Ketika cuti sekolah yang lalu, kami berkelah di Santuari Ikan Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu. Kami suka ke sini kerana tempat ini menarik bukan sahaja dapat memberi ikan makan, malah kami dapat hiking ke Air Terjun Sungai Chiling untuk beriadah. Beberapa perubahan telah dibuat bagi menjaga keselamatan dan kebersihan kawasan ini.
Kaunter pendaftaran telah dibuka berdekatan pintu masuk ke kawasan Sungai Chilling. Para pengunjung perlu mendaftar dan 'declare' bahan plastik pakai buang yang di bawa masuk (bekas makanan yang dibeli dari gerai). Bekas makanan dan minuman (Tupperware) yang dibawa dari rumah tidak dikenakan sebarang bayaran. Setiap pengunjung pula dikenakan bayaran RM1.00 sekali masuk.