ADS

Monday, August 27, 2018

Peak Garden, Rimba Komuniti Shah Alam

Permandangan dari puncak Peak Garden

Hiking kali ini, kami ke Peak Garden, Rimba Komuniti Shah Alam (Shah Alam Community Forest). Kawasan ini terletak kira-kira 25 minit pemanduan dari Bandar Shah Alam. 


Simpang ke Rimba Komuniti Shah Alam.

Lokasi 


Entrance point terletak di kawasan
pembinaan.


Peta lokasi Rimba Komuniti Shah Alam


Kami memulakan hiking kami di Entrance point B yang terletak bersebelahan tasik semulajadi. Airnya kelihatan kehijauan dan tenang. 


Airnya jernih kelihatan seolah-olah cermin memantulkan imej pokok-pokok di situ.

Trek Rimba komuniti Shah Alam atau dahulunya dikenali nama Setia Alam Community Trail agak mudah dan sesuai untuk hikers yang mula berjinak-jinak dengan aktiviti ini. Hanya di trail Loose Rock agak mencabar kerana pendakiannya agak curam. 


Treknya agak landai dan bersih

Hikers akan melalui trek di kawasan pokok kelapa sawit sebelum tiba ke check point 1 iaitu Kurma Trail. 


Kurma Trail agak landai dan berakhir di checkpoint 2

Di checkpoint 2, bermulanya trail Loose Rock yang agak mendaki dan memerlukan ketahanan minda yang kuat. Kami hampir-hampir putus asa dan beberapa kali rehat dek mendaki cerun yang tinggi. Terdetik juga di hati bila kami akan sampai ke puncak. 


Setiap trail ada diletakkan penunjuk arah dan nama laluan.

Trail Loose Rock yang agak curam

Hikers akan bertemu dua simpang iaitu Exit E ke Alam Budiman manakala Checkpoint 3 ke Peak Garden.

Kami melalui checkpoint 3 sehingga bertemu satu lagi simpang. Simpang ke kiri akan menuju ke Peak Garden melalui trail Masterpiece dan jalan terus akan menuju ke trail The Wall.

Checkpoint 4 - Trail Masterpiece juga agak mendaki sehingga tiba ke Peak Garden. Hikers akan melalui check point 5 sebelum tiba ke puncak.
Akhirnya kami tiba juga di puncak. Terdapat beberapa kemudahan disediakan seperti kerusi, wakaf dan meja untuk berehat. Tandas juga disediakan tetapi hiker perlu menggunakan air sendiri untuk mencuci.

Permandangan dari puncak Peak Garden. Kelihatan sayup Puncak Perdana dan Cahaya SPK.


Suasana di puncak agak redup dan berangin. 

Kawasan rehat turut disediakan 

Setelah berehat sebentar, kami berjalan pulang melalui trail masterpiece sehingga ke checkpoint 4. Sepanjang penurunan bukit perlulah berhati-hati kerana langkah agak laju dan cepat.

Trail The Wall ini tidak mempunyai pokok dan terdapat kawasan pembinaan di sebelahnya.

Sebahagian kawasan hutan telah ditebang bagi memberi laluan kepada pembinaan kawasan perumahan.
Penanda arah menunjuk laluan yang harus diambil untuk exit ke checkpoint A.

Di sebelah kiri dari Exit A, hikers boleh mengikut trail tersebut untuk ke Bukit Sapu Tangan yang terletak di Taman Botani Negara Shah Alam.

Dari Trail The Wall, hikers boleh melalui trail di kawasan kebun atau mengikut trail MOU. Kedua-dua trail ini akan membawa hikers ke checkpoint A. Trailnya agak senang dan landai. 


Kami mengikut trail MOU kerana lebih redup memadangkan cuaca ketika ini sangat terik.





Jarak perjalanan hiking kami adalah 
4.03 km (1jam 40min)


Elevation Gain: 140m

NOTA:
Lokasi: Peak Garden, Rimba Komuniti Shah Alam, Shah Alam.
Parkir: Tidak disediakan. Parkir di tepi jalan jika ada.
Elevation Gain: +- 140
Difficulty Level: 3/10 (Jalan rata,  mendaki di Loose Rock, Jalan kering).
Ketinggian: 240m
Permit: Tiada maklumat
Kemudahan: Kerusi dan kawasan rehat serta bilik air di puncak Peak Garden. Namun air tidak disediakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...