ADS

Showing posts with label Bandar Mersing. Show all posts
Showing posts with label Bandar Mersing. Show all posts

Wednesday, December 20, 2017

Pantai Rekreasi. Mersing



Pantai Rekreasi terletak di Tanjung Resang kira-kira 15 km dari Bandar Mersing. Dari bandar Mersing, pengunjung perlu memandu ke arah Jalan Endau sehingga tiba di simpang tiga dan belok ke kanan ke Pantai Air Papan. Ada papan tanda menunjukkan arah ke sana. Pengunjung akan melalui Kampung Air Papan, satu-satu tempat di Mersing yang bersawah. 

Terdapat juga homestay Air Papan jika pengunjung ingin merasai suasana kampung. Belok kiri di simpang tiga berhampiran Masjid Al Halim, Kampung Air Papan. Kira-kira 4.3 km, pengunjung akan tiba di persimpangan menuju ke Pantai Rekreasi. Setibanya di situ, pengunjung dapat melihat pokok-pokok pine sekitar kawasan Pantai itu.


Saturday, October 21, 2017

Petua Menghalau Anai-anai

Ikan buntal dikeringkan dan anggota dalamannya dibuang
sebelum dikembungkan kembali

Sebuah kedai di deretan-deretan kedai di Pantai Air Papan, menarik perhatian saya. Beberapa ekor ikan buntal atau puffer fish digantung untuk dijual. Menurut penjual di kedai itu, Nelayan zaman dahulu menggunakan racun ikan buntal untuk menghalau serangga perosak seperti anai-anai. Ikan buntal akan dikeringkan dan digantung di dinding rumah. Ikan buntal mengeluarkan bau yang busuk sehingga menyebabkan anai-anai tidak bersarang di dalam rumah.

Malah lima pelajar dari Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah berjaya menghasilkan pembasmi anai-anai dengan menggunakan ikan buntal. Ikan itu dikeringkan sebelum dijadikan serbuk dan diletakkan di dalam rumah untuk melihat keberkesanannya. Pelajar PSMZA telah memenangi Pertandingan Inovasi Polliteknik Malaysia 2012 dengan ciptaan mereka iaitu pembasmi anai-anai dengan menggunakan ikan buntal. Maklumat lanjut mengenai kajian pelajar dari PSMZA di sini.

Thursday, November 3, 2016

Sekitar Bandar Mersing

 Permandangan Bandar Mersing dari Bukit Timbalan. Permandangan di sebelah kanan 'dihiasi' dengan bukit bukau manakala di sebelah kiri kelihatan permandangan laut 

Bandar Mersing terletak di Muara Sungai Mersing. Nun kelihatan
laut dan pulau-pulau berhampiran perairan Mersing
Di sebelah ini pula kelihatan bangunan kerajaan

Kelihatan bukit bukau yang menghijau 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...