ADS

Saturday, February 27, 2016

Dari Shah Alam ke Rumah Api Tanjung Tuan

Permulaan perjalanan kami ke Rumah Api Tanjung Tuan

Pada 27 Februari 2016 lalu, kami telah ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson. Perjalanan dari Shah Alam ke Hutan Rekreasi Tanjung Tuan mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit dan kami tiba kira-kira pada pukul 8.00 pagi, Pengunjung boleh memakir kenderaan mereka di sepanjang jalan bersebelahan hutan rekreasi tersebut. 

Pengunjung dikehendaki membayar RM1.00 dan mendaftar di Balai Penerangan yang terletak berhampirann pintu masuk hutan rekreasi tersebut. Kemudahan seperti bilik air juga disediakan. Pengunjung harus membawa bekal makanan dan air yang mencukupi  kerana tiada gerai di sekitar pintu masuk hutan rekreasi. Laluan utama ke rumah api ialah jalan tar. Trailnya mudah dan santai.

Trailnya mudah dan selamat

Perjalanan ke Rumah Api Tanjung Tuan mengambil masa kira-kira 30 minit sahaja. Sebelum tiba di rumah api, ada beberapa laluan susur masuk ke trail-trail yang berlainan. Bagi peminat burung, bolehlah menyelusuri laluan penghijrahan burung pemangsa. Antara burung yang dapat dilihat ialah burung helang, hering dan layang-layang. Burung-burung ini hijrah dari Indonesia dan dapat dilihat dari bulan Februari dan Mac.

Pada 5 Jan 1971, Kawasan Hutan Rekreasi Tanjung Tuan telah diwartakan sebagai kawasan Suaka Hidupan Liar dan Burung-burung 

Sebanyak 54 spesis burung liar yang terdiri daripada burung tempatan dan
burung berhijrah serta 3 spesis primate

Perjalanan diteruskan sehingga kelihatan bangunan berwarna putih tersergam di atas bukit. Bangunan ini memainkan peranan penting dalam sejarah negara kita. Tanjung Tuan atau Cape Rachado (nama yang diberikan oleh Portugis), terletak di negeri Melaka merupakan satu tanjung dengan sebuah rumah api yang dibina menghadap Selat Melaka. 

Pada tahun 1511, pihak portugis telah berhasrat untuk membina sebuah rumah api untuk mengawal kapal-kapal yang melalui Tanjung Tuan yang dinamakan Cape Rachado. Namun apabila melaka jatuh di tangan Belanda pada tahun 1641, dan di tangan British pada 1824, struktur rumah api ini berpindah milik kepada mereka.


Menjaga keselamata di Selat Melaka



Kami sedikit kecewa kerana tidak dapat meninjau struktur bangunan ini dengan lebih dekat lagi. Kami akur dan meneruskan perjalan mengikut trail dibelakang Rumah Api Tanjung Tuan. Mengikut peta yang disediakan oleh pihak hutan rekreasi, trail ini menuju ke Pulau Intan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit. Laluannya sedikit mencabar dan menuruni bukit. Namun kami agak terkilan kerana papan tanda dan fasiliti di sepanjang trail ini tidak terjaga.


Kedudukan tempat-tempat yang menarik di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Setelah penat menuruni tangga, kami terpegun dan terpesona dengan kecantikan pantai di Pulau Intan. Airnya hijau dan jernih. Sejurus melihat laut, anak-anak mula meminta kebenaran untuk mandi laut. Tempatnya yang terasing membuatkan pantai ini masih mengekalkan ciri-ciri semulajadinya.

Sesekali kelihatan jet skit dan motobot menarik 'banana' mengelilingi Pulau Intan.


Kawasannya redup dan sesuai untuk bermandi manda.

Anak-anak gembira dan tidak sabar untuk mandi di laut.
Jarang kita dapat jumpa seaweed di pantai-pantai 

Setelah melepaskan lelah dan mengisi perut di Pulau Intan, kami meneruskan perjalanan ke Bukit Batu Putih. Untuk ke destinasi seterusnya kami perlu melalui laluan yang sama dan kini kami terpaksa mendaki hingga ke Rumah Api Tanjung Tuan. Walaupun tercunggap, kami berjaya sampai ke atas. Di hadapan pakir yang disediakan untuk kakitangan rumah api, ada satu laluan untuk ke Bukit Batu Putih. Laluan ini mudah dan agak mendatar. 

Pokok-pokok yang tinggi membuatkan perjalanan kami terasa sejuk dan berangin. Keadaan sekeliling redup dan nyaman. Perjalanan ke Bukit Batu putih mengambil masa 30 minit. Namun diakhir pendakian, kami terpaksa mendaki rock climbing 90 darjah menegak. Tali disediakan untuk tujuan pendakian. Anak-anak kami yang berumur di antara 11, 10, 9 dan 5 tahun berjaya menyahut cabaran ini. Peserta paling kecil yang berumur 2 tahun didukung oleh ayahnya untuk sampai ke puncak.


Cabaran untuk menaiki ke puncak Bukit Batu Putih

Kelihatan Teluk Kemang dan Port Dickson nun jauh di sana.

Sempat menikmati juadah bagi mengisi perut sebelum pulang

Kelihatan burung pemangsa terbang mencari mangsanya

Pendedahan pada alam semula jadi hendaklah
dilakukan sejak kecil lagi

Kami berjaya sampai ke puncak dan melihat sendiri keindahan ciptaan Allah.


Setelah berehat sebentar kami mengikut jalan yang sama untuk pulang ke tempat pintu masuk Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Walaupun penat, kami berasa gembira kerana dapat menikamati keindahan semulajadi bersama-sama anak-anak kami.

Lokasi Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Klik sini. Koordinat GPS: 2.4115467,101.8555684,16.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...