ADS

Monday, November 21, 2016

Bukit Larut, Taiping


Pada minggu lepas, kami menziarah ibu bapa saya di Taiping, Perak. Jarak Bukit Jana ke kaki Bukit Larut adalah kira-kira 13 km. Seawal 8.30 pagi, kami bertolak ke kaki Bukit Larut dengan berbekalkan cucur udang yang dibuat khas oleh ibu tercinta. 

Kawasan pakir disediakan di kaki Bukit Larut
Bukit Larut telah dibuka sebagai pusat peranginan pada  tahun 1884 dan merupakan resort bukit yang tertua di Malaysia. Ketinggian Bukit Larut adalah kira-kira 1250 meter di atas aras laut. Pusat peranginan Bukit Larut masih mengekalkan alam semulajadinya dan tidak dibangunkan seperti bukit peranginan yang lain. Ada dua cara untuk ke puncak Bukit Larut iaitu melalui 30 minit perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan jeep yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab atau hiking yang mengambil masa kira-kira 5 jam. 



Terdapat papan informasi mengenai Bukit Larut
Permulaan pendakian Bukit Larut

Kami berazam untuk hiking hingga ke Tea Garden yang terletak kira-kira di KM5.5 (sumber: Malaysia, Singapore & Brunei, Simon Richmond, Damian Harper, Tom Parkinson, Charles Rawling-way and Richard Watkins, PG- 165). Para hikers boleh mengikut jalan raya atau pun denai hutan. Permulaan hiking kami mengikuti trek jalan raya. Walaupun di usia 70-an, ibu dan bapa saya berjaya mendaki Bukit Larut kira-kira 1 km. 


Anak-anak gembira hiking kali ini ditemani nenek dan atuk
Oleh kerana, ibu tidak berdaya lagi, kami berpisah dan mengikut jalan denai hutan. Ibu dan bapa saya mengambil keputusan turun kembali ke kaki bukit. Saya amat bangga dengan keazaman ibu bapa saya. Terima kasih kerana menemani dan meluangkan masa bersama-sama kami. Hiking bersama ibu dan bapa saya di sini mengimbau kembali kenangan ketika bapa saya membawa kami adik beradik hiking di Bukit Larut. Bapa saya juga pernah bercerita ketika muda dia pernah mendaki bukit ini bersama-sama rakan-rakannya.


Laluan denai seperti jalan pintas
ke check point seterusnya
Laluan denai hutan agak lembab dan becak. Hati-hati ketika melalui laluan denai kerana ia agak curam dan licin. Ada juga di beberapa laluan memerlukan hikers menggunakan bantuan tali yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab. Kali ini, Alisya cuba mendaki sendiri denai tersebut dengan bantuan tali yang disediakan. Laluan denai hutan sesekali dipisahkan oleh jalan raya. Hikers perlu memerhati dengan teliti jika ingin mengikut denai hutan kerana laluan ini tidak bertanda.

Aktiviti beriadah dapat merapatkan
hubungan kekeluargaan
Di beberapa kawasan ada lalauan mata air yang mengalir dari akar-akar pokok atau di celah-celah batu serta terdapat juga air terjun kecil. Airnya agak dingin dan menyegarkan. Kami membasuh muka dan kepala bagi mengembalikan kesegaran. Jangan minum air yang tidak dirawat jika tidak tahu tahap kebersihan air tersebut. 


Airnya sejuk dan menyegarkan

Air terjun kecil

Keindahan alam semulajadi masih lagi terpelihara
Terdapat juga beberapa kemudahan yang disediakan sepanjang perjalanan mendaki Bukit Larut. Antaranya wakaf tempat berehat, gerai kecil dan tandas di gerai ketiga.

Kemudahan yang disediakan 


Lokasi kajian di Hutan Simpan Bukit Larut seluas 20 Hektar

Pendakian kami kali ini gagal hingga ke Tea Garden. Kami hanya berjaya mendaki sejauh 2.7 km dari kaki Bukit Larut. Oleh kerana kesuntukkan masa, kami mengambil keputusan turun ke kaki Bukit Larut. Walaubagaimanapun saya tetap berbangga dengan pencapaian kami kali ini. Dalam perjalanan turun kami ternampak sekumpulan monyet yang sedang bergayut di pokok. Jarang kami dapat melihat haiwan liar berkeliaran berdekatan laluan yang digunakan oleh manusia. 

Monyet riang bermain sesama mereka
Dalam perjalanan turun, sandal anak terputus. Maka tanpa berfikir panjang saya memberi anak saya memakai kasut saya. Saya berjalan turun ke kaki bukit dengan berkaki ayam. Alhamdulillah saya memakai stokin, jadi tidaklah kaki saya sakit ketika memijak jalan tar yang berbatu kecil. 


Berkaki Ayam menuruni Bukit Fraser.
 
Adik dah tak larat nak jalan

Peta trail kami mendaki Bukit Larut
Elevation gain: 347m

1 comment:

  1. Syabas tuan dapat membawa keluarga berjogging dengan ibubapa. Bukit Jana tuan sudah naik ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...