu masuk ke kawasan Sungai Chilling. Para pengunjung perlu mendaftar dan 'declare' bahan plastik pakai buang yang di bawa masuk (bekas makanan yang dibeli dari gerai). Bekas makanan dan minuman (Tupperware) yang dibawa dari rumah tidak dikenakan sebarang bayaran. Setiap pengunjung pula dikenakan bayaran RM1.00 sekali masuk.
Kaunter pendaftaran dibuka berdekatan pintu masuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling. |
Resit ini perlu disimpan dengan cermat untuk menebus kembali deposit. |
Kasut "adidas kampung", Beg kalis air untuk handphone dan makanan ikan turut dijual di situ. |
Semua sampah yang dibawa masuk hendaklah dibawa keluar dan dibuang ditempat yang ditetapkan. Pihak pengurusan telah menyediakan tong sampah di luar kawasan Santuari berdekatan kawasan pakir kenderaan.
Kawasan air terjun sangat padat dengan pengunjung ketika cuti sekolah. Jika boleh, elakkan ke Air Terjun Chiling ketika cuti sekolah.
Penuh dengan pengunjung yang ingin menikmati kesejukan Air Terjun Sungai Chiling |
No comments:
Post a Comment