Kenderaan tidak dibenarkan masuk |
Pada 20 Mac 2016 yang lalu, kami berpeluang hiking secara santai bersama-sama keluarga ke Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di kaki Bukit Fraser. Santuari Ikan Sungai Chiling dikawal selia oleh Jabatan Perikanan Negeri Selangor dan merupakan habitat semula jadi ikan kelah Hijau (Mahseer). Pintu masuk ke Santuari Ikan Sungai Chiling terletak kira-kira 10 minit perjalanan selepas Empangan Kuala Kubu Bahru. Kawasan meletakkan kenderaan adalah terhad, namun anda dibenarkan pakir di bahu jalan.
Perjalanan dari pintu masuk ke tapak perkhemahan kira-kira 500 meter |
Hiking kali ini istimewa kerana di sertai oleh mak dan bapak tersayang |
Santuari Ikan Sungai Chiling hanya dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Tutup pada hari Isnin sehingga Khamis. Setiap pengunjung yang datang haruslah mendaftar di pondok renjer yang terletak di kawasan utama.
Peta ke lokasi air terjun |
Pengunjung yang ingin ke Air Terjun Sungai Chiling harus mendaftar dahulu dan dikenakan bayaran RM1.00 |
Laluan ke Air Terjun Sungai Chiling bermula dari sini |
Kami hanya piknik di tapak perkhemahan. Beberapa kemudahan disediakan seperti wakaf, tempat persalinan, tandas dan gerai makan. Pengunjung yang ingin berkhemah di kawasan ini boleh menyewa khemah dari pihak renjer. Beberapa peraturan dikenakan bagi menjaga habitat semula jadi ikan kelah. Pengunjung tidak dibenarkan memancing ikan atau membawa peralatan memancing. Jika disabit kesalahan boleh dihukum di bawah Akta perhutanan 1984 (pindaan 1993), pesalah akan di denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali.
Cucu-cucu dah terjun dulu dalam sungai bagi ikan makan |
Makanan ikan ada dijual di pondok renjer dengan harga yang berpatutan |
Aktiviti kali ini lebih santai dan anak-anak banyak mempelajari mengenai ikan. Pada mulanya mereka berasa takut ikan kelah hijau akan menggigit mereka. Namun sangkaan mereka meleset kerana ikan kelah hanya berenang berhampiran sahaja dan berebut-rebut jika diberikan makanan.
Ikan berenang pantas merebut makanan yang diberi pengunjung |
Walaupun agak panas, namun keriangan bermain air tiada tolak bandingannya |
Bapak dan mak juga dulu selalu bawa kami lima beradik piknik di tepi sungai masa kecil-kecil dahulu |
Umur tidak menjadi halangan untuk beriadah |
No comments:
Post a Comment