ADS

Monday, January 15, 2018

Puncak Tiga Puteri, Hutan Simpan Kota Damansara

Permandangan Highway NKVE

Pengenalan
Hutan simpan Kota Damansara telah diwartakan sebagai hutan Simpanan Kekal pada 18 Februari 2010 bagi tujuan Hutan Lipur, Hutan Pelajaran dan Hutan Penyelidikan. Hutan simpan yang meliputi kawasan seluas 321.7 hektar (795 ekar) adalah di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan diurus secara kerjasama dengan komuniti tempatan dan kumpulan pengguna yang berkepentingan. 

Hutan Simpan Kota Damansara adalah bekas Hutan Simpan Sungai Buloh yang diwartakan pada tahun 1898. Ketinggian hutan ini adalah di bawah 300 meter pada aras laut. Hutan ini merupakah salah satu hutan simpan yang masih ada di daerah Petaling. 


Kemudahan
Pondok untuk berehat dan berkumpul

Tandas Awam

Kawasan rehat di Check Point

Peta dan nama trail di check point


Denai
Denai-denai di Hutan Simpan Kota Damansara di cipta secara teliti oleh KDCF Society, Kaum Orang Asli Temuan dan badan-badan sukarela serta dikawal selia oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Sehingga kini,  panjang denai yang dibina adalah sepanjang 16km dan yang terbaru denai Salleh yang baru dilancarkan pada 11 Disember 2017. Antaranya Scout Trail, Temuan Trail, Sahabat Trail, Unity Trail, Harmony Trail, Serenity Trail, Denai Tiga Puteri, Unity Peak dan Petaling Trail. Objektif utama KDCF Society mewujudkan denai-denai ini untuk memberi laluan yang mudah kepada pengunjung-pengunjung yang ingin menikmati keindahan dan ketenangan di hutan tanah rendah. 

Lokasi
Hutan Simpan Kota Damansara terletak di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 10, Kota Damansara. Pintu masuk di Seksyen 10 adalah sesuai bagi pengunjung yang ingin mengikuti Denai Petaling, Denai Pengakap, Denai Temuan dan Denai Sahabat. Jika pengunjung ingin ke Denai Harmoni, pintu masuk dari seksyen 9 berdekatan Taman Rimba Riang kini dibuka pada umum. 



Peta




Pada 13 Januari lalu, kami  hiking di Hutan Simpan Kota Damansara kira-kira 30 minit perjalanan dari Bandaraya Shah Alam. Sebelum ini, kami pernah hiking melalui Denai Petaling. Boleh Klik di sini untuk membaca. Pada hari ini, kami bercadang untuk mendaki puncak Tiga Puteri. Suasana agak sejuk kerana hujan renyai-renyai. 


Mendaki bersama rakan-rakan suami dan keluarga
Group kali ini disertai oleh 10 orang dewasa dan 10 orang kanak-kanak dalam lingkungan umur (6 hingga 14 tahun). Setelah berbincang, kami sepakat mengikuti Scout Trail sehingga bertembung dengan Temuan Trail. 


Treknya agak mendatar dan licin
Ada disediakan kawasan rehat

Hikers tidak perlu bimbang kerana terdapat
banyak papan tanda di sediakan sebagai guide.

Treknya dijaga rapi dan bersih
Dari Temuan Trail kami meneruskan perjalanan ke Sahabat Trail sehingga bertembung di Unity Trail. 

Papan tanda yang menunjuk arah ke Puncak

Jagalah kebersihan ketika mendaki

Pintu gerbang semulajadi dari dahan-dahan pokok

Kawasan rehat di antara Unity Trail dan Denai Tiga Puteri 
Perjalanan Denai Tiga Puteri agak mencabar. Tali disediakan bagi memudahkan hikers mendaki. 


Hikers perlu melihat Papan tanda kerana
boleh terlepas simpang ke Denai Tiga Puteri

Trek licin dan berhati-hati
ketika hiking


Akhirnya tiba di Puncak Tiga Puteri
Permandangan dari Puncak Tiga Puteri
Trek ke Puncak Tiga Puteri




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...