ADS

Wednesday, November 16, 2016

Pokok Buluh Jepun


Pokok buluh Jepun atau nama saintifiknya Dracaena surculosa dari famili Dracaenaceae merupakan tumbuhan hiasan pilihan orang ramai. Nama lain bagi pokok ini adalah Gold Dust dan Spotted Dracaena. Walaupun tergolong dalam spesies Dracaena, pokok ini tidak mempunyai ciri-ciri yang sama dengan spesies tersebut. Pokok Dracaena Surculosa mempunyai batang yang kecil, liat dan kelihatan seperti batang pokok buluh. Daunnya pula kecil, berbentuk bujur dan tumbuh secara berselang seli. Pokok buluh Jepun boleh tumbuh sehingga mencapai ketinggian 76-121 cm. Pokok buluh Jepun mempunyai corak daun yang menarik iaitu:-

1.  Daunnya berwarna hijau tua dan mempunyai bintik putih atau kekuningan




2.  Daunnya berwarna hijau muda dan mempunyai bintik kuning cair atau putih



3. Daun berwarna hijau tua dan mempunyai bintik hijau muda 



Pokok buluh Jepun boleh dibiakkan melalui keratan batang dengan meletakkan keratan batang tersebut di dalam air atau disemai di atas tanah. Apabila akarnya telah tumbuh, keratan tersebut bolehlah di alih ke dalam pasu. Pokok ini boleh juga ditanam dengan menggunakan semaian benih namun mempunyai peluang nipis untuk bertunas. 


Akar tumbuh di batang
Penjagaan
Pokok buluh Jepun adalah tumbuhan tahan lasak dah mudah tumbuh. Pokok ini memerlukan cahaya yang sedikit dan perlu diletakkan di tempat teduh. Kekurangan cahaya akan menyebabkan daun hijaunya kelihatan kusam dan batangnya menjadi lemah.Daunnya menjadi kuning dan gugur jika terlebih siram. 

Daun-daun yang layu hendaklah dibuang agar pokok ini tampak kemas. Sekali sekala duannya dilap agar kelihatan menarik dan cantik. Trim batang pokok buluh Jepun untuk mengekalkan ketinggian yang diingini disamping menggalakkan pertumbuhan batang yang baru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...